Sunday, March 20, 2016

PAMERAN 'SEA THE WORLD' DI FIRST WORLD PLAZA @ GENTING HIGHLAND


Terdapat satu dunia akuatik kira-kira 6,000 kaki di atas paras laut menanti anda khasnya pencinta laut dan hidupannya. Ia adalah satu dunia lain, sudah semestinya, tetapi  Resort World Genting masih menawarkan pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga khasnya dimasa cuti sekolah. Sama ada anda seorang yang suka shopping atau anda hanya sekadar window shopping, pameran yang diadakan di First World Plaza untuk tempoh masa yang terhad perlu untuk menjadi destinasi tambahan yang menarik.  Terdapat pelbagai barangan hiasan  hiasan yang menarik untuk dibeli sebagai Ole-Ole atau cenderamata dan setiap gerai jualan dihias dengan cantik dan menarik berlatarkan hidupan laut seperti Ikan Lumba-Lumba , Obor-Obor, Ikan Comel , Tapak Sulaiman dan Terumbu Batu karang serta Siput/Kerang . Bagi melengkapkan tema , akan ada pelbagai barangan cenderamata, aksesori dan perhiasan untuk dijual. Selain itu, ada juga barangan makanan jualan yang berasaskan dari hasil laut.






No comments:

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.