Syukur atas segala rezeki dan jalan mudah yang saya dapat sejak menjadi Designer. Baru-baru ini ada seseorang mesej saya dalam FB melalui In Box bertanya bagaimana saya boleh masuk ke arus mainstream begitu cepat sedangkan dia lulusan Fashoin Design juga dari sebuah Universiti tempatan dan telah 3 tahun masih tercari-cari arah dan tapak. jangankan muncul di TV, akhbar dan majalah....mendapat peluang di pentas Fesyen pun dia tidak pernah lagi. Sebenarnya selain dari pandai Markerting, kebetulan saya manager dan sekaligus Marketing di salah sebuah hotel di KL itulah sebabnya saya tahu cara mempromote kan diri. selain itu penampilan yang menarik kelebihan saya menjadi model membuatkan orang suka dan senang berurusan dengan saya. Bukan hendak mendabik dada...tapi itulah buktinya dan rahsianya mengapa saya cepat menonjol dibidang Fesyen. Tengoklah cara saya menaikkan kelab peminat, hampir setiap bulan keluart di majalah dan sebulan dua atau tiga aktiviti sehingga orang luar kenal dan kelab kami sangat menonjol satu ketika dulu, buktinya ada lagi di majalah dan saya satu2nya Presiden Kelab Peminat yang pernah dipuji dan ditulis oleh seorang wartawan popular diruang pojoknya. Sempena Festival Filem Malaysia ( FFM ) yang akan berlangsung 20hb.November nanti, saya telah terpilih menyediakan persalinan untuk 3 orang artis, antaranya yang tercalon untuk kategori Pelakon Harapan Lelaki iaitu Arja Lee ( Filem ....Dalam Botol ) dan dua orang pelakon wanita.
Wednesday, November 9, 2011
Friday, November 4, 2011
RAYA HAJI@RAYA QURBAN KE MANJUNG, PERAK

Raya Haji @ Hari Raya Aidil Adha @ Raya Qurban kali ini rasanya tak sempatlah saya buat Open House seperti tahun-tahun sudah. Ya lah...orang hanya buat Open House Raya Puasa sahaja tapi saya kedua-dua Raya pun saya buat sebab niat menjamu kawan2 kerana rezeki yang murah dan mencurah-curah. Tapi Raya kali ni saya beraya di rumah client yang tempah baju bertunang dan baju nikah. Dia akan bertunang pada Raya Haji ni dan berkahwin awal tahun depan. Kelas...kan, ya la, dia lulusan doktor dan sebelum ini bekerja di Hospital Glen Eagles. Mampu macam dia? bukan setakat tempah baju...malah membawa designernya sekali ke majlis tersebut. Biasanya client hanya tempah baju dan pada majlis mereka hanya mak andam atau juru solek yang uruskan soal pemakaian tapi dia nak saya uruskan juga untuk part pakaian dan barang hiasan sementara juru soleknya hanya menata rias wajahnya sahaja tapi style dan penampilan saya yang bertanggung-jawab. Merasa juga lah beraya di Manjung dan Lumut pada kali ini. Bila saja saya post kat FB, ramai pula kenalan FB yang pelawa beraya ke rumah mereka hingga kat area Ipoh.
Apa erti korban pada anda sempena Hari Raya Qurban ini? pada saya...saya korbankan masa cuti dan masa Raya saya demi menjaga mutu dan penapilan client yang menempah baju sempena majlis pertunangannya. Berbaloi juga rasanya mengorbankan jawatan sebagai Presiden kelab dan menjadi ahli biasa ( tapi ada juga orang yang fikiran cetek anggap saya keluar ahli, happy sangat mereka kerana ingatkan saya keluar ahli, padahal saya hanya letak jawatan sebagai Presiden). Berbaloi korbankan duit belajar ambil Diploma dalam bidang Fashion Design yang yurannya bukan calang2 tapi RM25,500 setahun dan dalam dua tahun saya berhempas pulas berkorban masa untuk study 2010 & 2011. Bukan mudah korbankan masa cuti, masa bersuka ria untuk ke kolej demi segulung Diploma. tapi itulah namanya pengorbanan, walau di kolejku kebanyakkannya anak2 Datuk, Datin dan anak2 ahli perniagaan...anak kampung ini gagahkan juga masuk ke kolej ini dengan duit simpanan berlakon, modeling dan duit simpanan bekerja.
Thursday, November 3, 2011
ORANG LAIN DAH 3TAHUN X KEMANA, SAYA X SAMPAI SETAHUN DAH BANYAK SHOW, TEMPAHAN DAN KELUAR MAJALAH

Bukan nak membangga diri, tapi cuma rasa bersyukur dan gembira kerana usaha saya bertukar angin dari bidang Modelling ke Designer sangat menjadi. Bayangkan ada kawan sekolej berpuluh orang yang dah lepas 3 tahun graduate tapi tidak ke mana dan masih tercari-cari arah serta ingin mendapat pendedahan akhbar dan majalah serta teringin design mereka diperagakan artis tetapi belum tercapai, saya yang baru setahun jagung ( tak sampai setahunpun ) dalam bidang rekaan telah beberapa kali dijemput menyertai Fashion Show, photoshot akhbar dan majalah serta beberapa artis telah sudi meyarungkan baju rekaan saya untuk mereka gayakan samada untuk majlis, acara persembahan mahupun fotografi dengan akhbar dan majalah. kalau sebelum ini rekaan saya keluar di akhbar KOSMO, HARIAN METRO, dan kini pula di MAJALAH REMAJA.
Pada saat ini pula saya sedang sibuk dengan persiapan untuk Festival Filem Malaysia, fotoshot dengan majalah dan juga tempahan baju bertunang, baju nikah dan baju bersanding, walau letih...tapi puas hati dan bersyukur dengan rezeki yang tiba dan jalan saya dipermudahkan sedangkan kawan2 yang pernah belajar dengan saya satu kolej dulu masih mencari-cari peluang untuk Fesyen Show dan muncul di akhbar mahupun majalah. Kata orang, kalau kita intan berlian...jatuh dilumpurpun tetap berkilau, begitulah yang terjadi pada diri saya kerana saya terus yakin akan bakat saya dan saya tidak pernah patah semangat dengan yang dengki dan mengutuk. Satu lagi mengapa rezeki saya luas dan murah...sebab saya tidak pernah dengki dengan orang lain, saya malah berbangga bila melihat kawan2 lain berjaya.




Tuesday, November 1, 2011
PENGUTUK, CAN I BORROW YOUR FACE FOR HALOWEEN MASK? YEAH! BAJU DESIGNKU DIPAKAI SEMPENA LAUNCHING KASUT

Can I borrow your face for my Haloween mask wahai pengutuk ( Anonymous )? heh heh heh, itulah ayat yang sesuai diberi pada orang2 yang suka mengutuk dan dengki dengan kejayaan orang lain.Kan sesuai sebab orang2 ini suka menyorok dari belakang tanpa nama dan meninggalkan komen2, kata2 yang menyakitkan hati kat Blogku tapi tak apa...dosaku bersih oleh mereka. Selalunya yang wajah elok hati bersih dan kata2 baik keluar dari mulut dan status fb. Tapi cuba perhatikan orang yang muka buruk, selain kata2 kesat mereka juga suka mengumpat dan bangga walau dia tahu perkara itu berdosa disisi agama. Yalah...saya tak pernah ganggu hidup mereka2 ini tetapi dari dulu mereka mengutuk dan mengumpat saya dari belakang padahal saya tak pernah ganggu hidup mereka atau nak umpatpun tak ingin. Sudah lumrah alam dan takdir tuhan, telah tertera di dalam Al-Quran yang barang siapa yang mengutuk dan mengumpat, maka selain berdosa mengumpat, dia atau mereka2 ini akan menanggung segala dosa orang yang diumpatnya. Bukan itu sahaja, malah rezeki mereka menjadi sempit dan rezeki orang yang dikutuk semakin luas dan murah. Syukur, rezeki saya semakin melimpah ruah, bukan sahaja peluang muncul dipentas dan majalah serta akhbar, malah rekaan saya menjadi pilihan para artis dan orang biasa. Terbaharu, rekaan saya tetap muncul walaupun dalam fesyen show sempena pelancaran kasut berjenama...syukur...pada pengutuk...teruskanlah mengutuk dan mendengki I need more ...syukur...syukur, KAU ADA?????



Subscribe to:
Posts (Atom)