Tuesday, July 13, 2010

PELANCARAN KELAB PEMINAT AIN @ SEPETANG BERSAMA AIN AF8

Ahad lepas telah berlangsung Majlis 'Sepetang Bersama Ain AF8'. Majlis yang menemukan peminat @ penyokong Ain ini sekaligus untuk melancarkan perasmian kelab peminat Ain. Antara peserta AF8, Kelab Peminat Ain adalah kelab yang pertama membuat Majlis Gathering dan Pelancaran Kelab peminat.Majlis ini telah dihadiri lebih 50 orang dan berjalan dengan suksesnya. Majlis ini bertemakan Casual White. Saya terpaksa memakai jaket sebab ada seluar putih, kasut putih, tapi T.shirt putih dan kameja tidak basuh lagi, so untuk cover singlet dan nak sopan, terpaksa pakai jaket. Tahniah pada Ajeet dan kak Julia yang bertungkus lumus dan terima kasih pada kak Ros yang konon nak buat kejutan tetapi sebenarnya penampilannya pada hari itu adalah kejutan yang sebenar-benarnya heh heh heh. Majlis ini juga mendapat liputan dari wartawan akhbar dan juga dari wartawan Melodi TV3 serta para Blogger dan seorang tetamu istimewa iaitu abg Bard Pengurus Artis yang popular yang juga menguruskan Diddy Hirdy. Majlis dimulakan dengan memotong reben belon sebagai tanda simbolik perasmian kelab peminat serta acara memotong kek. Kemudian majlis disusuli dengan persembahan dari Ain dan Maulana serta diselang-selikan dengan acara Games dan juga soalan-soalan trivia mengenai Ain. Saya merasa bertuah kerana telah menang acara trivia dan mendapat hadiah barangan kenangan peribadi Ain. Tahniah pada semua AJK majlis dan penyokong Ain. Apa yang saya nampak, semangat ahli-ahli ini begitu komited sekali dan sebagai bukti,mereka bukan hanya bercakap, tetapi datang dan memeriahkan majlis sekali.
MENDAPAT HADIAH 10PCS GELANG YANG DIPAKAI AIN DI POSTER MAJLIS NI
AIN TAMPIL CANTIK MEMBAWAKAN LAGU LUNAK 'LUKA DILUKAI'
ACARA MEMOTONG REBEN TANDA PERASMIAN KELAB PEMINAT AIN
AIN BERSEDIA UNTUK LAGU YANG SETERUSNYA
ACARA MEMOTONG KEK YANG DISPONSOR OLEH SALAH SEORANG PEMINAT
POSE BERSAMA HADIAH YANG WALAUPUN KECIL TAPI NILAINYA ISTIMEWA
ANTARA PENYOKONG KUAT KELAB PEMINAT AIN
MAKAN TIME, SEMENTARA MENUNGGU AIN HABIS DITEMURAMAH MELODI
MEJA PENDAFTARAN BERSAMA GOODIES YANG COMEL
AIN SEMPAT MENUKAR PERSALINAN KEDUA UNTUK LAGU SETERUSNYA
LAMBAIAN BAK MISS WORLD, TAPI AIN MEMANG CANTIK, TINGGI DAN LANGSING
MEJA KHAS FAMILI MAULANA (EMAKNYA BAJU KUNING JUGA PENYANYI )
GAMES PERTAMA 'MEMAKAN BISKUT DGN CARA GELONGSOR KE MULUT'
AIN MENUNJUKKAN BAKAT LAIN,SELAIN MENYANYI IAITU BERMAIN GITAR
GAMES KE 3 IAITU 'LIMBO ROCK'
WAH TENGOK TU, WALAUPUN PALING TINGGI TAPI EDWIN LEPAS JUGA
BERGAMBAR KENANGAN BERAMAI-RAMAI DI LUAR RESTORAN YANG CANTIK

4 comments:

Hezesuze said...

alaaaa nape Ain tak Adira?? huhu
anak akak minat sgt ngan Adira smpai hafal nynyi lagu ku ada kamu...hehe

amboiii si Edwin siap limba rock lagi....yihaaaa!!

Secret Writer said...

KAK HEZE, AIN punya gathering akan menyusul juga...nanti saya inform ya. EDWIN boleh la ikut Limbo Rock...body lentik...kalau aku, X payah la...badan mcm kayu, hati mcm batu heh heh heh

MY HEART & MY SOUL said...

U kan selalu pegi party-party glamour jer kan, dah kira jadi penyeri majlis

Secret Writer said...

Ayo...Xde la mcm tu, kita kena invite...datanglah. Yg penting sama2 menyokong artis Malaysia

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.