Monday, July 26, 2010

7HB.OGOS,BIRTHDAY PARTY STACY AF6, JANGAN LEPASKAN PELUANG

SESUAI DENGA TEMANYA, POSTER UNTUK PENTASPUN BLING BLING JUGA

Hanya tinggal 12 hari sahaja lagi GLAM NITE @ Majlis Ulangtahun Stacy AF6 akan berlangsung. Pada yang belum lagi membeli tiket, dinasihatkan agar jangan berlengah kerana sambutan kali ini sangat hebat dan ramai yang teruja hendak hadir menjadi sebahagian warga peminat Stacy meraikan ulangtahunnya yang genap 20 tahun. Harga tiket cuma RM55. Ya, la, Stacy bakal meninggalkan usia belasan tahunnya atau Teenager. Sebenarnya ada 9 buah hotel kami pilih dan minta Quotation, dan berdasarkan harga, senangnya kemudahan pengangkutan dan kerjasama dari segi penajaan bilik dan tajaan hadiah untuk pelbagai acara pada malam gilang gemilang itu, kami telah memilih Brisdale Hotel. Jika sebelumnya AJK yang adalah seramai 15 orang yang dipecahkan beberapa kumpulan antaranya :-

TEAM untuk mencari lokasi Majlis ( call, minta quotation dan meninjau tempat/hotel ),

TEAM mencari penaja ( call mana-mana syarikat, menulis surat permohonan tajaan, mengambil @ mengutip barang tajaan dari tempat penaja ),

TEAM mengatur Majlis ( menulis surat jemputan pada pihak akhbar, pihak majalah dan pihak stesen TV, menjemput artis sebagai tetamu dan membuat persembahan serta merangka aturcara majlis )

TEAM Marketing ( menjual tiket, menyebarkan risalah majlis, Mewar-warkan di laman FB, Blog dan website, call orang, kawan dan rakan sekerja serta menghantar email pada setiap peminat Stacy )

TEAM membuat tiket, mereka poster, menghias vanue, menyusun 'Door Gift'@Goodies.

Selalunya setiap TEAM terdiri dari 3-4 orang, untuk Majlis kali ini walaupun lebih berskala besar dari majlis Ulangtahun Stacy, Majlis hari Raya Stacy...tetapi hanya 3 orang sahaja yang melaksanakan nya iaitu saya, Mrs.X dan Ahmae. Bayangkan jika sebelum ini Majlis tidak berapa besar sangat dikendalikan oleh 15 orang dan kini lebih besar @ 2 kali ganda tetapi cuma dikendalikan oleh 3 orang sahaja. Tapi dengan kudrat yang kami bertiga ada, kami telah melepasi semua dugaan dan yang paling berat sekali adalah mencari penaja. Memang susah hendak mendapatkan penaja dan meyakinkan mereka taraf majlis ini bagaimana kerana kebanyakkan penaja memikirkan juga apakah pulangan yang akan mereka dapat, adakah hanya lepas majlis habis begitu sahaja. Nasib baik ada penaja yang berhati mulia seperti pihak Hotel yang sanggup memberikan beberpa tajaan bilamana saya menceritakan bahawa kami kekurangan hadiah untuk melancarkan Majlis. Boss Hotel Brisdale Hotel telah bermurah hati menaja 2 voucher penginapan 2hari 1malam pada dua orang pemenang bertuah. selain itu ada hadiah untuk pemenang Voucher makan malam di Cofee House Hotel tersebut. Tidak seperti hotel-hotel sebelum ini yang hanya memberi percuma bilik untuk artis ( Stacy )...kali ini ada satu lagi bilik percuma untuk AJK yang harus bermalam untuk persediaan majlis tersebut. Juga ada beberapa hadiah kecil dari Brisdale untuk pemenang Games dan Trivia.

Selain itu pihak Clinelle pula berani menaja Hamper bernilai ratusan ringgit untuk pemenang 'Best Dress' serta setiap tetamu akan mendapat 'Door Gift' produk keluaran Clinelle. Manakala, pihak Karangkraf pula menaja Goodies barangan keluaran mereka. Jadi apa tunggu lagi, pulangan yang anda dapat lebih dari RM55 yang anda laburkan. ialah, saya telah membuat survey kebeberapa buah Hotel, untuk Buffet Dinner sahaja RM48++, tapi untuk majlis ini anda bukan hanya Buffet di Hotel, malah mendapat hiburan dari artis-artis, mendapat Door Gift dan peluang mendapat hadiah Games, Trivia dan Lucky Draw. Tetapi untuk malam GLAM NITE itu nanti kami telah melantik beberapa orang menjadi URUSETIA MAJLIS bagi melancarkan majlis tersebut, antaranya :-
FYDA, HANIF@ANIP, CAKIP, ADIB@SNIPER, DAN AIZUL@RIANA


KEADAAN BALLROOM, BRISDALE HOTEL SEBELUM DIHIAS
SEBAHAGIAN DARI BUFFET AREA
BUFFET AREA KALI INI DITEPI SWIMMING POOL AGAR DIDALAM TIDAK SESAK
PETA KE HOTEL YANG HANYA BEBERAPA LANGKAH DARI STESEN MONOREL CHOW KIT

4 comments:

Hezesuze said...

eh bleh sambut buffday akak sekali tu...huhu

ada kekosongan lagik ke KOS..?? ngee

Kos Serani said...

KAK HEZE...setakat ni masih ada lagi, jom lah meriahkan suasana ya.

KEMBARA PERJALANANKU said...

Cool, U ni memang berbakat mcm2. Maybe U senang dapat penajaan kerana U berperwatakan menarik buat org senang deal dgn U. Saya ada cadangkan kat my boss nak ambil U sebagai Party Planner utk Annual Dinner kami dan majlis promosi kami kerana selalunya kami upah Event management tapi nak tukar dgn khidmant U pula sebab tertarik dgn kebolehan U buat banyak benda sedangkan Event Managementpun perlukan banyak org berbahagi tugas.

Kos Serani said...

Thanx KEMBARA, saya memang ada pengalaman buat event tapi sebenarnya benda ni bukan soal pengalaman, kalau pengalaman ada tapi muka X manis, susah juga nak dapat tajaan kerana org terpulang dari cara kita approach mereka, baru senang deal. Ok jer kalau perlukan khidmat saya, just email me kosserani@yahoo.com

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.