Tuesday, July 6, 2010

MENTOR 4 JUARA TELAH DIRAMAL


PROTEGE ZIANA ZAIN YANG AWAL ( TENGAH )

Mungkin inilah yang dikatakan rezeki, bila Ziana Zain terpaksa menukar Protege wanitanya kepada protege lelaki walau minggu pengenalan telah berlaku. Dikatakan kerana masalah dalaman antara Ziana dan protegenya, maka Ziana telah menukar pada protege lain atas nasihat pihak tertentu dan memilih calon 3 terbaik sessi ujibakat Mas Idayu. Adakah Mas Idayu merasa terkilan menolak Mohd dan memilih Shaq sebagai protegenya?. Nasib baik juga Ziana Zain menukar pada protege lelaki, jika tidak...belum tentu menang sebab pengundi suka mengundi calon lelaki dan rata-rata samada perempuan atau lelaki suka mengundi lelaki.

Walaupun calon kegemaran saya adalah Ila dan Adi, tetapi saya terima dan agak gembira juga Adi menjadi Naib Juara. Cuma rasa terkilan dengan Juri Awam yang memberi markah terlalu rendah, 11 markah pada Adi sedangkan markah protege lain tinggi. Cuba bayangkan jika Juri awam beri 16 markah pada Adi ( tak payah sama markah 19 macam protege Nani & Mohd )pastinya Adi Juara apatah lagi jika mendapat markah sama dengan yang lain. Ramai yang kata ada sesuatu yang tidak kena pada Juri Awam...siapa nak jawab?. Saya nampak dari sudut yang lain, Mentor ini ibarat siaran ulangan dan seperti Mentor 3, kali ini Mentor empat Finalisnya juga seorang wanita dan dua orang lelaki. Masih dengan bunyi yang sama macam Mentor 3, Juara kali ini lelaki, Naib Juara Lelaki dan tempat ketiga wanita ( yang lepas, Black, Chaq & Fira ). Tapi yang palng ketara, jika kau membawa genre atau menyanyikan lagu Rock sebagai aliranmu...pasti kau Juara dan dari mentor 1 hingga Mentor 4, semua membawa lagu-lagu Rock ( Mentor 1 Pija, mentor 2 Fiq, Mentor 3 Black & Mentor 4 Mohd. Jadi, adakah andah telah bersedia menukar aliran musik anda pada Rock jika terpilih menjadi peserta Mentor 5 kelak?


5 comments:

AdiE said...

hahahah...sgt kelakar la program nie...
pape pon, Mohd mmg layak jadi juara..
tahniah!

http://danieldeadie.blogspot.com/

Kos Serani said...

Ya, tahniah la pada Mohd dan inilah contoh usah putus asa atau bunuh diri jika tidak terpilih ujibakat...kerana manatau tiba2 ada peluang dipanggil walau sebagai pilihan kedua atau pengganti

Hezesuze said...

syukur si mohd yg menang...xsuke ngan protoge Azmeer..cam gediks jek...hahahaha

psstt..suka lagu background blog ko KOS...ngeeee

LIZA WORLD said...

samalah kita, saya pun support Adi tapi Xpe la ini semua kuasa allah, dia pun dapat no.2 kira berjaya la tu

Kos Serani said...

Amboi KAK HEZE...mentang2 la MOHD tu org Klang heh heh heh, tapi dia layak la menang. Setuju sangat, nani mcm over confident sikit.

LIZA, ya, No.2 tu kedudukan yang cukup baik dah

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.