Sunday, July 18, 2010

DAH 2 TAHUN LEBIH BERBLOGGING & KISAH IMPIAN UNTUK BLOGKU

Kelakar dan rasa lucu pula bila mengenangkan banyak impian kita yang telah kita capai secara tak sedar. Sedar tak sedar rupa-rupanya saya dah lebih 2 tahun berBlogging tapi jika nak dibandingkan dengan orang lain memang saya tertinggal jauhsebab ada yang telah lebih 10 tahun berkecimung dalam dunia Blog. Tapi siapa sangka dalam baru 2 tahun, jumlah lawatan ke blog ini sudah mencecah 53,173 lawatan. Ianya satu jumlah yang tidak terjangka secepat itu. Dan yang pasti...saya dapat bayaran dari Nuffnang untuk iklan sisipan diBlog ini. Pernah terimpi ingin mendapat pelawat 50,000 tetapi rasanya agak mustahil kerana aku bukan siapa-siapa. Tapi bertekad untuk mencabar diri, aku telah meletak Meter lawatan dan Pengesan Pelawat. Baru terfikir jika aku meletak Meter pelawat seawal baru menulis diBlog, mungkin jumlahnya lebih dari ini. Memang agak banyak komen atau respond dari pembaca tetapi rupa-rupanya Blog ini ada pengikut dan silent readers yang suka membaca tetapi tidak mahu buat komen. Teringat bulan lepas saya lalu di antara China Town dan Puduraya, kerana terliur lama tak merasa cendol, lalu saya singgah membeli cendol. Rasa terkejut pula bila ada seorang wanita bertanya, U Kos Serani...kan?. Agak tergamam tetapi saya mengiyakan dan bertanya macamana kenal ( kerana saya tidak mengenalinya ). Dia menyatakan yang dia selalu membaca blog saya. Rasa terharu dan malu hinggakan saya tak sempat mengucap terima kasih atas kesudiannya. Saya berharap jika dia terbaca kisah ini, tinggalkanlah sedikit jejak atau komen. Begitu juga dengan seoarang yang bernama Mimi Nur Misuari yang saya Add dia di Facebook. Dia agak terkejut bila saya kata yang saya kenal dia bila terlihat selalu jejak namanya di Traffic Feedjit lalu saya pun follow Blognya yang ber URL www.momokmia.blogspot.com. Memang seronok berBlog ni kerana di sinilah juga saya mengenali Alissara @ Reen yg selalu memberi komen sejak dulu. Lalu saya teringat tulisan pertama di Blog ini yang mana sewaktu baru membuka Blog, saya bertanya sendiri...apa cerita atau kisah yang aku nak tulis? adakah yang baca? adakah yang komne? tapi komen pertama yang saya terima dari orang yang tidak bernama dan komennya agak mengejutkan juga, tapi tak apalah, saya terima dengan hati terbuka. Saya tepekkan l\kembali tulisan pertama saya dua tahun lepas yang bertajuk IMPIAN KANAK-KANAK, IMPIAN SEORANG BUDAK KAMPUNG.

Memang kisah dlm blog ini X la seceria blog2 org lain yg penuh lucu dan tawa, juga tidak se dramatik blog yg lain yg agak serius.Saya sebisa mungkin menulis yg ringkas dengan nuansa yg lebih santai. Setiap org ada impiannya sejak dari kecil. Kalau masa zaman kanak2...bila cikgu kita tanya apakah cita2 kita bila dewasa kelak, jawaban yg cukup klise pastinya kita dengar, yg budak perempuan akan jawab nak jadi Cikgu atau Jururawat dan yg budak lelaki akan jawab Polis. Ntah la...ada jga yg kata nak jadi penyanyi ( menyebut nama penyanyi yg popular zaman itu ) "nak jadi Mawi... cikgu" ( kalau sekarang ).Seperti biasa cita2 aku sama juga dgn budak2 yg lain akan sentiasa berubah mengikut tahun dan suasana, tapi seingat aku...hanya aku saja seorg yg rela di 'boo' bila menjawab pertanyaan sebegitu masa sekolah menegah..." saya nak jadi model". Di Sabah...model ni bunyinya macam taboo dan agak mustahil. Tambah lagi dengan muka yg berkarat dan kulit gelap he he he ( masa tu memang comot ). Mungkin ramai juga antara kita yg berangan bila nampak wajah model di helaian majalah, poster atau pun tv. Rasanya kalau perempuan memang ramai, tapi kalau lelaki kurang sangat, jadi bila melihat aku terpegun atau meneliti majalah dengan penuh khusyuk...rakan2 akan kata yg aku perasan ( wei....suka aku la..). masa aku naik remaja...( sekolah menegah ) dah banyak stail rambut aku cuba...sebutlah....Tommy Page...kumpulan Bros...dan Rick Ashley...bayangkan di sekolah menegah...berkali kali juga kena tegur cikgu disiplin ( lantak lah he he he).

Semasa masih dalam pengajian...aku mula berangan dengan cuba memulakan langkah...dan percubaan pertamaku adalah Mr.Pretty Boy. Pertandingan ini di jalankan setiap tahun di Sabah...seiring dgn pertandingan Manhunt. Pertandingan ini adalah untuk Remaja lelaki yg Fresh dan belum pernah memasuki mana2 pertandingan. Prosesnya sungguh meletihkan sebab kesemua peserta dikenakan hadir sesi latihan ( catwalk dan grooming ). Masa ni lah baru tau cara sental karat2 muka he he he. Niat utk memasuki pertandingan ini hanyalah untuk menimba pengalaman, kerana aku ada misi yg lebih besar iaitu utk menyertai pertandingan yg begitu berprestij iaitu Manhunt. Walaupun niat utk menimba pengalaman atau suka2 ( jawaban klise )...tapi siapa sangka aku mendapat 1st.Runner up ( naib Juara ) dan yg lebih memeranjatkan...aku juga menggondol dua piala iringan untuk Mr.Friendship dan Best in catwalk ( patut kalau lelaki 'Lionwalk' he he he ). Maka penuh la sash dengan pelbagai title di badanku...juga piala( yg siapa2 pun boleh beli dan tempah sendiri ). walau macam mana pun...gelaran yg penting kata temanku...tapi pada aku, pengalaman tu yg penting, sebab bukan semua org melalui peristiwa seajaib begini ( walaupun ramai peserta yg tuduh aku dan juara pakai pemanis heh heh heh ). Seperti biasa...dalam mana-mana pertandingan...samada anugerah Festival Filem, waima Anugerah Juara Lagu sekalipun...mesti ada soksek-soksek di belakang. Aku antara yg diumpat dengan tuduhan pakai pemanis, manakala si Winner pulak dituduh dimakan oleh one of judges. So...dlm sedih tu, aku bersyukur juga sebab tuduhan terhadap aku, X lah seteruk dan sejijik siJuara he he he ( lantak kau lah labu ). Oleh kerana Tawau tu hanya bandar kedua terbesar selepas KK...so merasa lah juga aku famous dan jadi bualan seantero Tawau ( glamour kampung he he he ).

Biasa lah kan...manusia ni X pernah rasa puas...begitu lah juga dengan aku. Kerana gatal hati dan tercabar oleh desakkan kawan2...aku masuk pulak pertandingan Manhunt. Masalahnya, pertandingan ni mengharuskan peserta memakai swimming trunk. Bayangkan lah...masa itu susuk tubuhku cukup makan saja. Pertandingan Manhunt ini bukan hanya cabarannya pada memakai swimming trunk semata...tapi juga kena melalui proses pemilihan dan penapisan yg begitu rumit. Lupa nak cerita...pertandingan Mr.Pretty Boy...sesiapa pun layak masuk dan terus layak ke final...( mcm proses Ms.World ). hanya di final sahaja kesemua 68 org peserta di saring ke Top20, lepas tu Top10 dan Top5 sebelum di umumkan pemenang. Namun begitu..ada lima pusingan. 1st.Round, pakaian tradisi Malaysia, 2nd.Round pakaian kasual, 3rd.Round pakaian sukan, 4th.Round office wear dan last Round Formal Wear ( baju kot ). Tapi utk manhunt proses pemilihan dibahagi pada empat minggu. Oleh kerana pertandingan diadakan di disco yg sangat terkenal di Tawau, jadi setiap Friday nite di adakan Heat Night. Minggu pertama 1st.Heat ada 15org, pemenang pertama, kedua dan ketiga, layak ke Final. Begitu lah dgn 2nd.Heat, 3rd.Heat dan 4th.Heat. So amazing, saya yg bertanding 3rd.Heat mendapat no.3 dan sekaligus layak ke malam final.

Maka bertandinglah 12 org untuk satu gelaran sekaligus akan mewakili Tawau ke pertandingan peringkat negeri di KK untuk mencari pemenang wakil Sabah di Semenanjung. So sad...aku hanya mendapat 2nd.Runner Up, atau tempat ke3. Ada beberapa penyebab kekalahan aku. Pertandingan ni ada 3 Round sahaja. 1st. Round, kesemua Finalist memakai swimming trunk. Aku selesa dgn ini sebab Bods aku yg padat sempat membuat ruang Club riuh dan bergemuruh. Round kedua...setiap Finalist dikenakan pakaian sukan dan harus beraksi dgn cara pakaian sukan. ada yg pakai baju Rugby, Badminton...siap bawa racket ( that's me, baju T kolar warna putih dan seluar pendek putih ), ada Tenis, bola sepak dan lain2 lagi.Last Round semua memakai Kot. Aku X rasa selesa sebab Kot yg aku pakai agak besar...seluar dia pun x sempat nak pendekkan sebab sponsorship lambat bagi. Tapi yg paling azab adalah bila aku ke Top5, soalan yg diberi agak susah... soalannya berbunyi...'JIKA ANDA PEMBAWA HIV...APAKAH NASIHAT ANDA PADA ORG LAIN?'. mASA TU DGN GEMURUH...LAGI...DGN DEBARAN LAGI...DGN ANGAN2 DAH 'ONE STEP TO HEAVEN' KATA ORG SEBAB DAH DI tOP5...APA LAGI, AKU HANYA MAMPU JAWAB..."KALAU SAYA PEMBAWA HIV...SAYA AKAN NASIHATKAN ORG AGAR JGN JADI MCM SAYA". sEPERTI BIASA...DAH HABIS PERTANDINGAN, BARU RASA DIRI BODOH...DAN TANYA DIRI SENDIRI MENGAPA X TERFIKIR JAWABAN MCM NI..." KALAU SAYA PEMBAWA HIV...SAYA AKAN NASIHATKAN ORG AGAR JGN MELAKUKAN SEKS BEBAS...PAKAILAH CONDOM BILA BLA...BLA...BLA. HUH...GERAM TAU.

OK LAH...NEXT, AKU AKAN CERITAKAN PENGALAMAN MEMULAKAN LANGKAH KE KL DAN BEBERAPA INSIDEN PAHIT...MANIS DAN LUCU...SEBELUM TUTP BUKU...THANX FOR READING THIS SIMPLE BLOG ( BOSANLAH HE HE HE ).


1 comments Links to this post

6 comments:

Hezesuze said...

wah hampir 2 thn ye jdi bloggers...sameler kita KOS...huhu

besh gak dunie bloggers kan ...dpt kenal ngan kos...auww...

"kalo saya pembawah HIV, bleh lakukan seks tp wajib pakai kondom" ahakss!!

napsu mane ada limit uols....hahahaha

Secret Writer said...

Heh heh heh KAK HEZE, happy juga kerana Dunia Blog lah saya dah mula ada ramai kawan / kenalan...dulu mula2 memang jarang bergaul

bina badan said...

Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Untuk Lelaki Agar Anda Kelihatan Lebih Macho Dan Kacak....Jangan Segan2.....Milikilah Badan Impian Anda Disini....

LIZA WORLD said...

Kisah yg U paparkan tu agak lucu dan ada sedihnya juga. Kenal awak dari jauh tapi memang saya dulu silent readers juga cuma X tahan bila X komen. Syabas dan teruskan la menulis di Blog, jgn peduli apa org kutuk

Anonymous said...

kose...heheeeeee nk komenn sy silent reader kmu hikhik..best bc blog kmu :)

Secret Writer said...

LIZA Thanx kerana sering baca Nlog saya yg X seberapa ni.

ZURA, thanx ya...kat sini pahit manis kisah hidupku

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.