Tuesday, May 24, 2016

JOM BERBUKA PUASA DI SAFFRON BRASSERIES, ANCASA HOTEL & SPA, KUALA LUMPUR YANG BERTEMAKAN - SELERA DESA NOSTALGIA 60'AN

Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur telah menjemput para media dan bloggers ke Saffron Brasserie untuk merasa dan menikmati juadah yang ditawarkan sempena ketibaan Ramadan pada tahun ini. Bagi merancakkan lagi sambutan Ramadan pada tahun ini, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur telah memilih tema 'Nostalgia 60an' bagi menggamit kenangan indah para pengunjung dan ianya pasti menjadi pilihan yang tepat bagi seisi keluarga.
 Disajikan dengan kepelbagaian dan keenakkan rasa daripada 'Saffron Brasserie' yang akan membangkitkan selera antaranya ialah Nasi Kabsah bersama kambing Bakar, Rendang Itik, Burung Puyuh Goreng Lengkuas, Sambal Udang petai, Lemak Ketam nenas, kacang Sepat Bercendawan, Daging Opar, Ayam Tandori bersama Sos Pudina, Ikan Jenahak dan banyak lagi pilihan yang pastinya tidak mengecewakan anda. Sudah pasti sajian dan juadah menarik ini diilhamkan daripada seorang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari iaitu gabungan hebat diantara Chef Yohanis dan Chef mariam. Saya sendiri berkesempatan menemubual Chef Yohanis dan bertanyakan sendiri mengapa tema klasik ini dipilih. Menurut Chef Yohanis, Selera Desa Nostalgia 60'an ini sangat dekat dihati beliau dan juga pastinya pada para pengunjung kelak, kerana setiap dari kita ada kenangan manis di kampung atau kenangan makan masakan tradisi bersama sanak saudara.
 Usai menjamu selera dengan hidangan utama yang tersedia, puluhan manisan pencuci mulut sedia menanti antaranya Kuih-kuih Melayu, Rempeyek, Tapai, Dododl, Wajik, Sago Gula Melakan, Puding Gula hangus, Puding Roti bersama Sos Vanila dan Jeli Puding Krim. Disamping anda menikmati Juadah berbuka, anda juga akan merasa teruja dan terasa digamit kenangan dengan alunan musik yang dimainkan secara Live.
 Tawaran harga istimewa diberikan kepada anda yang mendapatkan baucar awal dengan harga serendah RM58. Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 may 2016. Selepas tarikh ini, baucar akan dijual pada harga RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie ditalian 03-2026 6060 sambungan 7703 atau talian bebas tol 1-300-88-0032. Anda juga boleh lawati laman sesawang hotel ini di www.ancasahotels.com







No comments:

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.