Friday, May 6, 2016

Wings of KKB International Bird Race 2016

Bersempena dengan acara Birds Race 2016 baru-baru ini, pihak Resorts World Genting telah menjemput para Media ke acara tersebut. Rombongan Media dan Blogger berkumpul seawal 7 pagi di hadapan Wisma Genting, Kuala Lumpur, dan terus bergerak ke Kuala Kubu Bharu, Selangor. seibanya kami di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu iaitu di Kg.Tun Abdul Razakpendaftaran telah bermula. Tepat pada pukul 8 pagi, pelepasan peserta Photografi kategori Pelajar Sekolah dimulakan. 

Disekitar Stadium ada pelbagai gerai jualan dan pameran berkaitan dengan burung dan alatan kamera, teropong dan majalah. Terdapat juga gerai2 dari agensi kerajaan seperti dari Perhilitan dan juga Tourism Malaysia Selangor. Disamping pameran, telah diadakan juga pelbagai aktiviti antaranya pertandingan mewarna untukk pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga demonstrasi membuat Pasu dari tanah liat. Tepat pukul 10 pagi pendaftaran Pertandingan Photografi terbuka telah diadakan diikuti dengan pelepasan pertandingan Photografi kategori Pelajar Institut Pengajian Tinggi.

Pada pukul 3 petang pula semua peserta kembali berkumpul di perkarangan stadium untuk acara penyampaian hadiah bagi kategori Pelajar Sekolah Rendah.

Pada sebelah malam pula telah diadakan Gala Dinner yang ditaja oleh Resorts World Genting yang bertempat di Dewan Kenyalang, Awana Hotel bermula pukul 8 mallam dan berakhir pada pukul 10 malam.




Pada hari kedua pula, selepas bersarapan, para Media telah dibawa ke acara meninjau burungdimana pada masa yang samapertandingan Photografi dan Birt Race International telah berlangsung. Kami para media sangat bertuah kerana kami dapat menyaksikan pelbagai jenis burung yang terdapat disekitar kawasan Genting. Selain itu kami juga diberi penerangan dan diberi taklimat mengenai jenis-jenis burung dan habitatnya oleh sallah seorang Juri Photografi iaitu Encik Tarrance. 

Pada sebeah tengahari kami kembali ke Awana Hotel untuk hidangan makan tengah hari dan pada pukul 3 petang pula majlis penyampaian hadiah dan majlis minum petang di Dewan Kenyaang, Awana Hotel. Terima kasih pada Team PR RWG kerana inisiatif mereka menjemput para Media dan Bloggers serta aturcara yang tersusun rapi dan sambutan mesra serta hangat dari mereka.

 ANTARA BURUNG YANG SEMPAT DIRAKAM OLEH ADAM DI SEKITAR GENTING


 PARA PEMENANG DARI PELBAGAI KATEGORI KKB INTERNATIONAL BIRD RACE 2016
PADA HARI PENYAMPAIAN HADIAH, DIADAKAN JUGA PAMERAN LUKISAN BURUNG

No comments:

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.