Wednesday, July 26, 2017

MAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBAHARU MIZIO DI HARD ROCK CAFE, KUALA LUMPUR.

 Baru-baru ini telah berlangsung majlis pelancaran Single terbaharu Mizio bertajuk Memori Duka dan Izinkanlah di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh ramai tetamu, pihak Media dan Blogger. Walaupun Mizio pendatang baru dalam bidang seni suara tetapi sebenarnya beliau terlibat dalam bidang seni sebelumnya sebagai Model dan pernah berlakon beberapa buah drama tempatan.berbekalkan minatnya dalam bidang nyanyian, Mizio berani mengeluarkan budget untuk menghasilkan dua buah single, namun begitu...beliau tidak terjun kedunia seni hanya berbekalkan minat semata-mata. Mizio telah membuat persediaan dan membekalkan diri dengan ilmu dimana beliau sanggup mencuri masa dan mengeluarkan duit untuk belajar vokal dengan tenaga pengajar profesional dan berpengalaman dalam bidang seni suara.
 Majlis pelancaran pada petang itu telah dikendalikan oleh Pelakon dan Pelawak terkenal iaitu Dee yang cukup spontan dan menghiburkan. Dimajlis pelancaran tersebut, Mizio sempat berkongsi pengalaman dan susah senang beliau dalam menghasilkan kedua-dua singlenya itu. Mizio menjelaskan genre musik yang dibawanya bernuansakan irama 80an-90an kerana minat beliau dengan irama era tersebut. kebetulan juga saat ini irama sebegitu kembali menjadi kegemaran ramai bila penyanyi Aiman Tino, Tajul dan beberapa penyanyi lagi mempopularkan irama sebegitu. Selain menyanyi secara Live, pada majlis tersebut Mizio memainkan klip video kedua-dua lagunya yang telah dibuat pengambarannya di sebuah pulau indah iaitu Santorini Island, Greece.
 Diakhir majlis, Mizio telah diajukan beberapa soalan oleh pihak Media dan Blogger.Mizio menceritakan mengapa beliau memilih lagu Memori Duka yang dicipta oleh komposer dari Sabah iaitu Taiko Tuaran.Sebenarnya Mizio telah mendengar lagu tersebut lebih kurang 5 tahun lalu dan tertarik dengan melodinya. Mizio juga menjelaskan kehadirannya dibidang seni bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi sedia ada...tetapi sekadar memenuhi minat dan impian serta untuk memeriahkan lagi dunia seni di Malaysia.Semoga Mizio cekal mengharungi dunia seni dan terus sukses dimasa hadapan.








No comments:

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.