Wednesday, December 23, 2015
SUNGEI WANG PLAZA MEMBAWAKAN TEMA CHRISTMAS IN THE AIR
Pada hujung minggu lalu, Sungei Wang Plaza telah meraikan para Media dan Blogger sempena menyambut ketibaan Christmas tidak lama lagi. Sebagai sebuah pusat beli-belah yang popular, Sungei Wang Plaza tidak melupakan tanggung-jawab sosial mengadakan Single Mom Charity Bazaar. Tujuan Bazaar itu adalah untuk membantu persatuan Ibu Tunggal dengan kerjasama dari Rotary Club of Pudu. Bazaar tersebut telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 haribulan December 2015.
Kemeriahan majlis meraikan Media dan Bloggers dengan kerjasama antara Sungei Wang Plaza dan ParkRoyal Hotel Kl itu bermula dengan kejutan tarian Flashmob oleh kumpulan penari seramai 25 orang di hadapan pentas Sungei Wang Plaza. Kemudian sekali lagi penari-penari itu membuat orang ramai merasa teruja bila secara tiba-tiba muncul dan membuat FlashMob di hadapan pusat membeli belah tersebut. Para pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan para penari tersebut. Selepas itu, para tetamu VIP, Media dan Bloggers di bawa ke Hotel ParkRoyal untuk minum petang dan beberapa permainan telah disediakan oleh penganjur untuk memeriahkan suasana. Majlis pada petang itu berakhir manis dan para tetamu pulang dengan senyuman membawa hadiah Lucky Draw masing-masing. Satu pujian patut diberikan pada team penganjur yang membuat majlis ini walaupun ringkas tapi lancar dan meriah. Apa lagi dikala kita menyambut kehadiran Christmas ini, golongan yang kurang bernasib baik seperti para Ibu Tunggal diberi peluang dan ruang untuk berniaga di mini booth di dalam Sungei Wang Plaza. Diharapkan lebih banyak lagi badan-badan korporat mengambil langkah seperti yang dibuat oleh Sungei Wang Plaza ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment