Satu majlis sidang media dan pelancaran NovelPlus oleh NovelPlus Sdn.Bhd telah diadakan di MaTic, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah diacarakan secara santai oleh pengacara dan DJ terkenal iaitu Richie Rachman dan telah dihadiri oleh ramai tetamu dan para media. Selari dengan kemajuan teknologi dan gaya hidup masa kini, satu aplikasi dikenali NovelPlus (Novel +) memberi ruang lebih besar pada peminat novel membaca pelbagai novel kegemaran mereka hanya di tapak tangan. Pengasas Novel di alam maya ini adalah Dato' Lim Thean Keong dan menurut Pengurus Besar NovelPlus iaitu cik Crystal Lai, tercetusnya idea mewujudkan Novel menerusi talian atau alam maya ini adalah dari kisah benar pengalaman Dato' Lim dengan anak pekerjanya yang sangat minat membaca novel tetapi tidak mampu memiliki kesemua novel yang diimpikannya kerana kekangan wang.
Cik Crystal Lai berkata, aplikasi berkenaan bukan sahaja ada pembaca di Malaysia tetapi Indonesia, Hong Kong, Brunei, Singapura, Pakistan, Australia dan Amerika Syarikat.
“Buat masa ini, sebanyak 500 buah novel yang telah diakses oleh lebih 17,000 pengguna. Ada banyak novel di NovelPlus dengan pelbagai genre, dan yang paling popular adalah novel bergenre kisah cinta.
“Kami juga mempunyai lebih 250 penulis amatur terdiri penulis tempatan termasuk Indonesia dan Brunei,” katanya pada majlis pelancaran NovelPlus di Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Kini anda tidak perlu lagi mengeluarkan duit RM15-RM25 untuk memiliki senaskah Novel malah boleh membaca Novel sebanyak mungkin dan secara percuma dan Applikasi ini boleh dimuat naik di AppStore dan Android dan laman rasmi NovelPlus boleh dilawati di sini http://www.novelplus.com
Cik Crystal Lai semasa berucap dan menerangkan mengenai NovelPlus
Penulis semasa menanti kehadiran tetamu lain dan sementara menunggu majlis dimulakan
No comments:
Post a Comment