Saturday, October 10, 2015

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN FOTOGRAFI #KOLEKTIF1 & BAS HOHO SEMPENA HARI PELANCONGAN SEDUNIA 2015

Bersempena dengan Hari Pelancongan Sedunia, baru-baru ini majlis pelancaran Pameran Fotografi #KOLEKTIF1 dan majlis pelancaran Bas HOHO ( Hope On Hope Off ) telah diadakan di MATIC Kuala Lumpur. Majlis pelancaran telah dilakukan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Dalam ucaoannya, beliau berkata "kerjasama strategik yang positif menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS ) sebegini bukan sahaja dapat menyumbang ke arah kelestarian dan merancakkan lagi industri pelancongan negara, bahkan menghasilkan program yang berimpak tinggi, kos yang rendah serta dapat dilaksanakan dengan segera".

 YB DATUK MAS ERMIEYATI MENELITI GAMBAR SAMBIL DIJELASKAN OLEH EN.YAMAN IBRAHIM
 ANTARA SUDUT PAMERAN DI MATIC KUALA LUMPUR
 YB DATUK MAS ERMIEYATI MELAWAT DEWAN PAMERAN #KOLEKTIF1
 SEMASA MAJLIS PERASMIAN, PARA JEMPUTAN DIPERSEMBAHKAN DENGAN TARIAN TRADISIONAL OLEH JABATAN KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR
 BERGAMBAR KENANGAN DENGAN YB DATUK MAS ERMIEYATI
 ANTARA FOTO YANG DIPAMERKAN
 ANTARA FOTO YANG DIPAMERKAN
 ANTARA FOTO YANG DIPAMERKAN
 ANTARA FOTO YANG DIPAMERKAN
 ANTARA FOTO MENARIK YANG DIPAMERKAN
 ANTARA FOTO YANG DIPAMERKAN
 BAS HOHO ( HOPE ON HOPE OFF )

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL

Bertemakan '1 Billion Pelancong, 1 Billion Peluang', sambutan Hari Pelancongan Sedunia bermatlamat untuk meraikan sumbangan dan kepentingan pelancongan dalam menjana ekonomi serta membentuk dan mempengaruhi nilai-nilai sosial dan budaya.

Sementara itu, pameran Fotografi #Kolektif1 merupakan kerjasama strategik di antara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Pusat Pelancongan Malaysia ( MaTiC ) dan En.Yaman Ibrahim yang merupakan jurugambar terkemuka di Malaysia bersama 28 orang lagi jurugambar profesional tanah air dan juga yang didatangkan khas dari Brunei. Pameran ini melibatkan 78 karya dan hasil foto dari pelbagai tempat dan pelancongan di dalam dan di luar negara. Pameran adalah percuma dan terbuka pada semua bermula dari 3 September hingga 30 Oktober 2015 di Pusat Pelancongan Malaysia ( MaTiC ).

1 comment:

elliecleffairy said...

One of thee days, I want to try riding the HOHO bus. Haven't had the opportunity to ride on one and play tourists in KL.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.