Friday, October 30, 2015

KALUMPANG RAINFOREST JUNGLE RUN 2015

 Kita biasa dengar atau pernah ikut larian atau marathon disekitar bandara atau kotaraya, tapi jarang sekali mendengar atau terlibat dengan larian yang melalui denai, bukit-bukau, paya dan perkampungan.Pengalaman membuat liputan untuk Kalumpang Rainforest Jungle Run 2015 atas jemputan TM Sel atau Tourism Malaysia Selangor pada 25 Oktober yang lalu membolehkan kami para Media dan Blogger merasai dan memberi gambaran sebenar keseronaokkan larian ini.  Larian ini adalah anjuran Green Leaf Events and Marketing Services dengan kerjasama oleh Kalumpang Resort & Training Centre dan Majlis Daerah Hulu Selangor serta Tourism Malaysia Selangor. Seawal 6.00 pagi para peserta telah bersedia dan peserta telah dilepaskan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor iaitu Tuan Mohamad Zain Bin A.Hamid. Larian sejauh 18Km ini terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya Kategori Remaja Perempuan, Kategori Remaja Lelaki, Kategori Lelaki terbuka, Kategori Wanita dan Kategori Veteran Selain peserta tempatan, turut sama mengikuti larian ini adalah peserta dari beberapa buah neara antaranya dari Kenya dan Peranchis. Selepas perlumbaan dilancarkan, para Media dan Bloggers telah dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda ke beberapa Check Point dan melalui bukit yang agak tinggi dan berliku. Kamlumpang Rainforest Jungle Run 2015 ini telah diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor dengan diringi oleh wakil dari Tourism Malaysia Selangor.












No comments:

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.