Wednesday, September 21, 2011

BAJU REKAAN SAYA UNTUK MAJALAH REMAJA

Pada isnin lalu saya telah terlibat dalam fotoshot untuk majalah Remaja. Bukan sebagai Model tetapi sebagai co-ordinator dan pereka pakaian. Ya lah...seperti pelakon, dah lama berlakon lepas tu nak juga naik ke satu tahap lagi menjadi pengarah dan begitulah pula saya. Dari seorang Model yang diarahkan memakai itu dan ini serta disuruh bergaya begitu dan begini tetapi kali ini saya pula yang mengarahkan Model. Satu pengalaman yang menarik apatah lagi bekerja dengan team Karangkraf yang begitu kreatif dan mempunyai idea-idea yang segar. Bayangkan cik Oda memilih lokasi disebuah galeri yang unik dan lepas itu bertukar lokasi ke bengkel galeri yang nampak serabut tetapi bila keluar hasilnya nanti tentu nampak unik dan menarik. Di sini hanya dikepilkan dengan foto yang kecil dan dari jauh sebab jika dikeluarkan semua, nanti tidak ada nilai eksklusif pula bila keluar dimajalah Remaja. Nantikan hasil-hasil rekaan saya yang diperagakan oleh 12 orang talent-talent yang muda dan kacak pada keluaran Remaja yang akan datang.

4 comments:

Anonymous said...

Ayoooo baru masuk majalah remaja dah kekwat bagai!

Anonymous said...

Tahniah Kose, ada kawan Is dah 2 tahun lebih dapat diploma dari UITM bahagian Fashion Design tapi masih tercari2 arah ,jangankan nak keluar majalah, nak ikut fesyen show pun tak pernah lepas. bukan dia tak pernah hantar pada penganjur tapi semua rekaan yang dia hantar ditolak penganjur. Bangga dengan awak yang masih study dah banyak fesyen show dan keluar pelnagai majalah...keep it up. Mohd Nazri Kasim your FB friend

Secret Writer said...

ANONYMOUS, saya X suka hina org atau kutuk orang walau saya banyak pencapaian dan banyak ekluar majalah dan TV tapi org2 mcm ko ni patut dihina sebab mengutuk dan menghina orang. KAU ADA APA? JGNKAN MAJALAH, AKHBAR HITAM PUTIH PUN X SUDI KELUARKAN MUKA KO YANG BURUK TU. JGNKAN AKHBAR, NAJALAH SEKOLAH YG FREE DAN X PAYAH BELI TU PUN X RELA NAK KELUARKAN PIC KO APA LAGI CERITA TENTANG KAU. TENGOKLAH DIRI TU. SAYA TAU SIAPA KAU, KAU XTAU YANG BLOG SAYA NI ADA VISITOR FEED DAN ADA KESAN JEJAK PELAWAT. KESIAN KO KAN, X KEMANA-MANA. TENGOK DIRI KO TU, SAMPAI SEKARANG XDE APA2. KALAU MATI PUN XDE YANG DOAKAN...AKU ATLEAST ADA ANAK YG BAKAL DOA DAN LAWAT KUBURKU. SEDIHLAH KAU NI...KAUY XED APA2 YANG PENCAPAIAN DALAM HIDUP, X GEMBIRA DLM HIDUP, CEMBURU DGN KEJAYAAN ORANG DAN MENGUTUK AGAR ORG X GEMBIRA MCM KAU. PATUT TUHAN SEMPITKAN REZEKI DAN HIDUPMU X DIGEMBIRAKAN SEBAB PERANGAI MCM NI KIH KIH KIH...AMBIK KAU BURUK...BANGANG...GAGAL DALAM HIDUP...SEDIH KAN KAU PUNYA HIDUP...KAU KUTUK AKU, REZEKI KU BERTAMBAH DAN DOSA2 KU KAU TERPAKSA TANGGUNG :D

Secret Writer said...

NAZ, terima kasih, saya ambil segala puji-pujian kawan2 ( memang ramai yg puji bila saya linkkan kisah ni kat FB ) tapi saya ambil pujian tu bukan utk bangga diri atau takbur...tapi ambilnya sebagai pendorong dan pembakar semangat...terima kasih sekali lagi, semua ni rezeki dari tuhan dan ilham serta bakatku kurniaan tuhan tapi ada insan yg kutuk sebab dia melawan takdir tuhan yg kurniakan bakat dan ilhamku...patutlah Allah sempitkan pintu rezeki dan sedihkan hidup org2 mcm dia dan org2 yg selalu mengutuk..Alhamdulillah

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.