Sunday, September 25, 2011

OPEN HOUSE KU DIMERIAHKAN ARTIS2 DAN MODEL2, ARRORA SALWA, AESAR & MAX 247

Syukur, rancangan hendak membuat Open House dan menjamu rakan-rakan sempena Hari Raya telah terlaksana. Walaupun perancangan awalnya hanya membuat secara sederhana sahaja tetapi tidak sangka pula ianya menjadi meriah dengan kesudian rakan artis dan Model datang ke teratak saya yang tidak seberapa di Sentul. Gembira tidak terkata bila Arrora Salwa yang popular dengan lagu 'Ahmad', Kumpulan Max 247 yang popular dengan lagu 'Cinta 247' dan Aesar yang popular dengan lagu 'My Girl' serta finalis model dari Pencarian majalah Maskulin dan finalis Kacak Bergaya ( Pancaindera ) dan finalis Manhunt berkumpul menjadikan rumah saya yang kecil dan suram tiba-tiba meriah dan bercahaya dek kerana kilauan para artis dan Model2. terima kasih banyak, serta terima kasih kerana ramai yang memuji masakan saya antaranya yang popular di Sabah, Nasi Kuning, Ayam masak Kicap, Ayam masak Merah, Ayam Masak Bumbu Bali serta Telur Sambal dan Mee Hoon, Mee Goreng, Nasi Himpit, Buah-Buahan dan tidak lupa juga juadah Raya yang ala-ala dulu-dulu tema Kampung seperti Kerepek Ubi Pedas, Kerepak Ubi Masin, Kerepek Pisang, Kuih Baulu, Kuih Semprit, Kuih Makmur dan Kek Lapis, kali ni tiada kuih moden seperti Almond London dan lain-lain. Raya kali ini sangat bererti bukan sahaja dengan kehadiran rakan artis dan Model, tetapi juga sebab Baju melayu yang saya pakai, saya design dan buat sendiri. Percayalah, jika kita yang buat sendiri...rasa memakainya sangat istimewa rasanya.










No comments:

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.