Sunday, July 24, 2011

MENYEDIAKAN PAKAIAN UTK FOTOGRAFI ARTIS & PAKAIAN MODEL UTK IKLAN TV HARI RAYA

PETIKAN AKHBAR KOSMO DIMANA KUMPULAN MAX 24:7 MEMAKAI PAKAIAN DARI KOSE DESIGN & COLLECTIONS.

Apa lagi yg nak dikata selain ucapan syukur pada yang maha kuasa dan selepas itu berterima kasih pada teman-teman yang memberi sokongan moral serta memberi sambutan pada Kose Design & Collections. Selepas menyediakan pakaian untuk kumpulan M-POP baharu iaitu Max 247 ( semua di dalam gambar ), bersama akhbar Kosmo dan kemudian beberapa majalah yang lain pula. Selepas sahaja photo dan artikel tersebut keluar, banyak pula pertanyaan dan tempahan serta ada yang siap nak beli pakaian yang dipakai oleh mereka.


Selain itu, Kose Design & Collection juga baharu-baharu ini telah menyediakan pakaian untuk Pak Yong kita iaitu Rosnan Rahman semasa beliau menjadi Pengacara untuk Malam Tari di Auditorium DBKL. Satu lagi yang menarik adalah menyediakan pakaian Melayu untuk iklan Raya Telekom yang boleh disaksikan selama sebulan sepanjang Ramadhan nanti yang mana pelakon utamanya adalah Tiran atau dalam Facebooknya Naidu Tiran. Rasa terharu sangat, walaupun masih melanjutkan pelajaran dalam fashion Design, tetapi saya sangat bertuah kerana telah mendapat banyak peluang sebegini dan itu tidak termasuk Fashion Show dan lain-lain yang mana ada Designer yang masih tercari-cari peluang dan ada pelajar di tempat saya study dah hampir 3 tahun belajar tapi masih mencari-cari peluang untuk bekerjasama dengan artis atau selebriti.
POSTER PROMO KUMPULAN MAX 24:7 YANG MEMPERAGAKAN PAKAIAN DARI KOSE DESIGN & COLLECTIONS

4 comments:

erick said...

hebat betul.............

Kos Serani said...

Terima kasih ERICK atas sokongan

syazwan tahir said...

baju2 u sumer suoerb! btw new entry pasal hijabistas..maria elena,The Scarflets dan hijabustas2 malaysia kt enciksyazwanpunyablok.blogspot.com

syazwan tahir said...

baju2 u sumer suoerb! btw new entry pasal hijabistas..maria elena,The Scarflets dan hijabustas2 malaysia kt enciksyazwanpunyablok.blogspot.com

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.