Thursday, June 16, 2011

SIAPKAN 12 HELAI PAKAIAN UNTUK PHOTOSHOOT MAX 247 BERSAMA KOSMO AHAD

Jika sebelum ini saya busy menyediakan Vest untuk persembahan Kumpulan yang sedang meningkat naik iaitu Max 247 sempena persembahan mereka di Putrajaya sempena Hari Belia ( Himpunan Sejuta Belia ) dan untuk persembahan mereka di Istana Budaya, kali ini saya menyiapkan 12 pasang baju untuk sesi fotografi mereka bersama Kosmo sebuah akhbar yang popular dan berpengaruh di Malaysia. Faham-fahamlah kalau sebuah akhbar popular dan berpengaruh yang menjemput mereka, ertinya kumpulan ini bukanlah sebuah kumpulan picisan. Kalau dah Istana Budaya jemput buat persembahan, bererti kehadiran mereka tidak boleh dipandang sebelah mata, apa lagi minggu hadapan sekali lagi mereka diberi kepercayaan dan dijemput membuat persembahan di istana Budaya kerana sambutan yang sungguh hebat pada show mereka sebelum ini. Ada juga cabarannya design baju untuk artis berkumpulan. Ianya tidak semudah menyediakan hanya sehelai baju untuk artis Solo berdasarkan personaliti dan konsep muzik yang dibawa tetapi untuk artis berkumpulan, kita bukan hanya harus menyediakan baju yang banyak, tetapi juga harus memikirkan konsep atau genre lagu mereka, juga harus menitik beratkan warna serta pertalian warna dan kesinambungan design antara satu baju dengan baju yang lain.
VEST YANG SAYA SIAPKAN UNTUK PERSEMBAHAN MEREKA DI ISTANA BUDAYA

2 comments:

Anti Glamour said...

Ni bukan kumpulan melayu yang perasan K-POP tu ka? kakakakkaka boleh lah... dah dengar lagu dia.. besa-besa saja.. selamat lah muka jambu.. klu tak... ermmm nasib lah

Secret Writer said...

Salah tu, mereka tak pernah gelar diri mereka Kpop, Kpop tu bererti POP KOREA, tapi mereka membawa konsep POP MALAYSIA yang cenderung ke Dance Music. Ada banyak group Mpop sebenarnya, tapi orang hanya kenal MAX 247 sahaja, mengapa ya? mungkin inilah tanda mereka popular. Padahal KRU ada lahirkan Mpop bernama VIP ( yg menampilkan adam AF dan bekas pecahan Evoke ) dan Cat Farish lahirkan kumpulan POP ( Prince Of Pop ) dan ada ramai lagi grup antaranya Gula-Gula dll. Wajah MAX 247 ni jambu adalah extra atau another pakej sahaja

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.