Tuesday, June 28, 2011

FASHA SANDHA, NORA DANISH, MAX 247 & ANA RAFALI DAN KES PAGE ANTI ARTIS

Budaya irihati, hasad dengki, benci membenci memang sudah lama ada dalam masyarakat kita sejak dahulu kala lagi tapi tidaklah seteruk sekarang ini ianya bukan hanya tersebar dari mulut ke telinga, tetapi juga dari internet ke minda. Jika dahulu kala ianya hanya setakat tersebar serata kampung dengan kegigihan Cik Kiah, cik Senah, Cik Bedah Gebu dan Cik minah Kerempeng, serta Cik Joyah, tetapi kini dengan hanya satu klik saja ianya tersebar seantero negeri, negara waima dunia sekalipun. Dengan adanya teknologi canggih seperti internet, budaya membenci dan irihati semakin merebak luas dengan sembang atau forum mengumpat sesama sendiri atau melalui Page Anti seseorang artis.

Walau sepopular Dato CT sekalipun ada laman sembang yang mengutuk beliau itu tidak termasuk di Blog dan majalah dalam bentuk internet. Ada juga yang membuat Laman Anti atau Anti page ini hanya bersandarkan mereka anti seseorang artis itu dengan alasan meniru artis lain seperti ada Anti Page Stacy dengan motto atau sebab dia meniru Agnes Monica, padahal Stacy Tidak menirupun. Bukan setakat itu sahaja, malah ada Anti Page kumpulan Mpop Max 247 dan Gula-Gula kerana didakwa meniru Super Junior dan Wonder Girls. Kalau mereka menirupun mengapa anda yang sakit hati? mereka pun tidak benci Max 247 dan Gula-gula, malah artis selalunya bangga mereka jadi ikutan kerana itu tandanya imej serta konsep mereka berjaya dizahirkan. Buat apa kita membenci dan mengutuk sedangkan sipunya badan tidak ada buat dosa dengan kita? Kalau sekalipun mereka mengikut konsep, bukan mereka buat jenayah atau dosa, malah artis itu sendiri rasa bangga jika mereka jadi ikutan.

Masyarakat kita ada penyakit membenci yang mereka tidak sedar mereka menambah dosa kering. Dalam Islam sendiri telah diterangkan jika kita mengumpat, mengutuk orang KITA TELAH MEMBUAT DOSA. SUDAHLAH BERDOSA, SEGALA PAHALA KITA AKAN DIBERI PADA ORANG YANG KITA KUTUK/BUAT DOSA ITU. Tidak malukah? tidak rugikah? Dulu Kumpulan Elite pun pernah dikutuk kerana dikatakan meniru Spice Girls yang juga kebetulan dalam genre Pop dan 5 orang juga. Tapi apa jadi pada pengutuk? mereka tamnbah dosa...show Elite lebat ketika itu dan lagu-lagu mereka tetap meletup. Shima dulu dikutuk kerana meniru Ella dan banyak lagilah artis lain yang terkena. Tapi ada contoh lain yang membuktikan tuhan luaskan rezeki orang yang dikutuk dan oORANG YANG MENGUTUK DISEMPITKAN REZEKINYA. Sebagai contok kemenangan Ana Rafali di Juara lagu bukan hanya dipertikaikan, malah dia jadi cemuhan dan kutukkan, tapi dia berjaya pula di ABPBH, KALAU DAH MENANG DI ABPBH TU, BERERTI ORANG TU POPULAR SANGATLAH. Dalam kes Nora Danish dan Fasha Sandha, masyarakat kita ikut campur tangan SUKA TAMBAH DOSA KERING. Kalaupun betul fasha Sandha rampas suami Nora danish, sepatutnya hanya Nora Danish yang benci Fasha dan Fasha hanya bersalah pada Nora danish, tapi dia tidak buat dosa dan salah pada kita, tiba-tiba kita kutuk dan membenci dia. Apa dosa dan salah Fasha sandha pada kita???? Dia rampas suami kamu? dia tipu kamu? tak ada...kan? jadi buat apa kita terikut-ikut? sedangkan Fashapun tak kenal kamu semua. Ramai kata Fasha akan jatuh kerana ramai yang benci tetapi rezeki berlakonnya lebat dan menang pula Pelakon Tv Drama Popular mengalahkan yang terkenal lagi.

Bilalah masyarakat kita nak sedar? sayapun pernah diumpat dan dikutuk walaupun saya tak buat dosa pada orang-orang dalam satu kelab. malah segala usaha saya menaikkan nama kelab dan membuat segala program dengan jayanya selama hampir 3 tahun dipersendakan. Mereka mempersendakan aturcara majlis yang saya buat sedangkan usaha saya membuat kelainan dengan adanya fashion show mendapat pujian dari wartawan kerana lain dari acara kelab peminat yang lain yang hanya sekadar potong kek, games dan persembahan nyanyian sahaja.

Tujuan saya mempelbagaikan acara agar orang rasa tidak rugi melabur wang membeli tiket. Cuba bayangkan untuk Dinner Fashion Show sahaja kena membayar RM60 ke atas, tetapi majlis saya anjurkan ada Fashion Show, ada Games, ada persembahan nyanyian jadi orang tidak rasa rugi dan satu lagi ada kelainandari anjuran kelab lain. Saya memang selalu buat kelainan yang orang atau kelab lain tak buat. Orang baru prihatin dan menderma bila kejadian tanah runtuh rumah anak yatim baru-baru ini, tapi saya tidak tunggu tanah runtuh telah membawa ahli-ahli serta penyanyi popular buat amal dan lawatan sebelum kejadian. Orang kita bila terjadi satu hal baru mula tunjuk prihatin. Entahlah sampai bila orang kita sedar dan mahu buang penyakit hasad Dengki dan Irihati ini? Padahal orang-orang yang mengumpat saya ada antaranya adalah orang yang berpaling keluar dan masuk kelab lain siap buat pengumuman di Blog, tetapi bila Kelab mereka tak berapa menjadi, lepas tu memohon mahu masuk balik selepas hanya kami bertiga bersusah payah meneruskan aktiviti dan menghidupkan laman web/blog. Demi kasihan, saya maafkan dan menerima si polan kembali, tetapi orang itu yang menjadi racun dan mengumpat saya dari belakang. Sedangkan saya sudah umumkan yang saya undur diri dari menjadi Presiden, tetapi bukan keluar ahli. Saya meletak jawatanpun bukan suka-suka, tetapi kerana melanjutkan pelajaran untuk mengambil Diploma yang memerlukan saya fokus pada pelajaran kerana jika gagal sia-sia membayar RM25,000.00 setahun. Saya yang bina rumah itu, pengasas adalah pengasas dan sejarahnya tetap tidak boleh diubah. Nasib baiklah saya ni jenis yang tidak cepat melenting dan tidak suka mengambil kesempatan dan tidak gila glamor walau diasak dengan pelbagai pertanyaan dari wartawan. Saya hanya ambil sikap berdiam diri dan jelaskan yang tidak ada apa perselisihan walau sebenarnya tuhan saja yang tahu. Bottom line cerita ini, mulutlah yang akan menghancurkan sebuah persatuan, sebuah bangsa, atau sebuah negara...fikir-fikirkanlah.

2 comments:

Anonymous said...

Sahabat FB , itu tandanya kamu bagus, tidak ada orang yang dengki pada orang yang gagal, kamu berjaya, bagus dan hebat, sebab itulah mereka dengki sebab mereka tidak boleh menjadi sehebat kamu dan tidak boleh buat sebagus kamu so jalan pintasnya hanya memburukkan kamu dan cari kesalahan kamu. - TQ link ur Blog kat fb U - Mohd Nazri Kassim

Anonymous said...

Orang kafirpun lagi mulia dan tau erti kasih dan sayang menyayangi sesama insan, cuba tengok kempen Black Eye Peace melaungkan lagu keamana " Where is the love". Where is the love dalam diri kita dan sesama Islam? lebih suka membenci dan PHD, hmm...

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.