Tuesday, November 9, 2010

RUPANYA AKU JER YANG SENGKEK

Selalu terfikir kenapa tiap kali lunch tak ada student yang nak lepak kat Foodcourt ataupun mamak stall. Fikir, punya fikir tetap tak habis fikir. Tapi bila baca profile para pelajar kat Kolej, baru dapat jawaban selama ini bermain difikiranku. Selain terdiri dari anak-anak Datuk, Tan Sri, ahli perniagaan, ada juga pelajar yang isteri muda kepada datuk. Rupa-rupanya aku saja pelajar yang paling sengkek kat kolej ni, patutlah bila sebut saja yuran RM22,500.00 setahun, ramai yang terlopong, itu belum lagi alatan lukisan, harga kain dan perincian serta alatan menjahit. Bila fikir balik, memang perangai aku ni suka menongkah arus. Kat Kampung kakak berkeras nak pegi sekolah Cina dan aku sekolah swasta Inggeris walau tau tak mampu yurannya mahal. Dulu masa kata nak jadi Model, ramai kawan-kawan dikampung ketawa dan kata mustahil sebab kita tidak ada rupa Pan Asian. Kata mereka tak pernah ada rupa kampung selain wajah-wajah Pan Asian yang muncul dimajalah dan dada akhbar. Tapi aku tetap degil dan yakin satu hari nanti wajah Kampung akan menjadi penghias majalah dan poster. Dan saya telah membuktikanya kerana kedegilan itulah saya muncul artis/model pertama penghias Poster majalah Inggeris GALAXIE yang sebelum itu hanya menyiarkan cerita tentang artis tetapi tidak sebagai Poster. Selain Poster saya juga menjadi penghias Mini Poster majalah SENSASI LELAKI, menjadi Back Cover majalah HAI , selain dijemput majalah REMAJA, IMPIANA, APARTMENT dan pelbagai akhbar seperti The Star dan The Straits Times. Dare to dream? I will...





7 comments:

Row Ann MLTy said...

congrats 4 ur success....

KEMBARA PERJALANANKU said...

Kagum dengan semangat U dan menjadikan sesuatu hal itu tidak mustahil kalau kita ada kesungguhan. U sangat bertuah kerana setahu saya majalah Galaxie X pernah beri laluan pada artios popular tempatan menjadi penghias poster, selalunya hanya artis dan model barat. Tahniah, U memang dah berjaya and U are One In Million

hakaku said...

nak jadi model u boleh tak....

HipokiuTSGT said...

beshnye kose..apa2 pun all the best k...sy nie bila lah blh jd model..hahahhahaha..perasan!!...

hakaku said...

badan cantik memang boleh la..pergi jauh..

Secret Writer said...

HAHAKU, terima kasih, korang pun boleh juga yg penting rajin bersenam dan jaga penampilan

Secret Writer said...

ROW ANN, terima kasih banyak.

PERJALANANKU, yup sekurang2nya aku telah mencipta sejarah.

HIPO ok bah kalau kau, Sumandak2 Sabah memang santik2

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.