Tuesday, June 1, 2010

GAH1 RTM, CORAT-CORET MALAM KEMUNCAK ( HITS1 )



Tahniah sebelumnya diucapkan kepada RTM yang telah berjaya meneruskan pertandingan ini untuk tahun yang ketujuh. Sebenarnya bukan mudah untuk meneruskan legasi sebuah pertandingan lagu jika tidak ada sambutan dari penonton dan kerjasama dari artis serta pencipta lagu.Malam kemuncak GAH1 yang sebelumnya dikenali sebagai HITS1 telah berlangsung pada ahad lepas dengan penuh warna-warni dan meriah sekali. Walaupun ada beberapa masalah teknikal seperti sound system kurang baik pada sesetengah masa, sorotan kamera yang tidak kreatif memilih angle dan tidak berapa lancar dimana ada beberapa ketika penonton menunggu lama untuk persembahan seterusnya. Saya rasa GAH1 akan lebih lancar jika ruang kosong semasa iklan ditampilkan pelawak dan ini adalah cara selamat juga untuk menutup kelembapan rancangan bila ada artis yang belum lagi bersedia kerana pelawak selalunya sentiasa ada idea yang spontan. Namun begitu, malam kemuncak GAH1 sama seperti namanya kelihatan begitu gah pada malam itu dengan lautan manusia yang datang untuk menyaksikan artis-artis pujaan mereka secara 'live'.

Seperti juga rancangan mingguannya yang kadang bertukar lokasi agar pengikut rancangan ini tidak bosan, begitu juga malam kemuncak GAH1 kali ini memilih Selangor atau yang tepatnya di Sunway Lagoon. Untuk rekod, tahun lepas Pahang telah terpilih menjadi lokasi malam kemuncak dimana saya menyertai deligasi Ifa Raziah yang turut mempertandingkan lagu popularnya 'Panas' ciptaan Cat Farish. Pada tahun ini saya sebagai Presiden kelab peminat Stacy iaitu STACY'S ANGIE FRENZ telah turun padang bersama hampir 200 orang dan ada beberapa orang ahli yang datang dari Johor, Pahang dan Sabah selain yang dari sekitar KL dan Selangor. Seperti Stacy, kami juga telah bersedia kerana telah lama menanti detik ini sejak ditunda dari bulan Mac ke May dan kini baru terlaksana. Walaupun Stacy tidak berjaya membawa pulang apa-apa Anugerah, kami tidak mahu mempertikaikan keputusan pengadil yang lebih pakar. Apa yang lebih penting Stacy telah membuat persembahan yang mantap dan nampak sangat Stacy adalah antara salah satu penarik GAH1 pada kali ini.

Selain Stacy yang mempertaruhkan dua lagu popularnya iaitu 'Pakai Buang' dan 'Menggegar Dunia', antara artis lain yang mempertandingkan lagu mereka adalah, Faizal Tahir, Tomok, Azharina Azhar, 6ixth Sense, Grey Sky Morning,Alyah dan Erni ( menggantikan Misha Omar ). Saya tabik juga dengan pihak penerbit serta krew yang berani mengambil risiko memilih lokasi terbuka seperti ini kerana bayangkanlah jika tiba-tiba hujan. Cuma kalau boleh, untuk tahun seterusnya jika ada, lebih baik dan selesa memilih dewan atau padang yang ada tempat duduk kerana lokasi kali ini bukan hanya jauh berjalan kaki, tetapi juga ramai yang merungut kerana keletihan berdiri selama dua jam setengah dan itu terpaksa mendaki naik lagi ke atas dan ada yang terpaksa parkir kereta jauh dekat hotel Sunway. Namun seperti yang saya tulis diawal-awal tadi, bukan mudah memindahkan kertas kerja dan draft menjadikannya nyata, dan pihak penerbit bersama krew patut mendapat kredit dari segi usaha keras mereka.

CORAT-CORET

# Nubhan tersalah masuk menyanyi dan bila sedar dia berhenti dan menyanyi semula dengan wajah yang seperti kacau.

# Elyana berjaya menyuntik Tema Fiesta dengan mendendangkan lagu popular Shawn Bahrin walaupun dengan berkaki ayam.

# Semua lagu yang layak ke final benar-benar hits dan popular sehinggakan penonton hafal dan bernyanyi sama.

# Jika penonton setakat menyanyi sama semasa setiap artis menyanyi, tetapi setiap kali kemunculan Stacy, mereka bukan setakat menyanyi malah turut menari sama.

# Persembahan Azharina very Hazami sehinggakan kami yang datang seawal 6.30p.m boleh meneka koir yg membuat latihan tanpa Azharinapun boleh jangka itu lagu ciptaan Hazami walau masa itu mereka menyanyi secara harming tanpa lirik.

# Persembahan medley lagu-lagu lama dari artis baru dan veteran seperti Datuk Jeffrydin, Aspalela Abdullah, Elyana, Siti Sarah dan One Nation Emcee sangat menghiburkan.

# Hampir separuh dari lautan penonton yang hadir menyokong semua artis yang bertanding



INILAH ANTARA PENYOKONG STACY TERMASUK ABANG-ABANGNYA TURUN PADANG SEKALI.

STACY BERGABUNG DENGAN EVOKE UNTUK LAGU 'MENGGEGAR DUNIA'

STACY SEMASA MENDENDANGKAN LAGU 'PAKAI BUANG' DIIRINGI TARIAN DARI KUMPULAN EVOKE





10 comments:

MY HEART & MY SOUL said...

Saya dan kawan2 pun datang, memang best dan mantap sangat persembahan Stacy. Org yg support dia mcm semua penonton. Tahniah pada Stacy dan U sebagai P.A Stacy

Secret Writer said...

MY HEART, saya X nampak kamu la. Kat sebelah mana? ramai sangat org, kan. Xpe la...janji semua terhibur

LIZA WORLD said...

Kecewa sangat Stacy X dapat apa2. Sepatutnya dia dapat Lagu paling popular, kalau Xpun persembahan terbaik berdasarkan kesungguhannya. Saya percaya Stacy mengorbankan masa dan tenaga yg banyak utk latihan, padahal penyanyi lain X payah berlatihpun ada.

Secret Writer said...

LIZA, ni semua soal rezeki. Tapi memang Stacy berusaha keras dan bukan hanya korbankan masanya seorang tetapi juga Chaq dan kumpulan Bad Boys. X apalah, kita kena hormati keputusan juri, yg penting org puas hati dgn persembahan Stacy, segala penatnya terbayar. Utk pengetahuan semua, kalau dihitung tambah setiap hari mereka berlatih, semuanya lebih 80jam

Anonymous said...

Alamak ada gmbr sa pula kt sini hihi..sy gewmbira dn berpuas hati dgn persembahan Stacy tk kisahlh dia x mnang..dia masi muda..byk pluang lg hihihi

Anonymous said...

Alamak ada gmbr sa pula kt sini hihi..sy gewmbira dn berpuas hati dgn persembahan Stacy tk kisahlh dia x mnang..dia masi muda..byk pluang lg hihihi

Secret Writer said...

Kan ZURA, STACY masih banyak peluang lagi, dan yg penting ramai yg berpuas hati dengan persembahan mantapnya.

Unknown said...

cit apasal aku x de.jeles r...kos saya sudey x de fb..boleh x klu ape2 event kos tlg tinggalkn msg utk saya di www.chumichugus.blogspot.com..tlg ye kos

Secret Writer said...

ZURA bukan hanya puas, dapat Giant poster Stacy juga mlm tu...kan?.

CHUMI, jgn jeles, sapa suruh U keje jauh nun kat tanah Arab sana...tapi rindu a U Xde join Stacy's Frenz lagi. Sure nanti aku tinggalkan mesej kat Blog U

Unknown said...

kos mmg sweet..thankss..bila chaq n stacy nk buat event kt kingdom yer??hahaa

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.