Friday, May 21, 2010

LARIKK!!! ANON MENGAMUK DAN SERANG BLOGKU



Aduh, hanya kerana tulisan atau pendapat aku tentang Adira bakal Juara AF8, ramai pula yang marah-marah tetapi menggunakan nama ANON. Nasib baik segala komen kena moderate dulu baru boleh publish, jika tidak...banyak perkataan dan ayat yang memalukan dan mengutuk saya. Mengapa tidak puas hati?, itukan sekadar pendapat saya dan berdasarkan kajian. Sepatutnya korang jadikanlah tulisan saya sebagai cabaran dan gandakan usaha vote dan atur strategi. Masa AF6 dulu lagi teruk, orang bukan hanya setakat tulis macam saya yang Adira bakal Juara, tetapi mereka siap tulis siapa yang patut juara dan kutuk atau komen kelemahan pelajar lain. Jangan lah emo sangat, ni saya nak sejukkan hati korang wahai ANON @ pengutuk. Musim ini 4 orang pelajar lelaki yang ke final. Seperti sejarah, pelajar lelaki menjadi pilihan kerana yang ramai vote adalah dari golongan Adik2, Akak2 dan yang golongan abang2 jarang ambil pot hal vote ni, mereka suka menonton saja dan ada yang tidak ikuti langsung AF ni. Dah 7 AF, hanya 2 orang saja pelajar wanita yang jadi Juara. Dah lumrah pelajar lelaki selalunya menjadi kegemaran pengundi. So, apa nak susah hati dan sakit hati? jadikanlah tulisan saya sebagai cabaran,dan kalau pilihan kamu yang Juara, sure kamu tahu rasa berterima kasih pada tulisan saya yang provokasi sangat heh heh heh.

3 comments:

MY HEART & MY SOUL said...

Shahir X sepatutnya menang kerana kalau dia betul2 bagus dan popular, mengapa dia tersingkir minggu ke 7? bererti ramai yg X minat dan X yakin dgn bakatnya. Dia menangpun maybe sekejap jer top mcm Zahid. Body dia pun Chubby-Chubby mcm Zahid dan gelek pun sama, cuma beza Shahir gelek nyanyi lagu Arab dan Zahid gelek lagu Chek Mek Molek

Kos Serani said...

MY HEART, ni semua takdir, tapi AF memang mcm tu la, Xleh nak hairan cuma tengoklah nanti siapa yg survive, yg penting dah dekat 3yrs, Stacy still populr dan makin mantap. Bukan semua Juara berjaya, Zahidpun dah slow, namanya panas hanya 2tahun jer lepas tu dah biasa2.

LIZA WORLD said...

X lama gamaknya dia bertahan tu kerana AF8 ni sama mcm AF4 sangat membosankan dan tidak menarik perhatian penonton dan wartawan. Juara pun belum tentu ke mana, apa lagi yg X menang tu lepas ni hanyut lah

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.