Sunday, April 4, 2010

DIN BERAMBOI & YANI TELAH PERGI

ANTARA PIC TERBARU YANI SEBELUM ARWAH YANI SENYAP DARI PERSADA HIBURAN

Dalam masa tidak sampai sebulan kita telah kehilangan dua orang insan seni yang masing-masing memiliki bakat tersendiri. Ramai yang menulis dalam sudut yang hampir sama di Blog masing-masing tetapi saya mengambil dari angle yang berbeza. Ning Baizura dan kaitannya dengan dua bintang ini. Mungkin ramai yang tahu arwah Yani adalah Protege Ning dalam rancangan Mentor. Malah arwah Yani sempat merakamkan lagu duo/berkumpulan bersama Ning dan Nikki melalui lagu 'Drama' dan lagu 'Saling Terpesona' bersama Diddy. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa arwah Yani pernah merakamkan album dibawah label Ning Associate tetapi album tersebut terperap begitu sahaja atas satu sebab.


Manakala arwah Din Beramboi pula pernah muncul melalui Video Clip Ning untuk lagu 'Awan Yang Terpilu'. Walaupun semua tahu arwah Din Beramboi terkenal dengan sikap lawaknya dan lawaknya juga menghidupkan rancangan Pagi di ERA dan sedikit masa dulu melalui rancangan Wa Kena Beb sebagai suara latar. Melalui Video Clip 'Awan Yang Terpilu' pula beliau membawa watak yang serius sebagai ayah Ning yang bersifat tegas. Seperti tajuk lagu tersebut, sungguh pilu rasa hati bila melihat kembali VC 'Awan Yang Terpilu'. Rasanya Ning mendapat kesedihan berganda dari kita kerana orang tersayang ( sahabat dan rakan artis ) yang dekat dengannya telah pergi untuk selamanya. Semoga Roh mereka berdua tenang di sana...

9 comments:

Hezesuze said...

al fatihah...amin

siap yg idup pasti akan mati...

Secret Writer said...

KAK HEZE, betul tu, setiap yg hidup akan pergi, semoga doa kaka sampai utk mereka...terima kasih.

syaf said...

al-fatihah untuk kedue-dunyer,'

disebabkan sebok dengan kerje aku sampai x taw yg yani mentor dah meningal dunie...terkejut aku,...sangt lambat aku nih...

Secret Writer said...

SYAF Xpe la lambat, yg penting doa kamu sampai. terima kasih ya

LIZA WORLD said...

Takziah pada keluarga kedua mereka. Bagus cara tulisan anda, liza ada baca beberapa Blog yg hanay tulis mereka dah meninggal dunia, mcm tu sahaja, api awak siap ada kaitan dgn Ning lagi, mesti banyak memeori Ning dgn mereka ni dan rasanya Ning sedih berganda. Al-fatihah

Secret Writer said...

LIZA, memang saya sengaja cari sudut yg berbeza, jika tidak...sama jer dgn surat khabar atau tulisan kat Blog2 lain. Ada juga beberapa cerita yg saya borak dgn arwah Yani masa tu dan ramai org serta wartawan X tahu lagi isi hatinya.

MY HEART & MY SOUL said...

Kedua2 insan seni ini amat berbakat, kita telah kehilangan bintang lagi dan lagi.

MY HEART & MY SOUL said...

Kedua2 insan seni ini amat berbakat. Kita telah kehilangan bintang lagi...dan lagi

Secret Writer said...

Kan ANDY, tahun lepas pun ramai insan seni yg pergi meninggalkan kita

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.