Sunday, February 8, 2009

PENGSAN DI PANGSUN

Memang nak PENGSAN kat PENGSUN hari tu. Bukan apa, dah lah panas terik, games yang disediakan membuatkan aku terpaksa beraksi PENGSAN kerana nak buat kumpulan kami menang untuk barangan yang disusun terpanjang sekali. Aku siap buka baju dan hampir buka seluar,nasib baik dari jauh dah nampak kumpulan kami menyusun barang terpanjang. Namun begitu,seluarku terlondeh juga kerana membuka belt untuk disusun dan berlari lalu landing baik punya bersama susunan barangan menjadikan kami juara keseluruhan. Kira tak sia-sia seluarku terkoyak kerana melangkah besar2 untuk games terakhir.

Selain dari FC lain, antara artis yang hadir semalam untuk menjayakan Riadah sambil beramal untuk Tabung Gaza NSTP ini adalah MILA, DIDDY dan NUR FATIMA. Artis yang terlibat sungguh sporting sekali dan yang bestnya mereka ini tidak sombong. Diddy dan Nur Fatima walaupun tidak menjangka akan menghiburkan peserta, namun mereka begitu sporting berduet lagu DUA INSAN. Mungkin ramai yang telah tahu yang Diddy yang sebelum ini popular dengan lagu HILANG dan Nur Fatima yang pernah meletup dengan Lagu SELEMBUT SUTERA telah menghasilkan duet yang telah pun berkumandang di corong radio tempatan. Mila pula mendendangkan lagu hitsnya AKU LEBIH TAHU diiringi penari tak profesional dan back up singer tak profesional dari DVOM.

BERGAMBAR KENANGAN BERAMAI-RAMAI BERSAMA MILA

BANNER YANG DIGANTUNG DI KAWASAN RIADAH
AKSI STACY'S FRENZ BERSAMA BARANGAN KEMENANGAN
APA YANG AKU DAN LAIN-LAIN BUAT TU?

SEBENARNYA SESI MENGIRA JUMLAH KUTIPAN TABUNG GAZA
STACY'S FRENZ BERGAMBAR KENANGAN DENGAN DIDDY & NUR
STACY'S FRENZ MINAT DAN IKUTI PERKEMBANGAN ARTIS LAIN JUGA LA
SEMPAT JUGA AKU BERGAMBAR DGN DUA PENYANYI BERBAKAT BESAR NI

NUR FATIMAH DAN DIDDY MENGHIBURKAN PESERTA
MILA MENDENDA PESERTA YANG KALAH, LUCU BEBENOR
ARTIS YANG LAIN MENONTON AKSI-AKSI LUCU PESERTA
BERGAMBAR BERSAMA LOBESS YANG DATANG DARI PERLIS



Bagus juga diadakan acara sebegini. selain dari dapat mengeratkan tali silatulrahim sesama FC, dapat juga mendekatkan jarak antara artis dan peminat. Ya...la, kadang ramai yang sangka artis tu sombong, artis ni demand, tapi bila kita dah dekat, taulah kita yang mereka ini sungguh ramah. Tahniah kepada DVOM kerana menganjurkan acara ini dengan jayanya.















6 comments:

farish izaryl @izreez said...

wahh bestnya..tringin nk join..:p

Anonymous said...

Bestnya, mcm mana nak join aktiviti kamu ya? - YANA

D i d d y H i r d y said...

T'kasih Abg Kos =) T'kasih pada semua Stacy Frenz yang sporting dan havoc. Memang seronok dapat jumpa semua =)

AZ at Work said...

thks kose join haritu. Sori saya pronounce nama awak salah. huhuhu

LIZA WORLD said...

Bestnya dapat jumpa Mila dan Diddy. Saya minat sangat dgn Diddy, terkilan tak pegi hari tu

Secret Writer said...

RIZZ, next time join la, nanti kalau ada apa2 acara dari DVOM atau Stacy's Frenz, saya inform kat U ya.

YANA, kalau nak tahu sebarang aktiviti Stacy's Frenz, lg in jer kat www.stacyaf6.blogspot.com
Nak tau sebarang aktiviti DVOM,log in Blog ELEZA yg ada link kat Blog SF tu. TQ

DIDDY, kamu pun ok juga, X sombong, tetiba org2 SF selain minat juga pada Stacy dan Mila, terus minat Diddy dan Nur. Kami menyokong artis tempatan

KA...ok la tu kak, salah sebut jer...bukan salah laku heh heh heh. DVOM memang Rocks, next time dah tak kekok join korang punya anjuran.

LIZA, memng U rugi but masih ada peluang lagi...join la FC Diddy juga Xde sekatan utk kita minat artis, ianya baik utk industri hiburan kita...FC sesama FC buat apa nak gaduh ...kan.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.