Thursday, February 12, 2009

RESTORAN BAYU KINABALU

Uhh!!!, lega rasanya bila masalah besar telah berlalu. Mulanya nak berkongsi membuka restoran bertiga dengan kawan, kini aku keluar dek kerana kawan yang sorang tu banyak sangat songehnya. Bagi cadangan konsep restoran macam ni, dia kata mahal lah kosnya. Aku kata,aku boleh uruskan ubahsuai dan interiornya, dah memang kepakaran dan kerja aku dalam bidang ID, so tahulah aku nak buat, yg syarikat lain buat mahal sebab dgn charge khidmat sekali.
Lepas tu bila dengar konsep yg aku cadangkan, dia kata nanti org takut masuk kerana mereka sangka mahal. Ehh!!! awak ingat Restoran ni kat Pavillion ker? kat situpun kita masih dan org lain pun masih datang makan. Aku kata kan nanti letak senarai harga makanan...? Dia masih juga nak tegakkan hujah dan pendapatnya. Hmm...geram sangat aku, ko buka la sorang,biarlah barang yg aku dah beli tu, halalkan saja. Baik aku buka sendiri, idea aku, duit aku.
Lepas tu, soal nama restoran pun satu, dia siap nak letak nama dia. Amboi...banyak cantik muka! kalau kedai milik sorang Xpe la juga, ni...kan berkongsi, kena lah letak nama general. Kalau nak letak namapun, kena letak tiga2 org punya nama, baru adil. Nah...nanti barulah tau org kata gila letak KOS SERANI, AWIE DAN FAIZAL RESTORAN & CAFE,ntah2 gajahpun ketawa terguling2 bila baca nama restoran. Apek sebelah kedai tu nanti terbelit2 lidah membacanya. Dah dia berkeras juga pandai-letak namanya, aku keluar. Lalu aku mengambil keputusan mengambil kedai di lain area. Nasib baik Faizal sudi berkongsi dengan aku, tapi aku dah nekad,kalau terpaksa seorg pun,aku akan buka juga.
Soal nama restoran penting juga, bukan main hentam saja. Kalau boleh nama yg unik dan klasik seperti Restoran Bonda, Restoran Rempah Ratus dan sebagainya. Biar unik dan sedap bunyinya. Aku sengaja pilih RESTORAN BAYU KINABALU kerana nama tersebut bukan hanya sedap dan mudah disebut, malah melambangkan jati diriku yg berasal dari Sabah. Maka terjawablah segala pertanyaan teman2 Blog mengapa aku dah jarang buat entri baru atau komen korang punya Blog. Bila segalanya selesai nanti, aku akan aktif berBlog dan melawat Blog kamu semua.

Biarpun belum buka lagi, dah ramai kawan bagi moral support, malah ada dua production house yg nak buat tempahan katering selama sebulan mereka shooting drama, lega hati, tu lah baiknya kalau kita ramai kawan dan baik dgn kawan. Restoran Bayu Kinabalu ini bukan hanya bercorak restoran, tetapi ala2 Cafe dimana ada dua section nanti iaitu section biasa ( mcm restoran lain siap kerusi meja, dan ada pula section santai di mana ada sofa, majalah dan arts2 serta barangan ukiran dari Sabah. So kiranya selain menjamu selera, pelanggan akan menjamu mata juga dengan barangan arts dan hiasan.

Di hari perasmian nanti, aku ingin sangat menjemput rakan2 dari Stacy's frenz yang aku anggap mcm Famili sendiri untuk memotong Reben. Harap kawan2 SF siap bervogue dan membawa gunting masing2 untuk hari perasmian. Inilah penghormatan aku utk SF specially AJK seperti Laura, Mrs.X & Probosis, Liana, Riana, Ann, Casper, Reen, Nik, Anip, Lobess dan lain2 lagi yg tak sempat disebut.

17 comments:

HAORI said...

MrKos...bila perasmian restoran kamu..
erry mau datang if dah ada tarikh yg betul2..
Good luck in your business k...
nt my anniversary le la wt kt Restoran Bayu Kinabalu..
Do your best k...

Adriana Danielle said...

kos.... leh makan free x kat sana. huakakakakakak!!!!!

rizz said...

wahh da ade restoran bestnya..leh la g nti hehehee

heykal said...

Congratulations...
Hope everything going well..x

Heartless Devilish said...

bila nak potong riben tuh?

ary.ahmad said...

KOS TAHNIAHHHHHHHH!!!! HOYEEEE HOYEEEE!!!!! =)

Kos Serani said...

HOARI, thanx ya Restoran tu sedang under renovation kalau segalanya berjalan lancar, March ni buka la. Make ur self free ya. Kalau U buat sambutan kat Restoran Bayu Kinabalu, sure bagi special discount

RIANA restoranku dekat dgn Putra Height, dah dekat umah U tu...kalau tlg2 dapat la makan free tiap hari heh heh heh


RIZZ datang la kalau free ya

HEYKAL thanx so much ya, kalau U datang ke KL lagi...I will bring u makan free

REEN, March nanti...penghormatan utk U & kawan2

ARY...mai la KL ya masa opening ceremony nanti, gunting kena bawa sendiri utk potong reben

eleza737 said...

waaa kongretss kos!
makan busat makan busat..
haha

nusarina_kakmas said...

enkos! uisss...lama tidak surf IT ni.... wah! bolehlah akak pegi sana ye.... rindulah sama kamu semua (stacy & stacyfrenzs) tp akak xleh join selalu now, x mcm dulu, boleh curi2 masa lagi. GOOD LUCK & ALL THE BEST!

Kos Serani said...

Eleza, make sure datang bawa gunting busat juga ya

KAK MAS...thanx la, syg kak Mas

faiz_h said...

Jangan malu2kan diri anda ya, kehadiran anda semua amatlah dihargai!! Heboh2kan lah kat semua ya! Insyaallah, kat BK nanti akan ada a lil bit here n there frm every cuisine. U can find local, indian, chinese, western and italian....n not forgotten my speciallities.....Asam Pedas Bunuh Diri!!!! ehehhehehehhe

pEdo29 said...

all da best Mr.KOS@BoB.....
tak ajak aku pun nak share...aku minat sgt2 nak buat XTRA INCOME nie..

klu ada chance lagi..nak gak aku melabur....
nway, gud luck n wish u da best..GOD BLESS US....

KEEP ON ROCKIN alwiz bro..PEACE!!

chimera said...

tahniah.... bila nak rasmikan ni... saya diundang ke tak...

abbyanty said...

hai kosss.....

wah.. tahniah!! bila perasmian restoran ko?? jangan lupa jemput abby tau.. wah... klu abby makan sana ada diskaun ka?? wah.. terlebeh suda!! hehhehe....

Kos Serani said...

PEDO...alamak, tak tau U minat nak bisnes juga...kalau tau sure ajak U join kongsi sama

CHIME...kalau sudi datang merasmikan...saya sangat berbesar hati

ABBY...boleh bah kalau kau

hanif hisham said...

wahh kos....congrats!!!!!
tahniah sgt2....
sungguh berbangga ade kawan seperti kos yang mempunyai pendirian yang sungguh teguh....nnt anip tolong promote kan restoran kos kt kwn2 anip...bg maju restoran kos...hehe..jgn risau,kitorang akan bg support yg kuat untuk kos sbb dunia perniagaan nie byk halangan dan dugaan..cheewaahh..heehe...nnt kitorg dtg bwk gunting byk2..hahhaha..tp yang penting,nk nyanyi kt restoran kos nnt!!!yeayyyy!!!!hehehe

Kos Serani said...

Thanx Anip, kawan2 lah pembakar semangatku.To me...U all more than friend, dah mcm famili aku anggap

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.