Wednesday, February 25, 2009

LAYANG-LAYANG MODEN

Kalau dahulu, pada zaman kanak-kanak ku, aku meraut buluh lalu dijadikan layang-layang. Kegiatan sebegini selalunya pada masa cuti sekolah untuk mendapat wang sampingan. Setiap layang-layang berharga 30sen. Agak banyak juga yang boleh aku dapat walaupun susahnya nak mendapatkan buluh yang mana aku terpaksa menyeberang sungai lalu menuju ke hutan kecil di hulu sungai tersebut. Seperti biasa, saingan terlalu banyak bila ramai yang ikut membuat layang-layang bila mengetahui untungnya baik sekali. Namun seperti biasa aku tak pernah merasa putus asa dengan saingan, aku mula melukis pula layang-layang yang aku jual dengan gambar Ultraman, simbol Superman, Batman dan macam-macam lagi. Lalu ekonomi zaman sekolahku kembali pulih demi mencari duit poket sekolah. Kini zaman telah jauh berubah, dah jarang aku melihat kanak-kanak bermain layang-layang terutama di KL ni. Tetapi ada satu jenis permainan yg seakan-akan sama dengan layang-layang, cuma ianya dalam versi moden iaitu kapal terbang remote. Perasaan tenang dapat kita nikmati sama seperti bermain layang-layang.
NAH!...INILAH LAYANG-LAYANG VERSI MODEN ITU
IANYA TIDAK SAMA DENGAN KAPAL TERBANG REMOTE YG KECIL, YG INI JUGA MENGGUNAKAN MINYAK, CUMA MINYAK DIESEL.
YG INI LAGI RUGGED, MCM KAPAL TERBANG PERANG
INI PULA HELIKOPTER, JUGA MEMERLUKAN MINYA DAN DIKAWAL REMOTE
LIHATLAH BETAPA DAMAI DAN TENANGNYA MELIHAT KAPAL TERBANG INI BEREDAR-EDAR DIUDARA. UNTUK MEMULAKNAN HOBBY INI MEMANG TINGGI KOSNYA ( BUKAN KOS SERANI ). SEBIJI KAPAL TERBANGPUN ADA YG HAMPIR RM 3RIBU. SESI UNTUK BERMAIN LAYANG-LAYANG MODEN INI PULA MASA YG PALING BAIK ADALAH WAKTU TENGAHRI, KERANA PADA MASA INI ANGIN KURANG BERTIUP KENCANG...CUMA KENA TAHAN PANASLAH YA.






8 comments:

rizz said...

hee seronoknyee.wish to be there..hiksssss

Meen Zuleyka said...

ini permainan org2 kaya tau

MY HEART & MY SOUL said...

Wah bestnya kapal terbang tu, bila lagi nak main? nak pegi tengok sekali la

iyllienaz said...

mane mampu beli layang2 moden tu..adeii..

chimera said...

saya dulu selalu prgi main layang-layang kata tasik kat kepong tu... petang sabtu dgn ahad... layang2 penuh angkasa... hahaha... layang2 moden ni... tak mampu lagilah nak guna...

faiz_h said...

memang best!!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.