Wednesday, January 4, 2012

MANAGER, DESIGNER & STUDENT DALAM SATU MASA, KAU MAMPU?

SAYA DAN STAFF SAYA DI FRONT DESK

Itulah orang kata, kalau cakap jangan sombong dan takbur. Sebaik saja saya berundur dari jawatan penting dan menjadi ahli biasa sahaja kerana menyambung pelajaran di kolej, mereka mula mengumpat saya dan kata akan buat lebih baik bukan macam saya yang asyik2 buat fesyen show. Tapi tuhan bayar cash pada insan yg mengumpat saya dari belakang. Kalau dulu setiap bulan ada saja aktiviti dan event, malah setiap perayaan dibuat majlis Hari Raya Aidil Fitri dibuat besar-besaran, manakala perayaan lain tetap saya buat walau dirumah tapi melibatkan ramai ahli dan merapatkan lagi, malah walau perayaan itu bukan saya sambut tetapi saya tetap buat dan keluarkan duit sendiri samada Raya Haji, X'mas, CNY bersama Aunty dan Valentine Day. Setiap event saya buat besar-besaran ( mesti antara 200-300 penyertaan ) dan masuk majalah selalu, walau sekecil melawat rumah anak yatim pun ada wartawan dan majalah cover story. Bila saya buat majlis besar-besaran pula, bukan hanya wartawan majalah, malah TV3, RTM dan Blogger pun datang buat liputan. Kalau setakat acara tarik tali dan sukaneka tu bukan Event ya...itu budak darjah 6 pun selalu buat kat sekolah masa campaign. Itulah jadi manusia jangan angkuh dan mengumpat orang serta sombong kata akan buat lebih baik, bukan macam orang tu asyik catwalk...catwalk. Hey! catwalk tu adalah antara daya penarik ya, itulah korang kalau kerja bawah orang saja tak tau jadi pengurus dan tak tau buat event jagna angkuh. Ianya adalah marketing strategi, kalau majlis tu pelbagai, lagilah orang nak datang. Tengoklah setiap majlis saya buat sampai lebih 200 orang, majlis korang? Diluar sana orang buat fesyen show saja pun ramai orang datang, apa lagi ada fesyen show dan persembahan nyanyian, orang akan rasa berbaloi ada dua acara sekaligus tapi bayar satu. Wartawan pun ada bertanya pada saya mengapa sekarang tak ada apa-apa? dan ada wartawan yang kata pada saya kalau acara mereka yang syok sendiri, mereka tak akan nak pergi. Ambik kau!.


Saya tidak pernah bangga diri atau pandang rendah pada orang walau saya menjadi pengurus dan ada 58 orang staff serta mengendalikan pengurusan syarikat selama hampir 3 tahun. Selain itu selalu keluar majalah dan TV serta ke pertunjukkan fesyen. Tuhan maha adil inilah namanya Karma. Dosa mereka2 ini mengumpat dan memperkecilkan saya, Tuhan pun tidak boleh ampunkan, kalau mereka2 ini berdosa pada Tuhan...Tuhan boleh ampunkan tapai dosa manusia pada manusia lain tidak akan terhapus selagi orang yang mereka umpat dan perlekehkan itu tidak memaafkan mereka ( jangan main-main, dalam Al-Quran pun telah tercatat ). Sementelah saya terus pergi jauh dan berjaya sebagai Pengurus, Pelajar dan Designer...korang masih jadi kuli batak dan jadi pekerja dibawah orang. Dulu kata 'akan aku buktikan satu hari nanti' tapi sampai sekarang tak ada apa2. Ingatkan sudah maju dan kalau maju korang patut bersyukur pada Tuhan dan berterima kasih pada saya kerana cabaran dan kata2 saya buat korang berjaya...tapi hampeh! masih ditakuk lama. Teringat kata2 kawan wartawan, apa la nak jadi dengan mereka2 tu? kesian artis tu dapat orang2 dalam yang perangai dan mulut macam tu. Saya hanya mampu menjawab Hmm...entahlah! Dosa mereka pada tuhan ...kalau mereka minta ampun tuhan akan balas...tapi saya tak akan maafkan perbuatan mereka dan sebab selagi manusia itu tidak memaafkan, sampai ke mati lah, sampai ke akhiratlah mereka bawa dosa mengumpat saya. Ada ramai orang kuat dan berkualiti sudah senyap dan malas nak ikut serta lagi sebab malas dan tak semeriah dulu kata mereka. Ada juga yang megadu pada saya dan cerita itu ini tapi saya kata, biarlah mereka kan pandai katanya. Ramai yang memujuk saya kembali dan ugut selagi saya tidak kembali aktif, mereka pun malas. Saya kata, saya bukan keluar, cuma saya berundur dari jawatan besar, rumah itu saya yang bina dan selama-lamanya saya punya bukan sesiapa walau di cat, di ubahsuai tapi hak milik saya tetap yang punya dan yang membinanya. Tpai malaslah kalau dengan orang yang tak dengar cakap, konon tahu segala padahal saya ni dah bertahun dalam bidang seni senagai Model dan Pelakon tahu banyak serba-serbi dunia seni ni itulah saya cipta Sambutan Hari Raya Stacy walau dia bukan muslim dan orang suka idea tu sebab Stacy raikan peminat yang beragama Islam, kini ada beberapa wartawan tanya saya kemana sudah majlis gilang gemilang Hari Raya dan sambutan Hari Lahir artis tu yang selalunya besar-besaran dan gempak. Jangan tak tau, ramai wartawan yang direct hubungi saya kerana mereka ada contact saya sejak berdeal dengan mereka dari 2009 lagi.

3 comments:

Haori said...

betul2..mmg smua tu karma.. i pn dah tk dgr apa2 aktiviti d Club tu.. tertanya2 gak mne event2 gempak.

Kos Serani said...

Tu la Haori, bukan hanya ada wartawan yang tanya, peminat pun ramai yg tanya mana sudah majlis gilang gemilang yang sentiasa dibuat di Hotel, selalunya orang buat semakin besar dan gempak, bukan semakin kecil dan tak ada langsung.

Anonymous said...

Betul tekaan I sebab bila tengok beberapa kali Xde apa pun yg org2 tu buat. Pernah ada kwn tanya hal2 mcm ni ada yg siap jawap dgn emosi kata nanti dulu, kita org baru je ambil alih. Ni dah setahun lebih Xde apa2 pun dua Hari Raya dah terlepas, dengarnya Birhday pun buat kecil2an. I pun dah malas nak join begitu juga org2 kuat lain mcm Kak Mas dll yg dulu aktif sebab muka2 yg ada mcm @$&#@#@ senyum pun X ikhlas X mcm U sedap mata memandang dan I akui ramai yg masuk ahli mula2 dulu sebab U Model dan gappy selalu. All the best utk U dear, kita sama2 pernah susah payah naikkan kelab tu, kita tau la susah payah dan duit yg keluar, yg sekarang ni nak glemer saja kot - Charm

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.