Monday, April 11, 2011

MY 2ND. FASHION SHOW FASHION WEEK 2011

MODEL EDWIN DENGAN FESYEN BERANI MATI REKAAN SAYA YANG PALING BANYAK MENDAPAT TEPUKAN DAN SORAKAN

Panas, hangat dan mengujakan...itulah gambaran yang dapat saya berikan untuk pertunjukkan fesyen kali ini. Kalau pertunjukkan fesyen sebelum ini hanya 2 rekaan saya yang di terima, tetapi kali ini 4 pasang rekaan saya diterima untuk pertunjukkan sempena Fashion Week 2011 yang bertemakan Spring Summer berlokasi di pusat membeli belah Sungei wang Plaza. Sebenarnya bukan 4 pasang sahaja yang saya reka dan peragakan, malah saya telah menambah dua lagi rekaan dalam bentuk mini jaket dan jaket separuh badan. Bukan hanya mendapat sorakan dan tepukan paling hangat, malah kejutan rekaan berani mati yang saya tampilkan pada malam itu walaupun tidak mendapat kelulusan dari penganjur, tetapi saya bernasib baik kerana mendapat pujian dari ramai orang termasuk Pengetua kolej saya sendiri. Maka tercipta lagi satu rekod peribadi saya yang menjadi pereka pakaian paling banyak untuk kali ini kerana yang lain hanya diberi peluang mereka satu atau dua helai baju sahaja. Satu lagi rekod umum, lahir satu-satunya pereka dari sebuah daerah di Sabah...iaitu saya pereka dari Tawau, Sabah. Menjadi Designer dan menjadi Model untuk memperagakan rekaan sendiri adalah rekod peribadi juga. Kiranya malam itu saya mencipta 3 rekod peribadi sekaligus. Jutaan terima kasih saya ucapkan pada kawan-kawan yang datang dan juga yang tidak dapat datang kerana berada jauh tetapi tetapi memberi dorongan dan semangat.

MODEL EDWIN MEMPERAGAKAN KAMEJA YANG RAMAI SUKA DAN BEREBUT HENDAK BELI
BAJU REKAAN YANG SAYA PAKAI SAMA MACAM SAYA, 2 IN 1 ( MODEL & DESIGNER )
MODEL EDWIN BERGAYA COOL DAN SERASI DENGAN REKAAN KAMEJA INI
MODEL SHAZAD DENGAN SALAH SATU KAMEJA REKAAN SAYA
2 IN 1....MENJADI PERAGAWAN DAN PEREKA PAKAIAN SEKALIGUS


MODEL EDWIN MEMPERAGAKAN REKAAN SAYA

5 comments:

erick said...

sungguh cantik la gambar ni

Edwin said...

Dahsyat!! congrates kos... thanx for picking me as your model

Unknown said...

cantik bah baju tu...
brapa la harganya

Secret Writer said...

ERIC terima kasih, pic kredit kat SHAHFIQ SUKIMANTARJO.

EDWIN, thanx juga kerana pandai peragakan baju rekaan saya terutama fesyen Berani mati tu...salute dgn U pandai switch from semi formal to rugged beribah seeklip mata mood U bersesuaian dgn baju yg diperagakan.

EJAL...ramai yg nak beli kameja hitam putih tu tapi syg la nak jual...its part of my history in Fashion Design, I prefer to keep it because there is sentimental value

syazwan tahir said...

abg kos,if i hv alot of money,sy sanggup beli half-leather jacket 2..ouh its so nice..congrats!u r so creative! :D

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.