Monday, May 17, 2010

AF8 FINAL... AIN TERSINGKIR, LALUAN ADIRA JADI JUARA MUDAH


Sengaja atau cuma kebetulan, AF8 final kali ini cukup cover satu Malaysia, Wakil Sabah Adira, wakil Sarawak Daus, wakil Selatan ( Johor ) Maulana, wakil Utara ( Perak ) Shahir dan wakil kawasan Tengah ( Negeri sembilan ) Iwan.

Tersingkirnya Ain membuatkan laluan Adira untuk menjadi Juara sangat mudah seperti laluan Stacy yang satu-satunya wakil Sabah masa AF6 dulu. Jika ikut fakta, setiap kali ada dua orang pelajar Sabah ke final, mesti undi pecah seperti masa AF2 ( Linda & Adam ), AF3 ( Felix & Marsha ), AF4 ( Lotter & Velvet ) AF5 ( Candy & EBI . Sejarah telah membuktikan kuatnya kuasa vote dari Sabah dan jika ada dua orang pelajar sudah pasti undian akan pecah dua. Kini pengundi Ain telah beralih menyokong Adira untuk memastikan pelajar dari Sabah menjadi Juara.

Memang begitu rentak permainan AF kalau pandai mengatur strategi, pasti boleh berjaya. Ain dan Adira sama-sama cantik dan sama-sama ada bakat besar tetapi undian Ain lemah dan undian Adira pula kuat. Dalam permainan Dam Haji, yang lemah dijadikan umpan, dimatikan untuk menjadikan buah dadu sebagai raja. Begitulah juga permainan AF. Sebenarnya kali ini hanya Adira dan Shahir yang bertanding dan yang tiga lagi tu hanya menjadi pencukup korum. Bayangkan sebelum ini vote mingguan Adira 18% dan vote Ain 11%, kalau digabungkan, memang majoriti dan jauh meninggalkan markah pelajar yang lain.

Kalau saya jadi penyokong Shahir, saya akan vote Ain habis-habisan untuk memastikan dia ke final agar undian pelajar Sabah rosak terpecah dua. Itulah saya kata, saya dah masak dengan AF dan strategi untuk menang. Sama macam kami buat strategi sokong Nubhan dan vote dia kerana hanya dia sahaja yang boleh memecahkan undian Riz kerana jika Stanley yang ke final ( sama tersingkir mcm Ain ) undian dari Malysia Timur akan pecah dua juga. Kini dominasi Adira terserlah, kerana jangankan kuasa Vote malah dari segi bakat dan personaliti, jauh meninggalkan empat pelajar yang lain. buktinya? lihat markah vote mingguan dari awal konsert dan pujian dari pengkritik dari awal konsert. Siapa juara? mesti ramai yang tak teruja, kerana semua dah tahu. Hoi! adik...sudah terang lagi bersuluh?. Memang ramai yang malas nak tengok dan tak teruja kerana keputusan predictable, tapi saya teruja sangat,kerana seorang lagi Juara dari Sabah akan muncul.

2 comments:

MY HEART & MY SOUL said...

Eh! betul la U kata, baru perasan yg peserta kali ini mewakili setiap ceruk Malaysia. Ya la, kalau Ain masuk final, X la cantik mcm ni sususnan peserta mewakili semua negeri. Apa2 pun org kata AF8 bosan, tapi lagi bosan X ada Ain kerana terus terang, semua peserta ke Final tiada kelebihan rupa dan personaliti malah suara biasa2 dan banyak kat luar sana. Hampeh...

LIZA WORLD said...

U ni mcm kenegerian sangat. tapi Xpe la, hak masing2, u punya duit dan U punya usaha tapi saya suka Adira dan maulana cuma org X nampak dan X hargai bakat maulan.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.