Sunday, April 11, 2010

FILEM-FILEM PENAWAR STRESS ANDA

KL penuh debu, panas dan kesesakan lalu lintas serta kesibukan yang tidak berkesudahan. Tetapi lupakan perasaan stress di jalan yang Jam, tension di pejabat atau hubungan anda yang dingin atau tegang dengan filem hebat WHEN IN ROME apatah lagi dengan lakonan mantap dan hebat pelakon terkenal diterajui oleh Josh Duhamel dan Kristen Bell. Perjalanan hidup seorang gadis yang mendambakan cinta. Dia terlalu percaya dengan kepercayaan kuno bahawa melontar duit syiling ke kolam pancutan air sambil berhajat akan termakbul segala yang dihajati. Lalu bermulalah perjalanan hidupnya yang penuh drama lucu dan adegan-adengan yang mencuit hati. Dia mula bertemu beberapa pemuda dari pelbagai latar belakang antaranya penjual burger, kerani dan Model yang hot. Akhirnya muncul seorang wartawan yang cukup tampan dalam hidupnya. Saksikanlah filem bercorak Romantik Komedi ini bermula pada 15.April .2010


Jika filem WHEN IN ROME menampilkan pelakon muda yang cantik dan lawa, filem bertajuk IT'S COMPLICATED pula menampilkan pelakon veteran tetapi terkenal dengan mutu lakonan yang hebat. Siapa yang tidak kenal Meryl Streep, Alec Baldwin dan Steeve Martin yang menjadi lagenda dunia lakonan di Hollywood. Namun begitu filem ini diseimbangkan dengan pelakon muda yang berbakat menjadi anak-anak jane ( Meryl Streep ) di dalam filem ini. Kisah mengenai Jane yang telah bercerai dengan suaminya lakonan Alec Baldwin. Si Janda yang berjaya didalam perniagaan ini pula berkenalan dengan seorang arkitek lakonan Steeve Martin untuk mengubah suai rumahnya. Walaupun siarkitek telah beristeri, tetapi mereka menjalinkan hubungan teman tapi mesra. Pada satu masa, Jane terpaksa menghadiri majlis graduasi anak sulungnya bersam dengan bekas suaminya. Kebetulan mereka menginap di hotel yang sama, lalu terjadi babak-babak romantis yang akhirnya mereka terlanjur dan keliru. Lalu terjadi banyak babak-babak lucu, romatik dan sedikit cemas. Apakah kesudahannya? siapa yang jane pilih?. Seperti yang ditunjjukan melalui The making Of filem ini, anda akan merasa lega setelah menonton filem bergenre romantik komedi berunsur kekeluargaan ini dan anda akan keluar dari pawagam sambil tersenyum dan berkata didalam hati..." nasib baik sempat menonton filem ini, walaupun barisan pelakonnya over season".

4 comments:

MY HEART & MY SOUL said...

Org kata, org yg suka filem bercorak romantik komedi ni adalah seorang yg romantik juga serta pandai berlawak, untung kalau dapat ha ha ha

Secret Writer said...

Xde la ANDY, sekadar minat jer tapi memang ada ciri2 tersebut pada aku keh keh keh

LIZA WORLD said...

Sure akan tengok, trust your recomendation filem yg lepas2 U put kat Blog mcm filem Valentine & Percy Jackson memang puas hati tengok. Saya jenis yg suka refer kat kawan2 duu kalau nak tengok movie. Anyway from U punya minat tentang filem Genre mcm ni, I know ur attitude and u so vain

Secret Writer said...

LIZA heh heh heh, Xde la mcm tu sekali tapi memang this two movie worth to watch, hope U enjoy the show

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.