Friday, October 23, 2009

RUNAWAY SHOW - NUR ARFA BATIK NEW COLLECTION

Dunia Modelling ini sama juga macam dunia lakonan dan nyanyian, yang mana pelakon yang telah berpengalaman beralih pula pada bidang pengarahan. Begitu juga penyanyi yang telah berpengalaman, mencuba nasib pula atau mula berjinak-jinak dengan dunia penerbitan lagu atau album. Saya yang telah pernah beraksi di pentas dan fotoshoot untuk majalah serta pelabagai pertandingan antaranya Manhunt, Mr.Pretty Boy dan pertandingan Prince Chaming serta Ms. & Mr.Valentine juga turut mengorak langkah baru menjadi keografer fashion show. Bukan show biasa, tetapi Runaway Show yang berskala besar. Kiranya macam pelakonlah, bukan mengarah Drama tetapi terus yang besar iaitu mengarah filem. Mulanya ikut perancangan, saya hanya hendak kendalikan fesyen show biasa yang menampilkan peragaan pakaian dari pelbagai butik sementelah ada empat buah butik berminat untuk ditampilkan rekaan pakaian mereka. Tetapi bila berbincang dengan Designer dari Nur Arfa Batik iaitu En.Shabri, hati saya terdetik untuk mencabar diri mencuba show yang bukan setakat show biasa yang keluar masuk tukar baju, tetapi juga menampilkan round demi round dengan tema berbeza. Tidak cukup dengan itu, siap ada Finale Round lagi sama macam fesyen show kat barat untuk Summer Collection atau Winter Collection. Bila melihat himpunan koleksi terbaru Nur Arfa Batik, hati saya tertawan dengan koleksi mereka. Ialah, butik ini biasanya menjadi pilihan Datuk, datin dan orang diluar sana siap menganggap rekaan mereka sesuai untuk VIP dan majlis formal sahaja.
Setelah mengatur program hampir dua minggu, akhirnya Runaway Show ini berjalan dengan lancar dimana saya menjadi keografer dan sekaligus memberi Que pada setiap model mengikut giliran masing2. Memang mencabar kerana ada model yang terpaksa menarik didir disaat 5jam show hendak bermula. Kalau model lelaki, saya boleh gantikan sebagai bidan terjun sementelah ada pengalaman, tetapi ini model perempuan. Semuanya berjalan lancar, terima kasih pada pengacara malam itu iaitu Nadzree @ Pakwe yang begitu cekap walau banyak perubahan terpaksa aku buat tetapi tetap smooth dengan laungan Finale round darinya. Juga sekalung tahniah buat Model serta Riana yang menjadi make up artis untuk para model. Make upnya sangat natural sekali terutama pada model lelaki, kerana ada ramai yang pandai make up wanita, tetapi bila disuruh make up lelaki...muka model jadi macam pondan lah pula. Untuk show akan datang, sure Riana dan Pakwe menjadi pilihan utama. Sesiapa yang inginkan khidmat pengacaraan dari Nadzree atau khidmat make up dari Riana ( dia biasa make artis dan pengantin ) bolehlah menghubungi saya. Model2 pula semestinya boleh hubungi saya under ICON KOS-MOPOINT MODELLING AGENCY
EDWIN & AFIQ DALAM ROUND PERTAMA
ERYN DI ROUND PERTAMA
AFIQ YANG TELAH MUNCUL DI MAJALAH 'REMAJA', ' MANGGA ' & ' YEZZ'
LINDA BERAKSI DALAM ROUND KE2
AFIQ DALAM ROUND KE2
AFIQ DAN EDWIN
EDWIN DAN LINDA
LINDA DENGAN POSE MENGGODA @ CHEEKY
HALIL DALAM SEGMEN ROUND KE3
FINALE ROUND, PARA MODEL DAN SAYA SEBAGAI KEOGRAFER
RIANA YANG SEDANG TEKUN MENYOLEK MODEL
HASIL KERJA RIANA YANG HEBAT













8 comments:

LIZA WORLD said...

Wah bestnya, tahniah ya, hebat nampaknya model2 tu dan nampak best peragaan pakaian tu. Model2 lelaki sexy sangat la

MY HEART & MY SOUL said...

WOW!!!Hot2 la model tu. Congratulation kerana melangkah setapak maju lagi dlm bidang Modelling. Bila nak ambil saya jadi model?

Kos Serani said...

LIZA...Thanx so much, tapi model2 tu Xlah sexy sangat...dah kira sopan sikit tu dari aku MODEL YG TERLAMPAU ni...pakai underwear jer keh keh keh.

Kos Serani said...

MY HEART...Thanx ya. Wah...sambil menyelam, sambil minum air ker? memuji ada maksud pulak nak jadi model heh heh heh. Why not? kalau cukup syarat...( tinggi ok ) sure no problem. Muka U dah ok tu. Email aku kat kosserani@yahoo.com

Anonymous said...

Berair dan merembes tengok pic model lelaki tu, ensem & sexy. Pompuannya pula nice make up

farish H said...

cnteknya riana hahaa

adriana said...

aikk!!!!!! perli la tuh!!! apasal muka aku macam tuh??? wakakakkakaka

aishah maulad said...

waa..
design batik arfa ni mmg lawa2..
tahniah..

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.