Thursday, March 26, 2009

KEDAI BELUM BUKA, BISNES DAH JALAN

Ntah la, ada banyak cabaran nak berniaga ni, ada saja masalah kecil yg kalau dihimpun jadi besar dan banyak juga. Tapi biasalah...kan, manada kerja Xde masalah...kan!. Walaupun nak buka secepat yg mungkin kerana sewa dah berjalan, tapi Chef kita busy la pula dgn rancangan memasak utk Tv dan teman penyanyi popular tu ke sini-sana. Walau bagaimana pun, yg bestnya, kedai belum buka, tapi dah banyak tempahan poster dan banner dari org. Tentu ramai yg terkejut...kan? hari tu war2kan nak buka restoran...mengapa tetiba jadi bisnes printing pula? Restoran camana pula?.

Sebenarnya memang restoran, tapi satu sudut tepi saya buka side bisnes iaitu KOS PRINTING & DESIGN HOUSE. Ya, la...kena ada banyak lubang kalau nak more income...betul tak?. Mula2 tu saya menerima tempahan dari ah ken, agen hartanah yg juga tempat saya deal sewa kedai tu. Bila dia tau saya buat printing juga, lalau dia tempah Banner pelbagai saiz FOR SALE/TO LET, yg ni saya bagi murah sebab X payah design dan X perlu photo, hanya ayat tu dan nama juga nombor handphone nya. kalau kamu ternampak namanya di sana sini di setiap Apartmen, kedai dan teres house tu, tu tempah dari kedai saya lah. Printing & Design bererti saya pun ambil job design rumah dan kedai serta pejabat...ialah, tu my expertise, kena la praktikkan selalu, kalau X, berkarat ilmu yg ada.

NI LA SUDUT PRINTING DIDALAM RESTORAN BAYU KINABALU TU

PELBAGAI JENIS JUGA YG SAYA BUAT SELAIN PRINT BANNER DAN POSTER


BUAT MUG, KAD KAHWIN DAN JEMPUTAN SERTA PAPER BAG PUN ADA


SELAIN ITU BAJU T.SHIRT DAN SHORT SLEEVE UTK CORPORATE UNIFORM

KELAB PEMINAT IFA RAZIAH PUN TEMPAH DARI SAYA TAU

MEREKA BUKAN PUAS DARI SEGI DESIGN,TAPI JUGA HARGA YG SAYA BAGI

MEREKA TEMPAH TIGA KEPING BANNER SEKALI TAU

SEMENTELAH POST ENTRI PASAL NI, SAYA TERPAKSA LAH BAGI PIC SIKIT2 PASAL RESTORAN, ITUPUN SETELAH RAMAI YG TANYA PASAL KONSEP RESTORAN TU.

NI LAH RUPA KEDAI TU SEBELUM DIUBAHSUAI DAN HIAS


NI SETELAH DI CAT DAN DIHIAS...BUT INI SEBAHGIAN JER TAU

KALAU PERASAN, ADA LAGI PENAMBAHAN DINDING KAT SITU

LAMPU UNTUK BUFFET AREA

NI LAMPU KHAS UTK SOFA SET DI SUDUT RELAX DAN BERKARAOKE


Ok, harap Mrs.X dan Joe serta Irwan puas hati dgn gambaran sikit2 yg saya beri. X boleh tunjuk semua, tunggu lah April nanti ya. kiranya ini hanya warm up atau pembuka selera jer, harap stacy pun free masa tu...but sepanjang April dia busy sangat, apatah lagi ada ABPBH kat genting dan show sana -sini.














16 comments:

LIZA WORLD said...

Huh, baru seperuh view dah rasa teruja nak pegi sana. Bila tarikh restoran tu di buka? X sabar nak pegi makan kat sana.

MY HEART & MY SOUL said...

Congrats bro, tercapai la impian ya. Kalau aku makan kat sana ada discount ker bro? he X 3

rizz said...

hee nk g la restoran abg kos nti hikss waa ade wat banner juga yee..t leh la wat banner mse final af7 hihikk

Anonymous said...

Tahniah abg Kos, nanti kak Yana kawin, nak tempah boleh? kalau boleh nak number HP abg kos, boleh? - YANA

arep said...

tahniah...

wish u all the best ...

xoxo
arep tawau

Meen Zuleyka said...

yg penting, kos tetap pakai baju jarang...kuasa menarik pelanggan ya...

Alaz's Alang said...

wowwww bestnyaaa..nanti g sabah mesti singgah hehehe....tahniah bro

Adry said...

wow... Nice.... Good Luck with your business!!!


Adry @ http://www.adrysabry.com

Abg Kapal Selam Tak Balik2.. said...

En Kos..abg rs mcm nak tempah kotak tisu bercorak ala2 LV tu la yg tetiba menyebabkan mata hijau(lense) abg tertarik selepas melihatnya WALAU pun ianya terletak di sudut bahagian rak tu jer..sbb abg rasa mcm sesuai jer buat hadiah utk tetamu abg sempena besday setahun kucing abg membesar..well bak kata omputih.."money doesn't matter" KANNN...Err..tak byk pun..dlm 2009 kotak jerrr!! Yg penting..abg xnak mesin yg cetak or makhluk2 apa2 jer la xkira la makhluk keliwon ker apa ker..abg nak tangan En.Kos jugak sbb kwn abg si Nana Kebarung Tak Siap tuhh rekomen abg..katanya Enn. KOs ni tangannya berseni..ajaib gituhh!!! oK?? Deal or Not Deal??

Kos Serani said...

LIZA, April ni dah buka, sila lah datang ya.TQ for nak support.

MY HEART, nak discount? BOLEH SAJA BAH KALAU KAU.

RIZZ, sila lah datang, TQ kerana sudi nak datang. Pasal banner AF7 final tu...sesiapa yg nak boleh la tempah.

YANA, boleh jer kalau nak tempah, harga boleh bincang. Phone number tu boleh bagi...tapi email kat abg dulu, nanti abg email number tu.

AREP, TQ so much...kalau balek semenanjung, sudi2 kanlah menyinggah ya.

MEEN ZULEYKA, heh heh heh, sexy sikit kerana nak tarik pelanggan keh keh keh.

ALANG, restoran saya ni bukan kat Sabah, kat Saujana Putra...atas sikit dari Puchong atau Shah Alam. Nama jer Bayu Kinabalu kerana nak kelainan nama restoran dan sambil perkenalkan makanan Sabah selain makanan Semenanjung.

CHARM, jgn nak menyamar, aku tau sangat2 ayat2 kamoo tu keh keh keh...KANTOI!!! apa khabar org Sarawak?

Charmed2010 said...

What The !@#$%...cmNA KO tau hahhh??? Larikkkk...!!!
p/s- org di sini baik2 ja huhuhu!!
^ _ ^

Kos Serani said...

Keh...keh keh...aku tau la, tengok ID computer U jer...dari Sarawak addressnya...muahaha

chumichugus said...

jauh nyer kos tempat nyer ..apasal x cari pot area kl jer..bleh gk chumi g ...errr..kasi advertise peta sekali laaa..kakakaaaaa...

okfind88 said...

wa...gd luck bro...
nnti bole la okf pegi eh....kt area klang lama ka ni??hehe..

||| PöJìé PööH ||| said...

Wahhh semakin hebat pasaran abg Kos nih!
btw kat sana panas ya..
pakai baju sexy banget tuh!
hehehe!

KOSE said...

CHUMICHUGUS...kat KL dah terlalu banyak restoran, kat sini lebih relaxing...kadang jauh, tapi tenang dari hiruk pikuk Kotaraya.

OKFIND, datang jer, dipersilakan. Bukan area Old Klang Road, tapi kat Saujana Putra...atas sikit dari Shah Alam

POJIE, tu sengaja nak tarik pelanggan....kalau dah model yg terlampau...kan!!! keh keh keh...sebenarnya tengah berkemas kedai...panas sangat masa tu, so baju tu ada air flow...selesa la sikit...ahaks

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.