Kalau dahulu, pada zaman kanak-kanak ku, aku meraut buluh lalu dijadikan layang-layang. Kegiatan sebegini selalunya pada masa cuti sekolah untuk mendapat wang sampingan. Setiap layang-layang berharga 30sen. Agak banyak juga yang boleh aku dapat walaupun susahnya nak mendapatkan buluh yang mana aku terpaksa menyeberang sungai lalu menuju ke hutan kecil di hulu sungai tersebut. Seperti biasa, saingan terlalu banyak bila ramai yang ikut membuat layang-layang bila mengetahui untungnya baik sekali. Namun seperti biasa aku tak pernah merasa putus asa dengan saingan, aku mula melukis pula layang-layang yang aku jual dengan gambar Ultraman, simbol Superman, Batman dan macam-macam lagi. Lalu ekonomi zaman sekolahku kembali pulih demi mencari duit poket sekolah. Kini zaman telah jauh berubah, dah jarang aku melihat kanak-kanak bermain layang-layang terutama di KL ni. Tetapi ada satu jenis permainan yg seakan-akan sama dengan layang-layang, cuma ianya dalam versi moden iaitu kapal terbang remote. Perasaan tenang dapat kita nikmati sama seperti bermain layang-layang.
Wednesday, February 25, 2009
LAYANG-LAYANG MODEN
Sunday, February 22, 2009
KEHEBATAN MYSPACE YG ANDA PERLU TAHU
Dah jadi trend masa kini bila artis bertemu sesama mereka, atau kita bertemu rakan/kenalan, kita akan bertanya..."ada facebook?". Memang popular Facebook sekarang ini. Kalau dulu org sibuk dgn Myspace, kini bertambah lagi laman peribadi iaitu Facebook. Aku still prefer Myspace. Bukan menidakkan kebaikan facebook,cuma aku belum nampak lagi magic facebook sebagaimana Myspace. Mungkin ramai yg tidak sedar yg Myspace adalah jaringan besar yg boleh dilihat oleh orang di luar negara. Che' Nelle' pun bakatnya dikesan melalui Myspace bila Managernya sekarang membuka laman Myspacenya lalu terdengar lagu dendangannya. Dari situ mereka mula deal dan lahirlah album penyanyi berasal dari Sabah itu yg bukan hanya meletup dgn lagi I Fall In Love With The DJ, malah beberapa single lain turut meletup di peringkat antarabangsa.




HANTU MUNCUL DIMLM BESDAY RIANA,ELEZA,CASPER & RIANA
Memang penuh suspen dan mendebarkan semlm bila hantu Tepung mengamuk demi membalas dendam dan mengejar beberapa org tetamu di Majlis keriaan sempena menyambut Hari Ulang Tahun Eleza, Riana, Casper dan Ah May. Memang seram bila yg menjadi hantu itu adalah si Eleza. Dia mengejar para tetamu kerana ingin membalas dendam pada yg menaburkan tepung beras kepadanya. lalu yg kurang kudrat berlari seperti Ann dan yg lain2 termasuk aku menjadi mangsa Hantu Tepung pada mlm itu. Kalau biasanya kita melihat Hantu Ju On yg bersalut tepung atau Bedak, kini ianya benar2 muncul di depan mata kami. Apa2 pun, Appy Besday pada korang berempat. oa lebih bagus dari hadiah, aku doakan semoga kamoo semua murah rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik dan gembira selalu. Jgn ambil hati tau, kita org gurau lebih2 dgn tepung mlm tu.
LIHATLAH BETAPA NGERINYA HANTU TEPUNG INI NGALAHKAN NYIYANG RAPIK
Thursday, February 12, 2009
RESTORAN BAYU KINABALU
Uhh!!!, lega rasanya bila masalah besar telah berlalu. Mulanya nak berkongsi membuka restoran bertiga dengan kawan, kini aku keluar dek kerana kawan yang sorang tu banyak sangat songehnya. Bagi cadangan konsep restoran macam ni, dia kata mahal lah kosnya. Aku kata,aku boleh uruskan ubahsuai dan interiornya, dah memang kepakaran dan kerja aku dalam bidang ID, so tahulah aku nak buat, yg syarikat lain buat mahal sebab dgn charge khidmat sekali.
Lepas tu bila dengar konsep yg aku cadangkan, dia kata nanti org takut masuk kerana mereka sangka mahal. Ehh!!! awak ingat Restoran ni kat Pavillion ker? kat situpun kita masih dan org lain pun masih datang makan. Aku kata kan nanti letak senarai harga makanan...? Dia masih juga nak tegakkan hujah dan pendapatnya. Hmm...geram sangat aku, ko buka la sorang,biarlah barang yg aku dah beli tu, halalkan saja. Baik aku buka sendiri, idea aku, duit aku.
Biarpun belum buka lagi, dah ramai kawan bagi moral support, malah ada dua production house yg nak buat tempahan katering selama sebulan mereka shooting drama, lega hati, tu lah baiknya kalau kita ramai kawan dan baik dgn kawan. Restoran Bayu Kinabalu ini bukan hanya bercorak restoran, tetapi ala2 Cafe dimana ada dua section nanti iaitu section biasa ( mcm restoran lain siap kerusi meja, dan ada pula section santai di mana ada sofa, majalah dan arts2 serta barangan ukiran dari Sabah. So kiranya selain menjamu selera, pelanggan akan menjamu mata juga dengan barangan arts dan hiasan.
Di hari perasmian nanti, aku ingin sangat menjemput rakan2 dari Stacy's frenz yang aku anggap mcm Famili sendiri untuk memotong Reben. Harap kawan2 SF siap bervogue dan membawa gunting masing2 untuk hari perasmian. Inilah penghormatan aku utk SF specially AJK seperti Laura, Mrs.X & Probosis, Liana, Riana, Ann, Casper, Reen, Nik, Anip, Lobess dan lain2 lagi yg tak sempat disebut.
Sunday, February 8, 2009
PENGSAN DI PANGSUN
Memang nak PENGSAN kat PENGSUN hari tu. Bukan apa, dah lah panas terik, games yang disediakan membuatkan aku terpaksa beraksi PENGSAN kerana nak buat kumpulan kami menang untuk barangan yang disusun terpanjang sekali. Aku siap buka baju dan hampir buka seluar,nasib baik dari jauh dah nampak kumpulan kami menyusun barang terpanjang. Namun begitu,seluarku terlondeh juga kerana membuka belt untuk disusun dan berlari lalu landing baik punya bersama susunan barangan menjadikan kami juara keseluruhan. Kira tak sia-sia seluarku terkoyak kerana melangkah besar2 untuk games terakhir.
Selain dari FC lain, antara artis yang hadir semalam untuk menjayakan Riadah sambil beramal untuk Tabung Gaza NSTP ini adalah MILA, DIDDY dan NUR FATIMA. Artis yang terlibat sungguh sporting sekali dan yang bestnya mereka ini tidak sombong. Diddy dan Nur Fatima walaupun tidak menjangka akan menghiburkan peserta, namun mereka begitu sporting berduet lagu DUA INSAN. Mungkin ramai yang telah tahu yang Diddy yang sebelum ini popular dengan lagu HILANG dan Nur Fatima yang pernah meletup dengan Lagu SELEMBUT SUTERA telah menghasilkan duet yang telah pun berkumandang di corong radio tempatan. Mila pula mendendangkan lagu hitsnya AKU LEBIH TAHU diiringi penari tak profesional dan back up singer tak profesional dari DVOM.
Selain dari FC lain, antara artis yang hadir semalam untuk menjayakan Riadah sambil beramal untuk Tabung Gaza NSTP ini adalah MILA, DIDDY dan NUR FATIMA. Artis yang terlibat sungguh sporting sekali dan yang bestnya mereka ini tidak sombong. Diddy dan Nur Fatima walaupun tidak menjangka akan menghiburkan peserta, namun mereka begitu sporting berduet lagu DUA INSAN. Mungkin ramai yang telah tahu yang Diddy yang sebelum ini popular dengan lagu HILANG dan Nur Fatima yang pernah meletup dengan Lagu SELEMBUT SUTERA telah menghasilkan duet yang telah pun berkumandang di corong radio tempatan. Mila pula mendendangkan lagu hitsnya AKU LEBIH TAHU diiringi penari tak profesional dan back up singer tak profesional dari DVOM.
BERGAMBAR KENANGAN BERAMAI-RAMAI BERSAMA MILA
Bagus juga diadakan acara sebegini. selain dari dapat mengeratkan tali silatulrahim sesama FC, dapat juga mendekatkan jarak antara artis dan peminat. Ya...la, kadang ramai yang sangka artis tu sombong, artis ni demand, tapi bila kita dah dekat, taulah kita yang mereka ini sungguh ramah. Tahniah kepada DVOM kerana menganjurkan acara ini dengan jayanya.
Wednesday, February 4, 2009
CAMPING KAT PENANG, TABUNG GAZA & CAMERON HIGHLAND
Dah lama tidak pergi berkhemah sambil bercuti, tetapi baru-baru ini...hati berbelah bagi untuk mengikuti Percutian Stacy's Frenz ke Penang selama 3hari 2mlm. Mana tidaknya, kerana walaupun percutian itu kami telah rancang pada awal januari semasa meeting bersama Stacy, tetapi tiba-tiba Stacy nak juga saya dan ahli yg lain hadir ke Majlis Amal Gaza yg diadakan pada hari kedua percutian SF. Sebagai ketua, tidak sanggup pula untuk kecewakan ahli2 lain yg saya anggap more than friends. Lalu saya mengambil keputusan gila, iaitu mengikuti rombongan SF ke Penang pada 30hb.Jan, lalu next day 31.Jan bertolak seawal pagi ke KL ( untuk Tabung Gaza NSTP ) dan lepas tu kembali lagi ke Penang. Huh...letih gila, tapi saya enjoy bercuti dgn SF dan pula memang suka menyertai aktiviti Amal sebegini demi membantu pada yg susah kerana saya tahu kesengsaraan sebegitu kerana saya berasal dari keluarga susah. Itulah saya suka terlibat dalam mana2 Charity Fashion Show sebelum ini. Ya la, bila lagi nak beramal...kan, selagi daya, selagi kuat saling lah membantu sesama manusia, usah fikir soal agama. Ada juga maknanya kita berFC atau berpersatuan, bukan seperti yang orang di luar sana fikir yg kita ni sekadar Hu HA HU HA...tapi biarlah ada makna dan matlamat ber FC ni. Bersama lah kita berdoa agar Palestin menjadi satu bangsa yg merdeka dan memiliki negara yg berdaulat dan bermaruah.
ANTARA AHLI STACY'S FRENZ YANG MENYOKONG TABUNG GAZA NSTP
Subscribe to:
Posts (Atom)