Wednesday, March 19, 2008

"DEMAM DATANG LAGI?" KALI NI X DEMAM SANGAT

AF datang lagi...tidak seperti AF4 dan AF5 yg agak pudar dan suam2 kuku, kali ni dgn adanya pelepasan usia lebih dari 25 tahun...pastinya AF kali ini ada kelainannya.

Kehadiran tiga org senior iaitu Rina ( seorg nenek ), Saida ( seorg ibu ) dan Toi ( seorg ayah ) ada lah kelainan AF kali ini...dan pastinya tarikan atau perencah AF6 adalah pada Saida dan Rina (44yrs? not too young but still young for us to call her nenek).

Mungkin golongan youngster malas nak undi saida atau Rina...tapi kita jgn lupa warga senior yg juga peminat AF akan berusaha mengundi Rina. Saida pula...pada aku akan menerima tempias populariti adiknya yg kita tidak payah sebut namanya di sini.

Kalau dilihat, rata2 peserta kali ini ada background atau sedikit tidak...ada asas dlm bidang nyanyian. Tidak seperti AF yg lepas ( yg kebanyakkannya muka baru/baru belajar menyanyi ), AF kali ini ada Rina yg punyai pengalaman hampir 30 tahun sebagai penyanyi kelab mlm. Faisal pula adalah salah seorng ahli kumpulan nasyid yg telah pun ada album dgn kumpulan FAR EAST. Saida pula...dah banyak pengalaman menyertai pelbagai pertandingan sebelum berkahwin. Riz pulak ahli kumpulan EQUALSTAR, begitu juga dgn Stacy yg juga seangkatan dgn Riz semasa pertandingan Gangstarz.

Pada pemerhatian aku, walaupun kali ini peserta dari Sabah, hanya seorg sahaja, tapi ianya rahmat buat Stacy kerana tumpuan org sebelah East Malaysia ( Sabah, Sarawak dan Brunei ) hanya Afundi dia sahaja, tidak seperti kes AF2 yg tiap minggu undi terpecah tiga pada Linda Nanuwil, Adam dan Mas...juga AF3 terpecah tiga pada Ekin,Yazir dan Felix...dan terpecah dua di AF4 untuk Velvet dan Lotter...juga AF5 terpecah tiga pada Farha,Ebi dan Candy.

Rasanya yg akan berjaya ke Final 5 adalah Stacy, begitu juga dgn Stanly, Saida. Tiga "S" ni pada tekaan saya akan ke final....tapi kalau tak pun...setidak-tidaknya, mereka akan kekal lama berlegar-legar dlm AF selepas yg lain2 terkeluar. Ok lah...kita tengok siapa yg kena.....

3 comments:

Anonymous said...

tak demam la.....pening adola....tapi tetap vote nadia............go gurlz


putra

Anonymous said...

YA...AKU PON MINAT NADIA, BUT STILL VOTE FOR STACY JUGA...AHAKS

Anonymous said...

SAYA MINAT 3 ORG JER...SAIDA,STACY DAN NUBHAN.....NUBHAN CUTE...GO NUBHAN GO...

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.