Monday, April 4, 2016

MANJAKAN DIRI @ REWARDS YOURSELF DI COUTURE BEAUTY ART

 Kehidupan di kotaraya Kuala Lumpur ini kita sentiasa sibuk dengan kerja dan stress diperjalanan pergi dan balik kerja. Kadangkala masa yang ada agak terhad untuk berehat dan  memanjakan diri. Seiring dengan kesibukkan dan usia yang  semakin bertambah, kita sering risau tentang penampilan diri dan juga paras rupa serta kulit kita. Ada pelbagai produk penjagaan wajah dan kulit serta alat kecantikkan dipasaran tapi adakah memadai kita beli dan pakai sahaja? kadang kala kita memerlukan orang membantu khasnya bahagian belakang yang tak terjangkau dan celah-celah lain. Walaupun pada bahagian wajah, jika kita buat dengan cara yang tidak betul, walau semahal manapun prooduk yang kita beli, ianya akan menghasilkan kesan yang tidak seperti  yang kita inginkan.
 Saya ingin mengajak anda ke Couture Beayty Art  dimana studio rawatan wajah dan body spa ini menyediakan pelbagai khidmat yang tubuh dan wajah kita perlukan. Rawatan dibuat olehh pakar yang mempunyai kelulusan dan berpengalaman luas. Jenis rawatan juga mengikut masalah kulit anda. Pada pendapat pakar yang  merawat saya hari itu, iaitu ssaudara Kahoo...beliau menyatakan bahawa kulit saya tidak bermasalah dari segi jerawat atau alergik tetapi kulit wajah saya nampak kering dan kusam.  Pengalaman saya sendiri semasa dan selepas mendapatkan khidmat rawatan wajah dan urutan badan, terasa kesan yang sangat ketara diwajah dan membuatkan saya semakin yakin manakala tubuh yang rasa letih dan kurang bersemangat kembali segar. Untuk mendapat rawatan wajah memerlukan masa selama sejam setengah kerana ianya melalui proses demi prosses dan penggunaan serum, krim wajah dan minyak yg diselang-selikan. Selepas Rawatan wajah, pori-pori kulit wajah nampak terbuka dan kulit wajah saya yang kering menjaddi lembab dan licin.
Alang-alang telah berada di Couture Beauty Art, selepas rawatan wajah satu setengah jam, saya  jjuga mendapatkan perkhidmatan Body Massage dimana rawatan ini selama sattu jam. Anda juga boleh mendapatkan rawatan ini kerana selain mendapatkan uruttan badan, boleh juga buat body scrub, khasnya bahagian belakang yang  selalunya ada beberapa part yang tidak dapat kita sentuh. Jadi pada yang ada masalah kulit belakang yang berjerawat atau warna kulit yang tak serata, bolehlah mencuba Body SPA atau body massage di sini. Yang pastinya pengalaman mendapat rawatan di Couture Beauty Art ini saya merasa sangat relaxing dengan sentuhan lembut pada wajah saya diiringi muzik yang sungguh mendamaikan jiwa hingga tertidur pula. Alamat Couture Beauty Art adalah 1-D, Jalan Pandan Indah 1/23, 55100 Kuala Lumpur atau hubungi Kahoo ditalian 012-904 8075 atau kunjungi page mereka di www.facebook.com/couturebeautyart

No comments:

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.