Sunday, May 26, 2013
SEDIAKAN PAKAIAN PENGANTIN UTK PENGACARA & PEMBACA BERITA BERNAMA TV
Sebagai seorang Designer baru, saya sangat berbesar hati dan merasa bertuah dipilih dan diberi peluang untuk menyediakan pakaian pengantin Hilmy yang telah melangsungkan perkahwinannya di Bosnia. Malah berita perkahwinannya itu mendapat Hit dan bacaan hampir 20K di Murai.ComIkutilah link dibawah ini.
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14578&c=2&s=3&fb_action_ids=10200503491482692&fb_action_types=og.likes&fb_ref=.UZWHnO3nTL0.send&fb_source=aggregation&fb_aggregation_id=288381481237582
KL, 23 APRIL 2013: Mungkin nama penyampai berita dan pengacara Hilmy Ashley tidak sepopular personaliti TV yang lain.
Namun seandainya anda menonton berita di saluran TV bernama, wajah Hilmy pasti diingati.
Malah, Murai Batu pernah diberi tahu, Hilmy pernah berkawan rapat dengan pelakon Rafidah Ibrahim.
Dia juga dikatakan tidak malu dikenali sebagai jejaka Pinky kerana memang amat meminati barangan berwarna merah jambu.
Apapun, Murai Batu ingin ucapkan tahniah buat Hilmy kerana baru saja sah menjadi suami kepada wanita yang berasal dari Bosnia.
Murai Batu dapat tahu, Hilmy telah pun bernikah dengan wanita bernama Bedrija Isakovic di Bosnia pagi semalam dan majlis tersebut telah diadakan secara kecil-kecilan.
Sungguhpun Murai Batu tidak tahu lebih lanjut mengenai majlis pernikahan tersebut, namun Hilmy dan isterinya itu telah mengenakan baju yang direka oleh pereka Kos Serani.
Nampaknya, selepas ini, Murai Batu kena tanyalah sendiri pada Hilmy bagaimana dia boleh berjumpa dengan wanita berkenaan.
Tahniah sekali lagi dari warga murai.com.my. Selamat pengantin baru.
MURAI BATU: Teringin nak kahwin wanita dari luar negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Post a Comment