Peluang kembali ke Tawau baru-baru ini telah membawa saya menjejaki Miss Malaysia 1994. Peserta atau wakil Malaysia ke Miss World yang sama pentas dengan Aishwarya Rai. Siapa dia?, dia adalah Rahimah pemecah rekod Miss Malaysia Pertama yang layak ke TOP 10, kerana sebelum ini kita hanya menghantar wakil hanya sekadar memeriahkan suasana dan melengkapkan senarai negara peserta. Selepas kejayaan beliau, barulah Lina Teoh Miss Malaysia 1998 berjaya melayakkan diri ke TOP 10 dan merangkul 2nd.Runner Up. Kiranya Rahima pemegang rekod Miss Malaysia pertama ke TOp 10 dan jangan terkejut dia berasal dari daerah Tawau, tempat kelahiran saya juga yang kebetulan menceburi bidang dalam Modelling dan juga Amber Chia supermodel yang juga berasal dari Tawau.
Jika Daerah lain atau negeri lain melahirkan bakat-nakat penyanyi, rupa-rupanya Tawau pula telah melahirkan 3 orang Model. Walaupun demikian, Rahimah kini telah bertudung dan telah berumah tangga. Kini setelah 17 tahun berlalu, tapi beliau tetap ramping dan cantik malah masih kelihatan seperti semuda Ekin ( isteri mawi ). Beliau telah bersara dari bidang modelling tetapi beliau mengusahakan sebuah restoran seafood yang sangat terkenal di Tawau. Selain rekod wakil Malaysia pertama yang layak ke TOP 10 Miss World, Rahimah juga adalah satu-satunya wakil Miss Malaysia Melayu yang terakhir dan selepas itu gadis Melayu diharamkan bertanding Miss malaysia. Lihatlah potret di belakang saya, perubahan besar beliau tetapi masih jelita. Moral of the story, setiap orang akan berubah dan jangan diperkatakan tentang seksi seseorang itu kerana jika dia berubah...dia akan berubah jauh lebih baik dari kita. Untuk menyaksikan U-Tube beliau, sila cari di Miss World 1994 Top 10 Announcement.