Ntah la, ada banyak cabaran nak berniaga ni, ada saja masalah kecil yg kalau dihimpun jadi besar dan banyak juga. Tapi biasalah...kan, manada kerja Xde masalah...kan!. Walaupun nak buka secepat yg mungkin kerana sewa dah berjalan, tapi Chef kita busy la pula dgn rancangan memasak utk Tv dan teman penyanyi popular tu ke sini-sana. Walau bagaimana pun, yg bestnya, kedai belum buka, tapi dah banyak tempahan poster dan banner dari org. Tentu ramai yg terkejut...kan? hari tu war2kan nak buka restoran...mengapa tetiba jadi bisnes printing pula? Restoran camana pula?.
Sebenarnya memang restoran, tapi satu sudut tepi saya buka side bisnes iaitu KOS PRINTING & DESIGN HOUSE. Ya, la...kena ada banyak lubang kalau nak more income...betul tak?. Mula2 tu saya menerima tempahan dari ah ken, agen hartanah yg juga tempat saya deal sewa kedai tu. Bila dia tau saya buat printing juga, lalau dia tempah Banner pelbagai saiz FOR SALE/TO LET, yg ni saya bagi murah sebab X payah design dan X perlu photo, hanya ayat tu dan nama juga nombor handphone nya. kalau kamu ternampak namanya di sana sini di setiap Apartmen, kedai dan teres house tu, tu tempah dari kedai saya lah. Printing & Design bererti saya pun ambil job design rumah dan kedai serta pejabat...ialah, tu my expertise, kena la praktikkan selalu, kalau X, berkarat ilmu yg ada.
Ok, harap Mrs.X dan Joe serta Irwan puas hati dgn gambaran sikit2 yg saya beri. X boleh tunjuk semua, tunggu lah April nanti ya. kiranya ini hanya warm up atau pembuka selera jer, harap stacy pun free masa tu...but sepanjang April dia busy sangat, apatah lagi ada ABPBH kat genting dan show sana -sini.