Friday, February 29, 2008

EastToWest Ning's International Album.


EAST2WEST

Ini adalah album terbaru dari penyanyi kesayangan ramai, Ning. Album ini adalah tanda jerit perih Ning dan usaha keras pihak pengurusannya.Bukan seperti lagu Inggeris "In Another Life" yg diselitkan dalam album Bahasa Melayu Ning pada pertengahan 90an dulu... masa kita masih berhingus dan sebahagian dari kita masih di alam persekolahan. Lagu tersebut dan juga sebuah lagi lagu Inggeris rancak ( sekarang dirakamkan semula oleh Jac dalam versi Melayu ) walaupun pernah meraih populariti,namun hanya untuk pasaran tempatan sahaja. Tidak juga seperti album Inggeris penuh Ning "Women" yang hanya khusus untuk pasaran Japan. EastToWest akan menerjah pasaran antarabangsa, khususnya Eropah dan Asia, malah mungkin juga US. Di fahamkan album ini akan mula dipasarkan pada bulan March dan pastinya Ning memberi keistimewaan pada peminatnya di negara ini yang akan memilikinya terlebih dahulu, sebelum dipasarkan ke tempat lain.

Sebagai pembuka selera, telah ditampilkan sebuah single yang bertajuk "Age Of Pollution". Lagu ini adalah sebuah lagu yang rancak dengan muzik yang segar dan lirik yang simple tapi menarik. Walaupun suara Ning begitu sesuai dan terserlah kehebatannya dengan lagu berirama Balada, tapi kita jangan lupa yang sebenarnya Ning mempunyai warna vokal yang pelbagai. Oleh kerana kita telah biasa mendengar Ning menyanyikan lagu berirama perlahan, kita seakan lupa bahawa Ning juga tampak hebat dengan lagu-lagu berirama rancak.

Berbalik pada single "Age Of Polution", iramanya yang segar dan catchy akan bisa dengan mudah mempesonakan hati pendengar. Biarpun belum mendengar lagu-lagu lain yang terkandung dalam EastToWest, tapi saya kira...pemilihan lagu ini sebagai single pertama adalah pilihan yang tepat. Irama sebegini memang popular di Eropah dan mampu menambat hati pendengar dan bakal peminat Ning di sana. Jika kena dengan promosi dan juga sokongan peminat Ning di Malaysia dan Eropah, EastToWest bakal sukses. Tumpuan pemasaran di Eropah adalah strategi yang tepat kerana pasaran Eropah adalah lebih besar dari pasaran US sebenarnya. Kita turut merasa bangga dengan kemajuan karier Ning yang bukan hanya mempopularkan dirinya dan memperkukuhkan lagi legasi seninya, malah turut sama membawa dan mempopularkan nama Malaysia sekaligus. Dengan suara Ning yang asli, hingga hampir tidak ada beza menyanyi secara live dengan suara dalam kaset/CD, saya yakin Ning akan dapat diterima di sebelah Eropah sana kerana peminat disana mementingkan originality dan bukan status semata-mata.

Nota kaki: Bila mendengar lagu "Age Of Pollution", kaki pun ikut bergoyang . Bila mendengarnya pada waktu baru bangun tidur, rasa bersemangat hendak memulakan hari. Ayuh dengarkan lagu ini. Kalau rasa ingin berdansa, layan sahaja...sekurang-kurangnya, lagu ini pembangkit semangatmu dihari-hari yang lesu dan membosankan.

4 comments:

Meen Zuleyka said...

Ning nampak so different kan..i like..

Secret Writer said...

YES...HER FACE LOOKS GLOW...SO DIFFERENT, I AGREED WITH U.THE DAY I GOT AUDITION AT SRI PENTAS...THEN SAW HERAT MUZIK2 AT UO BUT FROM FAR ONLY. SHE LOOKS SO PRETTY, HARAP JGN ADA YG FIKIR LAIN2...MAYBE SERI PENGANTIN KOT...OR SHE VERY HAPPY NOW COZ GOT GOOD HUBBY, PARENTS ALWAYS BLESS HER AND HER CARRIER UP

hOtMaMa said...

wahhh..kellasss blog ko khann! mak mcm pernah jumpa ko la...tp kat mana ek??? seriuss mcm pernah jumpa jerk!

Secret Writer said...

HOTMAMA-THANX...BUT TOUR BLOG LAGI BESH NGALAHKAN ASTRO KERANA MCM2 ADA.KAWAN SATU OPIS AKU TUMPANG BACA BLOG HOTMAMA...SAMPAI NAK TERBARAI PEROT MEREKA YG BOROI TUH.KITA X PENAH JUMPA...BUT HAKU NI SILENT READERS BLOG HOTMAMA, CUMA TETIBA NYAMPOK KAT BLOG MAMA SEBAB X TERTAHAN DEK PERISA BLOG HOTMAMA YG MELETUS MCM GUNUNG BERAPI TUH...TU YG NAK LINK BLOG HOTMAMA.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.