Thursday, August 6, 2009

ANTARA HIDUP,KERJAYA & MINATKU

Mungkin ramai yg pernah terperangkap dalam keadaan yg aku alami saat ini, antara minat...kerjaya dan hidup. Ramai yg mengambil jalan mudah dan tidak mahu mengambil risiko. Tapi aku sebenarnya selalu memilih jalan yg berisiko. Sejak dari mula melangkah kaki ke KL, aku tahu yg aku sedang memilih jalan yg berisiko, yg aku tidak tahu lagi nasib untungku di Bandaraya sebesar KL ini. Pergi dari satu company ke satu company untuk kerja, dari satu modelling agency ke modelling agency yg lain untuk minat dan dari satu production drama ke satu production drama yg lainnya untuk lakonan. Itu belum termasuk ditipu oleh agensi pekerjaan, ditipu oleh modelling agency palsu dan ditipu oleh org2 yg ingin membantuku tetapi sebenarnya mengambil peluang pada kelemahanku dan mengambil kesempatan dari segi sex. Nasib baik aku seorang yg tabah dan mempunyai isntict yg kuat.

Beberapa bulan lepas aku jatuh tersungkur sangat, hanya ada beberapa org yg membantuku. Aku sakit dibuat org, aku menangis, aku menjadi terlalu kurus dan aku hampir hilang pedoman. Di KL ni tanpa saudara mara sangat perit rasanya. Hanya ada kawan2 tapi aku bukannya ada ramai kawan sangat. Bukan tak suka bergaul tetapi masa sangat membataskan aku untuk menambah kawan di luar sana. Memang aku ramai sangat kawan di Blog, Myspace dan Facebook, malah di Myspace sahaja org yg Add aku lebih 3ribu org, tetapi semuanya kawan jauh, kawan yg tidak mungkin di sisi when we needed somebody atau when we need a shoulder to cry on.

Selalunya tiap kali mendapat malang, aku akan mendapat tuah yg besar...memang begitu yg selalu terjadi dalam hidupku dan aku masih tidak mengerti mengapa. Masa kecil dulu, aku kalau dipukul emak atau ada kemalangan kecil, ada saja tuah yg mendatang...kalau tak jumpa duit RM10 lah...dapat markah tinggi kat sekolah lah...dapat kemenangan dalam sukan lah. Kini setelah dewasa pun malang dan tuah sering bertandang. Pernah sekali aku mendaftar RM180 pada kononnya sebuah Modelling agency untuk pendaftaran dan gambar. Setelah sedar ditipu, sedih mcm nak meraung jer. Yalah...kita minat bidang tu dan berharap sangat, rupa2nya agency tu blah setelah mengaut wang dari ramai anak muda yg teruja sangat nak jadi model. Tapi disebalik kesedihan itu, aku berangan jalan2 kat shopping complex tiba2 ada seseorang dari agency tawarkan jadi model atau berlakon. Kengkawan kata, benda tu X berlaku lagi...kena berusaha...ikut pertandingan dan bla...bla..barulah peluang ada. Tapi betul juga, bila aku pergi ke screen test, dalam beratus org yg datang, aku terpilih berlakon dlm filem 'ANNA & THE KING', happynya...dan terbayar lagi malang sebelum ni.

Tapi ada satu malang yg aku tak pernah akan lupa seumur hidup. Masa ikut pertandingan Man Hunt, terujanya hati bila dapat pergi ke Final. Lepas ke final terpilih ke TOP10, lepas tu terpilih ke TOP5. Aku sungguh teruja kerana yakin akan membawa hadiah 1,2 atau 3 kerana sebelum aku pernah mendapat tempat kedua iaitu 1st.RUNNER UP pada satu pertandingan Jejaka Tampan. Malangnya aku kecewa bila tempat pertama hingga ketiga disandang oleh org lain. Sedihnya aku tidak terkata. Nak menagis malu depan juri dan penonton. Terpaksa guna bakat lakonanku tersenyum dan buat biasa dan pura2 ramah berjabat tangan dan ucap tahniah pada juara dan yg lainnya. Tetapi masa dibilik persalinan di belakang pentas aku menangis. Rasa malu pun bila mengenangkan kata2 kawan2 yg melarang aku ikut serta kerana aku pernah mendapat No.2 di pertandingan yg lain, kalau kalah...malu nanti. Kira mcm Dayang Nurfaizah yg ikut One In Million lah, kalah dan lepas tu org persalahkan dia, but pada pendapat aku dia berani. Dalam sibuk mengemas swimming trunk, baju kasual dan baju kot ke dalam beg, tiba2 ada seorang wanita memperkenalkan dirinya Peggy dan memberi kad. "Oh my God" aku ditawarkan menjadi model kat agencynya. Bayangkan, yg juara pun tak di offer.

Berbalik pada tajuk entri kali ni, dalam jatuh bangun, bisness slow dek aniaya org yg dengki, jatuh sakit tiba2 tuah datang. Aku ditawarkan bekerja dengan sebuah ID company dari Singapura yg mempunyai cawangan di Bangsar. Masalahnya, biarpun tawarannya lumayan, aku kena pergi training di Singapura selama dua bulan. Lepas dari Singapura, aku bekerja dua bulan di Bangsar, KL dan kena transfer ke Doha. Bayangkan mcm mana nanti kalau aku pergi ke sana? minat dan syg pada Stacy's Frenz kuat sangat. Ahli2 dan AJK SF dah lebih dari keluarga. Syg ku pada mereka bukan sedikit, maklumlah...mereka saja harta dan famili yg aku miliki di KL ni. Pasal Club satu hal juga. Aku yg membangunkan Stacy's Frenz. Dari berseorangan mengendalikan Blog Stacy sebelum konsert pertama bermula lagi, hingga kini SFC menjadi sebesar ini dan mempunyai himpunan ahli yg ramai. Stacy dan Chaq satu hal lagi...mcm mana nak lukakan hati kedua adikku ini?. Lalu aku mengambil risiko yg tinggi, menolak tawaran sekali seumur hidup ini dan memilih jalan susah. Rasa sedih dan terkilan kerana melepaskan peluang, tetapi ni lah org kata antara minat, kerjaya dan kehidupan...kita selalu berada di persimpangan.

Memang malang besar bila menolak tawaran hebat dan memilih sengsara tetapi tiba2 tuah datang juga selepas malang ini. Kali ini aku ditawarkan bekerja sebagai Operation Manager kat sebuah small hotel milik syarikat dari Canada. Syukur sangat, kadang mcm tu lah ibarat pepatah 'Malang adalah Tuahku'. Cuma ada juga sedikit dilema, kerana aku kena juga travel ke sana-sini untuk buat markerting sekali, kadang pergi seminar antara Hotel2 dan kadang kena pergi ke cawangan hotel di Singapura dan ke HQ di Canada. Minggu lepas sahaja sedang busy dengan persiapan B'day Stacy, kena outstation ke Melaka selama dua hari. Minggu ni pula kena pergi ke Kedah dan Penang. Kitaran hidupku kembali busy dan busy kali ini tiga kali ganda dari biasa. Kalau ke negeri lain bolehlah pergi barang dua tiga hari...tetapi bila ke Singapore dan Canada, paling sekejap sebulan dua. Busy conduct meeting dgn AJK kat kelab dan busy conduct meeting dgn head department kat hotel. Itu tidak termasuk outstation dan meeting dgn firma dan syarikat swasta dan kerajaan tentang package hotel yg kami tawarkan.

8 comments:

MY HEART & MY SOUL said...

Respect dengan ketabahan abg dan I jadikan abg Icon I. Semoga berjaya dgn kerjaya baru dan Stacy Club

suezen said...

owh...takpe...if malang adalah tuah,...then u should be grateful. BTW all the best for u kay:).... be strong. And everything happens for a reason

farish izaryl @izreez said...

saba r k abg kos..smoga bjaya kelak:)

Miss Reen said...

be strong ngan segala dugaan yg datang..
kebahagiaan pasti akan menjadi milik mu

LIZA WORLD said...

Hidup jadi model atau artis memang mcm tu, saya juga wartawan sambilan, hidup kamu ibarat lagu 'SWEET DREAM' sometimes somebody get use U dan sometimes u use somebody kerana ingin meraih peluang. Sabar jer lah kalau mahu berjaya but saya respect dgn kecekalan awak dan prinsip hidup awak. Awak satu dlm sejuta

Secret Writer said...

ANDY, thanx so much but aku bukan sesuai jadi ikon kamoo.

SUE, thanx so much..I really appreciate

RIZZ, thanx

REEN, thanx so much...

LIZA, saya kurang setuju...kerana saya yg dipergunakan

iyllienaz said...

byk btol jatuh bgon kos..sgt kagum ngan ketabahan kamu..good luck in everything..

Secret Writer said...

IYLLIENAZ, Thanx atas doa awak tu

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.