Tidak seperti tahun lepas dan tidak seperti sebelumnya ada sambutan gilang-gemilang. tetapi tahun ini senyap sahaja. Tapi haruskah aku bersedih? ianya menjadi perkara yang lebih baik bila tidak ada acara diraikan pada tahun ini. Ialah...bila dah ramai orang berpusu-pusu, dalam keadaan gawat penularan H1N1 akan menjadi semakin parah. Lebih baik elakkan diri dari berhimpun atau berpusu-pusu di tempat awam sebegini. Tambah lagi malam-malam bulan Ramadhan ini umat islam bersembahyang, bukannya bersuka ria. Saya sangat setuju dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan perayaan AMBANG MERDEKA di adakan seperti tahun-tahun lepas. Biasanya keriangan terasa di dua lokasi utama iaitu di Taman KLCC dan di Dataran Merdeka. Bukanlah perkara yang harus kita sedihkan walaupun Stacy tidak perform seperti tahun lalu, tapi itu lebih baik dari kemungkinan penularan H1N1 semakin menjadi-jadi. Dan yang pasti...seperti tajuk-tajuk sebelum ni, tajuk entri ni juga agak suspen bunyinya...betul tak?
3 comments:
setuju..tp di uitm ade sambutan jugak..tp diadakan forum dan solat hajat..berbeza dgn tahun2 sebelumnya, disebabkan thn ni sambut merdeka smasa bulan ramadhan..
Wat suspen jer tajuk awak ni...ingatkan tiada lagi apa. Bagus juga kan kerajaan batalkan sambutan Ambang Merdeka tahun ni, bukan sahaja kerana bahayanya H1N1, tetapi juga menghormati bulan puasa, lebih baik org pergi Terawih dari berhu ha hu ha.
Bagus juga X ada Ambang Merdeka...buat sesak jalan jer trutama KLCC, Bkt.Bintang, Jln Sultan Ismail dan area Dataran Merdeka
Post a Comment