Sunday, August 16, 2009

SALAM AKHIR,PERGI TAK KEMBALI...MAMA AKU INGIN PULANG

(LETAK PIC SEDIH SESUAI DENGAN CERITA YANG DITULIS)

Seperti biasa, tajuk-tajuk entriku berbunyi provoke dan orang ingin tahu apa isi kandungannya. Seperti juga entri sebelum ini " Sebenarnya aku seorang..." ramai kawan-kawan blogger tertanya-tanya dan resah kalau tidak membaca seterusnya. Kalau diperhatikan, memang setiap entri yang aku post kat sini mempunyai tajuk-tajuk yang membuat orang ingin tahu. Ianya ibarat tajuk akhbar atau majalah gossip yg mengundang pelbagai spekulasi atau tanggapan sehinggalah orang selesai membacanya. Aku pun sebenarnya ada kemahiran menulis kerana pernah mengikuti pelbagai kursus penulisan samada melalui pos atau yang memerlukan kehadiran. Pernah juga menjadi AJK majalah sekolah, Pustakawan menulis puisi dan cerpen, malah cerpen aku pernah keluar pada tahun 1998 di URTV sempena HARI BAPA dan ceritanya juga berkisar seorang bapa yang tidak dianggap, dan cerpen tersebut tersenarai untuk pertandingan cerpen anugerah utusan untuk kategori REMAJA. Cover URTV tu masih dalam konsep lama yang menampilkan Watie ( Elite ). Selain itu beberapa puisi dan cerpen 'NINA KARINA' dan 'NINA KARINA II' pernah tersiar pada majalah hiburan yang telah tidak ada lagi dipasaran.
Di Blog Stacy's Frenz pula, sebermula pengumuman AF6 baru diumumkan hendak bermula, saya telah menjadi penulis dan sekaligus sebagai EDITOR yang mana saya menapis dan memastikan tidak ada perkataan atau ayat-ayat yang berbaur fitnah atau menyentuh sensetiviti masyarakat. Juga memastikan setiap entri yang dipost tidak ada short form sepertimana yang kita gunakan di Blog peribadi seperti mcm, yg, utk, sgt dll ( semua kena penuh ), dan tidak ada kata2 ( mesti ditulis dengan kata-kata ). Pelik bukan, kerana saya masih pelat berbahasa Melayu, tetapi tulisan saya mahir dan boleh mencapai piawaian standard penulis, malah saya boleh menulis dibubuh dengan perkataan yang jarang digunakan dan ada yang berbentuk sastera antaranya sayugia, sementelah, bair mati berkalang tanah dari mati berkalang dosa, eksentrik dan macam-macam lagi. Sebenarnya saya pernah dijemput untuk menjadi penulis sambilan sebuah ruangan pojok majalah tetapi saya menolak. Sebagai panatia kelab peminat Stacy, saya bertanggung-jawab memastikan segala tulisan di Blog tersebut mencapai tahap standard. Tidak ada perkataan 'Tak' mestiguna 'Tidak'. Tidak boleh guna perkataan 'nak', mesti guna "hendak'. Itulah sebabnya kebanyakan surat rasmi untuk Stacy's Frenz atau teks majlis untuk majalah atau akhbar, saya yang sediakan sendiri. begitu juga teks untuk syarikat tempat saya bekerja.
Baiklah, berbalik pada tajuk di atas...sebenarnya saya ingin menulis tentang pemergian insan-insan seni yang kepulangan mereka berjejer dalam bahasa sastera atau berturut-turut dalam bahasa seharian. Bermula dengan Arwah Shukrey Hashim, Arwah Yasmin Ahmad, Arwah Ustaz Asri ( Rabbani ) dan terbaru semalam pergi pula pelakon komedi, mendiang Param dalam subuh hening pukul 5 pagi. Apa yang tinggal tanda tanya, beberapa insan seni meninggal semacam telah tahu akan ketibaan waktu tersebut. Antaranya sebelum meninggal dunia, Arwah Sudirman telah merakamkan lagu 'SALAM AKHIR'. Arwah Ustaz Asri pula sebelumnya merakamkan lagu 'PERGI TAK KEMBALI' dan arwah NIKE ARDILLA ( penyanyio Indonesia ) sebelum meninggal telah merakamkan lagu 'MAMA AKU INGIN PULANG'. Insan-insan seni ini meninggalkan kita dengan lagu-lagu yang membuat kita bertambah sebak, tapi mendapat peringatan yang kematian itu sesuatu yang pasti. Bak kata lagu " Andainya aku, punya waktu...inginku titip salam terakhir kepadamu. Kerna waktu berputaran, bimbang tak berkesempatan...". Itulah saya kata, orang melihat berita kematian insan-insan seni ini dari sudut yang biasa, tetapi saya melihat dari sudut dan skop yang lain iaitu kaitan dengan lagu-lagu mereka yang semacam memberi isyarat pemergian mereka. Well, itulah namanya keistimewaan penulis. Seperti berita akhbar setiap hari, walau kisah kemalangan, tetapi HARIAN METRO selalunya mengupas dari sudut atau skop yang menarik padahal berita tu setiap terbitan akhbar terima dari punca yang sama iaitu BERNAMA tetapi cara mereka meletak tajuk atau menulis kupasan berita membuat orang rasa menarik.

6 comments:

LIZA WORLD said...

Wah, tak sangka ya, anda juga ada bakat dalam bidang penulisan. Multi-talent la ni kiranya. Nak tau juga, majalah apa yg jemput anda sebagai penulis sambilan tu?

Secret Writer said...

LIZA, Xde la berbakat sangat, cuma minat saja...tapi kini mcm X cukup masa nak menulis, sibuk dgn kerja, kelab dan mcm2 lagi. Owh yg tu bukan majalah, akhbar tabloit mingguan kat Sabah, tapi konsep mcm majalah.Mereka tahu saya jumpa ramai artis dan model so banyak cerita ada. sebenarnya saya ada banyak rahsiah dan cerita pasal artis, tapi Xnak lah cerita hal org walau sekadar gossip, tu yg saya tolak.

MY HEART & MY SOUL said...

banyak bakat,tambah banyak la 'P' u nanti. Peragawan, Pelakon, Presiden dan Penulis. Kalau ada bakat nyanyi lengkap dah 5P pula.

Secret Writer said...

MY HEART, Ayo...bakat menyanyi Xde la, suara mcm kerbau heh heh heh. tapi boleh kot tambah satu lagi P kerana org tak tau yg aku ni ada bakat melawak...so nak tambah PELAWAK lah...boleh? keh keh keh

Keri AlHaj said...

hebat jugak ya kelebihan yg kose ada dlm bidang penulisan nih... nape tak try tulis novel pulak....

dan ya. Al fatihah untuk mereka yg pergi dulu tinggalkan kita... moga aman di sana di sisi Sang Pencipta...

Secret Writer said...

Chime...ada juga dlm fikiran tentang novel tu, cuma masa tak adalah.

Ya, semoga mereka2 yg telah pergi dia atas mendapat tempat yang baik di alam sana.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.