Ntah la, ni nak kata rezeki ker atau hazab heh heh heh. Aku telah dihubungi oleh seseorang yang nak aku uruskan Fan Club anaknya kerana anaknya telah terpilih ke MYSTAR LG juga anjuran TV3 yg akan bersiaran selepas Raya nanti. Peningnya kepala, nak tolak rasa serba salah, nak setuju takut tambah beban pulak. Sebenarnya, letih menguruskan Kelab Peminat Stacy. Ya lah, sebagai presiden kelab, apa2 masalah kembali pada aku juga. Walaupun sibuk dan terbeban...tetapi aku tidak dapat menolak bila Mak Stacy minta aku uruskan dan berkempen untuk Chaq. Bukan cakap baguslah, tapi sebermula Mentor 3 tu...aku dah cakap siang2 pada Mrs.X dan yg lain bahawa saya hanya nampak Black dan Chaq sahaja yg akan melangkah ke final...rupa2nya Fira pun ke final juga, namun begitu...tekaan awal saya betul juga...menjadi nyata Chaq ke final. Kalau ikut perkiraan akulah, suara Black memang hebat tetapi kalau ikut pola undi sepatutnya Chaq boleh menang, cuma Chaq menjadi mangsa orang yg bencikan mentornya iaitu Ajai. Ramai yg beritahu aku, malah ada yg komen kat blog ni yg mereka benci Ajai sejak dia komen pedas2 masa AF dulu. Tengok tu...Chaq yg jadi mangsa, tapi X apalah, bagi aku Chaq bertuah kerana Juara Mentor 1 dan Mentor 2 tidak ada album sampai sekarang...sedangkan Chaq akan muncul dengan album lepas Raya nanti.
************************************************
Ramai yg tidak tahu...selain itu, saya juga menguruskan kelab peminat bukan hanya penyanyi baru dari program realiti, tetapi juga menguruskan Blog dan FaceBook penyanyi yg sudah ada nama. Dua orang artis ni memang aku tidak dapat tolak kerana mereka baik dengan aku. Yang bestnya, bukan aku jer yang moderate FB dan Blog mereka...malah mereka pun sendiri tolong jawab bila ada masa. Nah, dah tahu betapa busynya aku...ngalahkan Manager artis la pulak, so macamana la aku nak terima offer mak budak sorang ni. Sebenarnya aku ni terlalu baik hati dan takut nak tolak permintaan orang sampaikan diri sendiri dalam dilema. Aku cuma mengharapkan kesihatanku baik dan ada lebihan masa disini sana untuk aku squeez agar dapat membantu budak baik ni...hopefully. Tapi kalau tidak ada kudrat lagi, aku terpaksa menolak dengan rasa bersalah sangat-sangat, hmm...
4 comments:
smoga terus sukses abg kos hehee
Wah, semakin busy la nampaknya. Ramai sangat nak khidmat bro ya. Tapi secara peribadi I rasa bro serasi dgn Kelab stacy sebab kelab tu sangat menonjol dan terkenal saat ini
Mungkin org nampak kejayaan yg telah awak bawa dlm kelab SFC tu kot. Ya lah, bukan satu org yg minta buat dari awak. Saya pun nampak bakat Chaq special walaupun suaranya agak kurang nak bandingkan dgn Black. tapi kan, Chaq selalu kelaur majalah dan FC nya pun ada kelaur masa kat Media Hiburan last month. Semoga awak terus maju tapi jgn lupakan SFC pula, kerana SFC jer yg paling maju dan selalu keluar majalah, yg lain mcm senyap jer.
FARISH...thanx ya semoga masin mulutmu.
MY HEART, Kelab Stacy tetap keutamaan,itu usaha saya membangunkan Kelab tu dari zero lagi...tapi cuba juga bantu kengkawan artis yg lain.
LIZA, saya ok jer, Xlah terbeban sangat dan X akan lupakan Stacy, dah mcm adik. lagipun kalau jadi tolong utk MYSTAR LG ni, senang jer...aku buat lanning dan strategi jer...org mereka dah ada ramai dari kalangan keluarga besar mereka, sepupu, ipar dan jiran2 serta rakan2 kolejnya...kerja kempen jadi mudah
Post a Comment