Seperti sebelum ini saya terlibat design baju untuk artis di red carpet beberapa majlis berprestij seperti AIM, FFM dan lain-lain lagi, kali ini saya sekali lagi terlibat menyumbangkan idea kreatif untuk majlis Blue Carpet AJL ke 26. Seperti biasa, Kos Serani dari Kose Design & Collection tidak pernah memilih bulu, tidak kisah artis sendu, artis baru, waima artis popular sekalipun, layanan tetap sama kerana hidup ini ibarat roda, kadang kita di atas, kadang kita dibawah. Samalah juga dengan dunia artis ini kadang popular meletup-letup sekali merundun, jatuh terjelungkup dan begitu juga artis baru bila mana hari ini mereka baru menapak, tidak popular, tiba-tiba nama naik meletup-letup. Kisah Alyah menjadi pengajaran yang struggle hampir 10 tahun tidak popular-popularpun walau sudah menjadi juara Bintang HMI. Bila mencari penaja baju atau khidmat make up artis ramai yang menolak kata artis sendu la, produk RTM la X segah produk artis realiti lain dan macam-macam lagi. Tapi bila namanya sudah naik, mulalah ramai yang cuba menjadi penaja baju dan macam-macam lagi.
Walaupun tidak diberitahu warna tema AJL ke 26 kali ini hanya tema stail adalah Smart Casual, saya telah mentafsirkan iklan promo AJL ada elemen air dimana setiap artis dalam iklan promo itu berhujan, berbasah dan berendam, lalu terlahirlah difikiran saya warna biru dan jernih mewakili air. Selain warna kain pilihan berwarna biru, gaun artis wanita saya padankan dengan jenis kain organza agar nampak seperti kilauan air semasa artis berjalan di Blue Carpet. Syukur, pakaian mereka menjadi tumpuan lensa kamera sampai que time dah habis kerana artis lainpun hendak mengambil gambar di Wall Of Fame AJL tetapi jurukamera masih berebut masih mahu mengambil gambar Heela Monica iaitu penyanyi baru yang muncul bersama lagu baru bertajuk Migrain dan penampilan beliau sedondon dengan pasangannya Tameen bekas ahli kumpulan Mpop iaitu MAX 24:7. Seiring dengan usianya yang baru mencecah 19 tahun, saya tidak mahu dress ini sarat dengan beads atau aksesori nanti nampak macam artis berusia atau macam mak Datin .

No comments:
Post a Comment