Syukur, walau tidak sampai setahun menjadi Designer tetapi saya telah diberi kepercayaan untuk membuat Pertunjukkan Fesyen secara solo. Selalunya yang terlibat untuk pertunjukkan solo ini adalah Designer yang telah bertahun pengalaman. Kebiasaannya para Designer akan bergabung dalam sesebuah Fashion Show seperti MASIF, MIFA, MIFW dan lain-lain lagi dan pengalaman saya terlibat dalam beberapa fesyen show bergabung dengan Designer yang lain adalah satu kesempatan yang sangat berharga pada setiap Designer terutama yang baru berjinak-jinak, malah adea yang telah lama menamatkan pengajian tetapi masih tidak berpeluang terlibat dalam mana-mana fesyen show bergabung, apatah lagi secara solo.
Inilah rezeki dan kuasa tuhan namanya. Rasanya berbaloi pengorbanan saya ke Pulau Pinang semasa Ramadhan lepas terlibat dalam pertunjukkan amal Fesyen Show sempena majlis berbuka puasa dan duit kutipan didermakan kepada rumah kebajikan. Setelah dari itu, rezeki saya semakin mencurah-curah sehinggakan tempahan dan show berlambak. Syukur....

No comments:
Post a Comment