Sudah lama tidak mengemas kini Blog ini kerana kesibukkan bekerja dan kuliah, juga ke Gym dan ke kelas Muay Thai. Oleh kerana ABPBH telah muncul kembali, lalu saya dengan rasa prihatin memberi beberapa panduan untuk para pengundi. Ramai yang berkempen dan tidak kurang juga yang mempertikaikan peluang dan kelebihan artis pilihan masing-masing. Malah ada yang memberi peringatan agar jangan komen artis lain dan undilah artis pilihan masing-masing.
Sebenarnya adalah salah atau tidak tepat pendapat sebegitu kerana untuk peringkat pemilihan ini yang paling utama kita harus mengundi artis yang tidak digemari dan kurang popular, barulah memilih artis pilihan kita. Sebagai contoh, jika Adira tersenarai ke Top5, peluang untuk Stacy menang adalah tipis kerana undi penyokong dari Sabah terpecah dua dan akan memberi peluang besar untuk Yuna menang. Peluang untuk merebut trofi Penyanyi Lelaki Popular adalah sama rata kali ini dan antara nama-nama yang berpeluang adalah Shahir, Faizal Tahir, Tomok, Black dan Akim. Untuk kategori Penyanyi Wanita Popular pula adalah terbuka luas sejak Datuk CT menarik diri tetapi antara nama yg disebut-sebut adalah Yuna & Stacy. Manakala peluang untuk Artis Baru lelaki & Wanita selalunya terjurus kerana limpahan populariti AF. Jika artis baru lain ada peluang 30%-40%, tetapi peluang untuk Adira dan Shahir adalah 50-50. Pada yang mahu membeli secara pukal, hanya RM1.20 sahaja berbanding diluar RM1.50 senaskah. Beli terus ke NSTP atau hubungi wakil pengedar atau bahagian pemasaran Berita Harian. Selamat mengundi dan selamat menderma umtuk artis kesayangan anda.

No comments:
Post a Comment