Thursday, July 26, 2012
BUSY SANGAT2 HINGGA TIADA MASA UPDATE BLOG
Aduh lamanya tidak update Blog ni, update terakhir adalah pada penglibatan saya untuk mereka baju2 utk Red carpet seperti AIM, FFM dan terbaharu AJL, lepas tu saya sangat busy dengan Fesyen Show di Pelbagai tempat di dalam KL dan di Luar KL. Baiklah, akan menyusul beberapa update utk liputan cerita dan photo2 semasa Runway baju2 Koleksi saya, tapi nak update pasal baju2 saya yg keluar di Metro Ahad yang dipakai oleh kumpulan baru yg membawa konsep Moderate Pop ( Bukan Kpop ya...jangan salah faham nanti dosa ). 7 rekaan jaket saya dipakai oleh 7 penyanyi Model turn to Singer menamakan kumpulan mereka De Mode ( The Models ) yang muncul dengan single mereka bertajuk 'Supermodel. Mereka ini selalu memperagakan baju2 rekaan saya dibeberapa Runway sebelum ini seperti di Sg.Wang plaza, Wangsa Walk dll. Beberapa dari mereka juga telah ditawarkan berlakon drama TV dan iklan, untung la... ada rupa dan tinggi lampai pulak semuanya.
Wednesday, January 4, 2012
MANAGER, DESIGNER & STUDENT DALAM SATU MASA, KAU MAMPU?
Itulah orang kata, kalau cakap jangan sombong dan takbur. Sebaik saja saya berundur dari jawatan penting dan menjadi ahli biasa sahaja kerana menyambung pelajaran di kolej, mereka mula mengumpat saya dan kata akan buat lebih baik bukan macam saya yang asyik2 buat fesyen show. Tapi tuhan bayar cash pada insan yg mengumpat saya dari belakang. Kalau dulu setiap bulan ada saja aktiviti dan event, malah setiap perayaan dibuat majlis Hari Raya Aidil Fitri dibuat besar-besaran, manakala perayaan lain tetap saya buat walau dirumah tapi melibatkan ramai ahli dan merapatkan lagi, malah walau perayaan itu bukan saya sambut tetapi saya tetap buat dan keluarkan duit sendiri samada Raya Haji, X'mas, CNY bersama Aunty dan Valentine Day. Setiap event saya buat besar-besaran ( mesti antara 200-300 penyertaan ) dan masuk majalah selalu, walau sekecil melawat rumah anak yatim pun ada wartawan dan majalah cover story. Bila saya buat majlis besar-besaran pula, bukan hanya wartawan majalah, malah TV3, RTM dan Blogger pun datang buat liputan. Kalau setakat acara tarik tali dan sukaneka tu bukan Event ya...itu budak darjah 6 pun selalu buat kat sekolah masa campaign. Itulah jadi manusia jangan angkuh dan mengumpat orang serta sombong kata akan buat lebih baik, bukan macam orang tu asyik catwalk...catwalk. Hey! catwalk tu adalah antara daya penarik ya, itulah korang kalau kerja bawah orang saja tak tau jadi pengurus dan tak tau buat event jagna angkuh. Ianya adalah marketing strategi, kalau majlis tu pelbagai, lagilah orang nak datang. Tengoklah setiap majlis saya buat sampai lebih 200 orang, majlis korang? Diluar sana orang buat fesyen show saja pun ramai orang datang, apa lagi ada fesyen show dan persembahan nyanyian, orang akan rasa berbaloi ada dua acara sekaligus tapi bayar satu. Wartawan pun ada bertanya pada saya mengapa sekarang tak ada apa-apa? dan ada wartawan yang kata pada saya kalau acara mereka yang syok sendiri, mereka tak akan nak pergi. Ambik kau!.
Saya tidak pernah bangga diri atau pandang rendah pada orang walau saya menjadi pengurus dan ada 58 orang staff serta mengendalikan pengurusan syarikat selama hampir 3 tahun. Selain itu selalu keluar majalah dan TV serta ke pertunjukkan fesyen. Tuhan maha adil inilah namanya Karma. Dosa mereka2 ini mengumpat dan memperkecilkan saya, Tuhan pun tidak boleh ampunkan, kalau mereka2 ini berdosa pada Tuhan...Tuhan boleh ampunkan tapai dosa manusia pada manusia lain tidak akan terhapus selagi orang yang mereka umpat dan perlekehkan itu tidak memaafkan mereka ( jangan main-main, dalam Al-Quran pun telah tercatat ). Sementelah saya terus pergi jauh dan berjaya sebagai Pengurus, Pelajar dan Designer...korang masih jadi kuli batak dan jadi pekerja dibawah orang. Dulu kata 'akan aku buktikan satu hari nanti' tapi sampai sekarang tak ada apa2. Ingatkan sudah maju dan kalau maju korang patut bersyukur pada Tuhan dan berterima kasih pada saya kerana cabaran dan kata2 saya buat korang berjaya...tapi hampeh! masih ditakuk lama. Teringat kata2 kawan wartawan, apa la nak jadi dengan mereka2 tu? kesian artis tu dapat orang2 dalam yang perangai dan mulut macam tu. Saya hanya mampu menjawab Hmm...entahlah! Dosa mereka pada tuhan ...kalau mereka minta ampun tuhan akan balas...tapi saya tak akan maafkan perbuatan mereka dan sebab selagi manusia itu tidak memaafkan, sampai ke mati lah, sampai ke akhiratlah mereka bawa dosa mengumpat saya. Ada ramai orang kuat dan berkualiti sudah senyap dan malas nak ikut serta lagi sebab malas dan tak semeriah dulu kata mereka. Ada juga yang megadu pada saya dan cerita itu ini tapi saya kata, biarlah mereka kan pandai katanya. Ramai yang memujuk saya kembali dan ugut selagi saya tidak kembali aktif, mereka pun malas. Saya kata, saya bukan keluar, cuma saya berundur dari jawatan besar, rumah itu saya yang bina dan selama-lamanya saya punya bukan sesiapa walau di cat, di ubahsuai tapi hak milik saya tetap yang punya dan yang membinanya. Tpai malaslah kalau dengan orang yang tak dengar cakap, konon tahu segala padahal saya ni dah bertahun dalam bidang seni senagai Model dan Pelakon tahu banyak serba-serbi dunia seni ni itulah saya cipta Sambutan Hari Raya Stacy walau dia bukan muslim dan orang suka idea tu sebab Stacy raikan peminat yang beragama Islam, kini ada beberapa wartawan tanya saya kemana sudah majlis gilang gemilang Hari Raya dan sambutan Hari Lahir artis tu yang selalunya besar-besaran dan gempak. Jangan tak tau, ramai wartawan yang direct hubungi saya kerana mereka ada contact saya sejak berdeal dengan mereka dari 2009 lagi.

Wednesday, December 28, 2011
DESIGN BAJU UNTUK RED CARPET MAHARAJA LAWAK MEGA PULA
Syukur kerana rezeki dan peluang murah sangat, segalanya berkat hati bersih saya dan tidak pernah berdengki atau mengumpat orang seperti beberapa oarang dalam sebuah persatuan kelan peminat tu yang tak tau dunia artis dan dunia seni macam mana, tapi berlagak pandai dan macam tahu serba-serbi sehingga sanggup mengumpat dan memperlekehkan uasaha saya. Syukur, saya telah buktikan dan rezeki saya semakin murah.Setelah menghasilkan baju-baju untuk Red Carpet AIM dan FFM, kini terpilih pula untuk mereka baju untuk salah seorang pengacara rancangan TV Astro. Dan lagi best semasa pengacara itu menjemput penyanyi Aliff Aziz menjadi tetamu di TV, Aliff Aziz pula berminat dengan baju design saya yang dipakai oleh pengacara tersebut dan meminta nombor telefon saya. Syukur...jika kita bersih hati dan mulia dan tidak mendengki serta tidak memaki hamun di FB dan Blog...rezeki kita semakin murah dan melimpah ruah.
Friday, December 23, 2011
BAJU-BAJU DESIGN KOSE SERANI MENJADI PILIHAN PENGACARA ASTRO HAMPIR SETIAP MINGGU
Syukur, semakin ramai artis dan selibriti serta wartawan yang berminat dan menyedari bakat serta kreativiti saya. Kalau sebelum ini rekaan saya berada di Red Carpet AIM, FFM dan beberapa majalah...kini di TV pula. Pengacra rancangan gossip dan perkembangan dunia artis iaitu Ajieb dari 'Apa Kata M' telah berminat dengan design saya. maka terpampanglah hampir setiap minggu nama company saya Kose Design & Collection di kaca TV setiap akhir rancangan dan pengaca juga ada menyebutnya beberapa kali. kebetulan untuk baju yang di pic ini...diminati oleh Aliff Aziz dan beliau meminta contact saya melalui pengacara kerana kebetulan Aliff Aziz menjadi artis jemputan untuk episod kali ini.Wednesday, November 9, 2011
SEDIAKAN BAJU UNTUK ARTIS DI FFM 24 @ FESTIVAL FILEM MALAYSIA
Syukur atas segala rezeki dan jalan mudah yang saya dapat sejak menjadi Designer. Baru-baru ini ada seseorang mesej saya dalam FB melalui In Box bertanya bagaimana saya boleh masuk ke arus mainstream begitu cepat sedangkan dia lulusan Fashoin Design juga dari sebuah Universiti tempatan dan telah 3 tahun masih tercari-cari arah dan tapak. jangankan muncul di TV, akhbar dan majalah....mendapat peluang di pentas Fesyen pun dia tidak pernah lagi. Sebenarnya selain dari pandai Markerting, kebetulan saya manager dan sekaligus Marketing di salah sebuah hotel di KL itulah sebabnya saya tahu cara mempromote kan diri. selain itu penampilan yang menarik kelebihan saya menjadi model membuatkan orang suka dan senang berurusan dengan saya. Bukan hendak mendabik dada...tapi itulah buktinya dan rahsianya mengapa saya cepat menonjol dibidang Fesyen. Tengoklah cara saya menaikkan kelab peminat, hampir setiap bulan keluart di majalah dan sebulan dua atau tiga aktiviti sehingga orang luar kenal dan kelab kami sangat menonjol satu ketika dulu, buktinya ada lagi di majalah dan saya satu2nya Presiden Kelab Peminat yang pernah dipuji dan ditulis oleh seorang wartawan popular diruang pojoknya. Sempena Festival Filem Malaysia ( FFM ) yang akan berlangsung 20hb.November nanti, saya telah terpilih menyediakan persalinan untuk 3 orang artis, antaranya yang tercalon untuk kategori Pelakon Harapan Lelaki iaitu Arja Lee ( Filem ....Dalam Botol ) dan dua orang pelakon wanita.
Friday, November 4, 2011
RAYA HAJI@RAYA QURBAN KE MANJUNG, PERAK
HARI RAYA AIDIL ADHA @ RAYA QURBAN SINONIM DENGAN LEMBU YANG DISEMBELIHRaya Haji @ Hari Raya Aidil Adha @ Raya Qurban kali ini rasanya tak sempatlah saya buat Open House seperti tahun-tahun sudah. Ya lah...orang hanya buat Open House Raya Puasa sahaja tapi saya kedua-dua Raya pun saya buat sebab niat menjamu kawan2 kerana rezeki yang murah dan mencurah-curah. Tapi Raya kali ni saya beraya di rumah client yang tempah baju bertunang dan baju nikah. Dia akan bertunang pada Raya Haji ni dan berkahwin awal tahun depan. Kelas...kan, ya la, dia lulusan doktor dan sebelum ini bekerja di Hospital Glen Eagles. Mampu macam dia? bukan setakat tempah baju...malah membawa designernya sekali ke majlis tersebut. Biasanya client hanya tempah baju dan pada majlis mereka hanya mak andam atau juru solek yang uruskan soal pemakaian tapi dia nak saya uruskan juga untuk part pakaian dan barang hiasan sementara juru soleknya hanya menata rias wajahnya sahaja tapi style dan penampilan saya yang bertanggung-jawab. Merasa juga lah beraya di Manjung dan Lumut pada kali ini. Bila saja saya post kat FB, ramai pula kenalan FB yang pelawa beraya ke rumah mereka hingga kat area Ipoh.
Apa erti korban pada anda sempena Hari Raya Qurban ini? pada saya...saya korbankan masa cuti dan masa Raya saya demi menjaga mutu dan penapilan client yang menempah baju sempena majlis pertunangannya. Berbaloi juga rasanya mengorbankan jawatan sebagai Presiden kelab dan menjadi ahli biasa ( tapi ada juga orang yang fikiran cetek anggap saya keluar ahli, happy sangat mereka kerana ingatkan saya keluar ahli, padahal saya hanya letak jawatan sebagai Presiden). Berbaloi korbankan duit belajar ambil Diploma dalam bidang Fashion Design yang yurannya bukan calang2 tapi RM25,500 setahun dan dalam dua tahun saya berhempas pulas berkorban masa untuk study 2010 & 2011. Bukan mudah korbankan masa cuti, masa bersuka ria untuk ke kolej demi segulung Diploma. tapi itulah namanya pengorbanan, walau di kolejku kebanyakkannya anak2 Datuk, Datin dan anak2 ahli perniagaan...anak kampung ini gagahkan juga masuk ke kolej ini dengan duit simpanan berlakon, modeling dan duit simpanan bekerja.
Thursday, November 3, 2011
ORANG LAIN DAH 3TAHUN X KEMANA, SAYA X SAMPAI SETAHUN DAH BANYAK SHOW, TEMPAHAN DAN KELUAR MAJALAH
RASA GEMBIRA DAPAT SATU RUANGAN DENGAN IDOLA SAYA PEREKA TERSOHOR SALIKIN YANG TELAH BERBELAS TAHUN DALAM BIDANG REKAAN FESYEN MANAKALA SAYA BARU SEBELAS BULAN, BAYANGKAN IBARAT SEBELAS TAHUN DENGAN SEBELAS BULAN.Bukan nak membangga diri, tapi cuma rasa bersyukur dan gembira kerana usaha saya bertukar angin dari bidang Modelling ke Designer sangat menjadi. Bayangkan ada kawan sekolej berpuluh orang yang dah lepas 3 tahun graduate tapi tidak ke mana dan masih tercari-cari arah serta ingin mendapat pendedahan akhbar dan majalah serta teringin design mereka diperagakan artis tetapi belum tercapai, saya yang baru setahun jagung ( tak sampai setahunpun ) dalam bidang rekaan telah beberapa kali dijemput menyertai Fashion Show, photoshot akhbar dan majalah serta beberapa artis telah sudi meyarungkan baju rekaan saya untuk mereka gayakan samada untuk majlis, acara persembahan mahupun fotografi dengan akhbar dan majalah. kalau sebelum ini rekaan saya keluar di akhbar KOSMO, HARIAN METRO, dan kini pula di MAJALAH REMAJA.
Pada saat ini pula saya sedang sibuk dengan persiapan untuk Festival Filem Malaysia, fotoshot dengan majalah dan juga tempahan baju bertunang, baju nikah dan baju bersanding, walau letih...tapi puas hati dan bersyukur dengan rezeki yang tiba dan jalan saya dipermudahkan sedangkan kawan2 yang pernah belajar dengan saya satu kolej dulu masih mencari-cari peluang untuk Fesyen Show dan muncul di akhbar mahupun majalah. Kata orang, kalau kita intan berlian...jatuh dilumpurpun tetap berkilau, begitulah yang terjadi pada diri saya kerana saya terus yakin akan bakat saya dan saya tidak pernah patah semangat dengan yang dengki dan mengutuk. Satu lagi mengapa rezeki saya luas dan murah...sebab saya tidak pernah dengki dengan orang lain, saya malah berbangga bila melihat kawan2 lain berjaya.
INILAH ANTARA REKAAN BATIK SAYA, RAMAI YANG SUKA KERANA SEBELUM INI GOLONGAN MUDA TAK SUKA BATIK YANG MCM UNCLE2 DAN MCM YB TAPI SAYA SUNTIK STYLE MUDA DGN POTONGAN SINGKAT, IKUT BODY DAN TAK TERLALU BANYAK BATIK UNTUK MENARIK MINAT BELIA, INILAH SUMBANGAN SAYA PADA NEGARA UNTUK MEMERTABATKAN BATIK DAN MENARIK MINAT GOLONGAN MUDA MENCINTAI BATIK ( I WONDER WHY RAMAI DESIGNER DAPAT PINGAT DATUK KERANA PELUANG UTK BERBAKTI PADA NEGARA BANYAK, SEPERTI SALIKIN PULA MEMERTABATKAN REKAAN TRADISIONAL. MUNGKIN SALIKINPUN BAKAL DIANUGERAHKAN DATUK SAMA MACAM DATUK NEBARD CHANDRAN,DATUK RADZWAN RAZWIL, DATIN KIRANA DLL SEBAB KEGIGIHANNYA MEMPERTAHANKAN DAN MEMPERKASAKAN REKAAN TRADISIONAL. SAYA PULA MENCUBA BANTU PROMOSI KERAJAAN MENDIDIK DAN MENARIK MINAT BELIA2 AGAR MEMNCINTAI BATIK MELALUI REKAAN SAYA, INI SAHAJA YANG SAYA BOLEH BANTU KERAJAAN DAN SUMBANGKAN PADA KERAJAAN )

Subscribe to:
Posts (Atom)