Sementara itu, Chef Eksekutif Ku Jamaluddin pula berkata, "pengunjung tidak harus melepaskan peluang untuk mencuba hidangan Kambing Bakar dan Ayam Tempayan sajian dari negeri Terengganu...kerana hidangan istimewa dan popular ini disajikan bersama kuah yang sangat lazat. Selain itu kami menyediakan citarasa masakan Malaysia dari 13 Negeri seperti Ayam Masak Daun Kaduk ( Selangor ), Rendang Tok ( Perak ), Ikan Tenggiri Asam Pedas ( Melaka ), Daging Salai Masak Cili Api ( Negeri Sembilan ), Kambing Kuzi ( Kelantan ), Siakap Bakar Sambal Air Asam Petai ( Pahang ) dan lain-lain lagi ".
Selain itu, CINTA RASA 13 NEGERI juga menyediakan pelbagai Gerai seperti Gerai Ikan Bakar Tanjung Lumpur ( Pahang ), Gerai Bandar Hilir...dengan hidangan Keow Teow Kerang, Nasi Goreng Laksamana ( Melaka ), Gerai Padang Kota...dengan hidangan Murtabak bersama Dalca Mahkani ( Pulau Pinang ), Gerai Che Det...dengan Cucur Udang Utara dan Roti Che Det ( Kedah ), Gerai Kota Bharu....dengan Nasi Kerabu ( Kelantan ) dan Gerai Kota Tinggi yang menawarkan Nasi Briyani Gam serta Gerai Satay juga Sharwarma ( Johor ). Sebagai pembuka selera pula ...pelbagai hidangan disediakan terdiri dari Salad hijau dan menyegarkan, pelbagai ulam-ulaman, sambal warisan, rojak buah, anika jenis Kerabu dan lain-lain lagi. Manakala untuk pencuci mulut pula, pengunjung disajikan dengan pelbagai jenis kuih tradisional, Tapai, Bubur dan Air Batu Campur ( ABC ). Istimewanya, pengunjung boleh datang berulang kali kerana selain beberapa menu popular menjadi pelengkap, tetapi menu-menu lain akan bertukar ganti agar pengunjung yang sama datang dihari lain tidak merasa bosan.
No comments:
Post a Comment