Friday, September 5, 2014

BUSY DENGAN PHOTOSHOOT MAJALAH EDISI RAYA, RAKAMAN TV RAYA DAN JAMUAN BERBUKA PUASA ARTIS

 FIQ JUARA MENTOR & WANA JUARA MYSTAR LG MEMAKAI BAJU DARI KOSSERANI

Syukur, kerjaya saya sebagai Designer semakin sibuk dengan Fesyen Show dan tempahan baju2 Raya serta majlis Perkahwinan dan sebulan sebelum Ramadhan saya sudah sibuk dengan jadual untuk photoshoot majalah Edisi Raya menyediakan baju2 koleksi Raya untuk artis2 tempatan, juga rakaman TV Raya serta artis2 yg memesan baju untuk dipakai semasa majlis berbuka puasa. Sangat penat tapi berbaloi-baloi kerana walau baru setahun menjadi Designer tetapi telah mengorak langkah semakin jauh, syukur kerana ada senior dari Kolej sama saya belajar dah lebih 3 tahun menggenggam Diploma Fashion & Design tapi belum pernah mendapat jemputan Fesyen Show apatah lagi keluar majalah dan dmajlis Anugerah. Itulah orang kata, rezeki kita akan murah kalau hati kita bersih, tidak mencarut orang samada diluar atau di FB, selalu bersyukur dan positif melihat kejayaan orang lain dgn merasa Happy melihat kejayaan orang, tuhan akan permudahkan jalan hidup dan rezeki kita.

SABHI SADHI MENGGAYAKAN BAJU MELAYU DARI KOSSERANI

Tuesday, July 29, 2014

Pada bulan Ramadhan lalu saya dan para DJ ewana.fm telah merakamkan lagu2 Raya. Kemudia kami telah menjalani shooting untuk Video Music lagu-lagu Raya yang mana dalam album Ewana Raya 2014 itu mengandungi 5 buah lagu Raya baru. Inilah lagu saya dan DJ ewana.fm lain bertajuk Nur Syawal.Ini adalah projek khas ewana.fm bersama Nano Records dimana sebahagian dari jualan album Ewana Raya 2014 ini akan disalurkn ke Tabung Gaza. Sama-samalah kita membantu saudara kita disana untuk perubatan dan makanan serta pakaian mereka. Harga album Ewana Raya 2014 ini hanya RM21.90 dan untuk mendapatkannya boleh whats app saya 012-3516440 atau mesej ke facebook saya Serani Kos, Koz Kose II, Koz Kose III, Kos Serani atau ke Page saya Kose Design & Collections. Selain itu boleh juga mesej ke Ewana Crew atau boleh saja terus ke pejabat ewana fm di Jalan Delima 5,Wangsa Maju.

Monday, May 27, 2013

Designer Kos Serani Cari Adam Davin Pasal Kes Tipu

Saya bukanlah seorang yang suka mengadu pada wartawan atau Tweet kalau tak puas hati paa seorang artis/selebriti yg bekerjasama dengan saya kerana nanti tanggapan orang kami hanya nak cari publisiti. Kalau nak diikutkan, ada artis popular yg pernah mengikuti program MANIA di Astro dah lebih setahun tak pulangkan baju yg dipinjamkan padanya semasa dia membuat persembahan di Hotel bertaraf 5 bintang. Juga beberapa insiden selama berusan dengan artis. Cuma kali ini saya tidak dapat mengelak kerana produser Raja Azmi yang bakal menerbitkan filem terbaharunya Anak Ikan telah membuat laporan polis dan memberitahu wartawan. Lalu wartawan tersebut pula membuat susulan kerana mahu dengar sendiri kebenaran cerita itu dari mulut saya sendiri. Link dibawah adalah cerita yang keluar di Murai.Com

Designer Kos Serani Cari Adam Davin Pasal Kes Tipu

Sunday, May 26, 2013

SEDIAKAN PAKAIAN PENGANTIN UTK PENGACARA & PEMBACA BERITA BERNAMA TV





Sebagai seorang Designer baru, saya sangat berbesar hati dan merasa bertuah dipilih dan diberi peluang untuk menyediakan pakaian pengantin Hilmy yang telah melangsungkan perkahwinannya di Bosnia. Malah berita perkahwinannya itu mendapat Hit dan bacaan hampir 20K di Murai.ComIkutilah link dibawah ini.

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14578&c=2&s=3&fb_action_ids=10200503491482692&fb_action_types=og.likes&fb_ref=.UZWHnO3nTL0.send&fb_source=aggregation&fb_aggregation_id=288381481237582    



KL, 23 APRIL 2013: Mungkin nama penyampai berita dan pengacara Hilmy Ashley tidak sepopular personaliti TV yang lain.
Namun seandainya anda menonton berita di saluran TV bernama, wajah Hilmy pasti diingati.
Malah, Murai Batu pernah diberi tahu, Hilmy pernah berkawan rapat dengan pelakon Rafidah Ibrahim.
Dia juga dikatakan tidak malu dikenali sebagai jejaka Pinky kerana memang amat meminati barangan berwarna merah jambu.
Apapun, Murai Batu ingin ucapkan tahniah buat Hilmy kerana baru saja sah menjadi suami kepada wanita yang berasal dari Bosnia.
Murai Batu dapat tahu, Hilmy telah pun bernikah dengan wanita bernama Bedrija Isakovic di Bosnia pagi semalam dan majlis tersebut telah diadakan secara kecil-kecilan.
Sungguhpun Murai Batu tidak tahu lebih lanjut mengenai majlis pernikahan tersebut, namun Hilmy dan isterinya itu telah mengenakan baju yang direka oleh pereka Kos Serani.
Nampaknya, selepas ini, Murai Batu kena tanyalah sendiri pada Hilmy bagaimana dia boleh berjumpa dengan wanita berkenaan.
Tahniah sekali lagi dari warga murai.com.my. Selamat pengantin baru.
MURAI BATU: Teringin nak kahwin wanita dari luar negara.

                                                                                                                               

Friday, January 4, 2013

JUBAH MODEN UNTUK LELAKI

Pilihan Jubah Lelaki yang moden dan pelbagai design. Kini Jubah Lelaki tidak lagi membosankan hanya warna Putih, atau Hitam sahaja. Sedia dalam pelbagai pilihan warna dan ada Jubah yang berHood dari RM80-RM140. Untuk pesanan/tempahan boleh hubungi 012-3516440 - Kos Serani

MODEL URAY - JUBAH RM140
MODEL EDWIN A.HUDINI - JUBAH RM150 ( WITH HOOD )
MODEL QAYYIEM ZAKARIAH - BAJU MELAYU + KURTA RM 120
MODEL EDWIN - JUBAH RM130
MODEL EDWIN A.HUDINI - JUBAH RM120
MODEL EMAN SHAH - JUBAH RM140
MODEL QAYYIEM ZAKARIAH - JUBAH RM140
MODEL URAY - JUBAH RM130
MODEL EMAN - JUBAH RM80 ( COLOR CHOICE, BLACK, LIGHT BLUE, CREAM, LIGHT GREEN & COCO )

Thursday, January 3, 2013

REKAAN SAYA DI MAJALAH STAILISTA JANUARY 2013


Rekaan dari saya under lebel KOSSERANI di majalah Stailista keluaran January 2013 yang sedang berada dipasaran sekarang.


Thursday, July 26, 2012

BUSY SANGAT2 HINGGA TIADA MASA UPDATE BLOG





Aduh lamanya tidak update Blog ni, update terakhir adalah pada penglibatan saya untuk mereka baju2 utk Red carpet seperti AIM, FFM dan terbaharu AJL, lepas tu saya sangat busy dengan Fesyen Show di Pelbagai tempat di dalam KL dan di Luar KL. Baiklah, akan menyusul beberapa update utk liputan cerita dan photo2 semasa Runway baju2 Koleksi saya, tapi nak update pasal baju2 saya yg keluar di Metro Ahad yang dipakai oleh kumpulan baru yg membawa konsep Moderate Pop ( Bukan Kpop ya...jangan salah faham nanti dosa ). 7 rekaan jaket saya dipakai oleh 7 penyanyi Model turn to Singer menamakan kumpulan mereka De Mode ( The Models ) yang muncul dengan single mereka bertajuk 'Supermodel. Mereka ini selalu memperagakan baju2 rekaan saya dibeberapa Runway sebelum ini seperti di Sg.Wang plaza, Wangsa Walk dll. Beberapa dari mereka juga telah ditawarkan berlakon drama TV dan iklan, untung la... ada rupa dan tinggi lampai pulak semuanya.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.