Friday, December 23, 2011

BAJU-BAJU DESIGN KOSE SERANI MENJADI PILIHAN PENGACARA ASTRO HAMPIR SETIAP MINGGU

Syukur, semakin ramai artis dan selibriti serta wartawan yang berminat dan menyedari bakat serta kreativiti saya. Kalau sebelum ini rekaan saya berada di Red Carpet AIM, FFM dan beberapa majalah...kini di TV pula. Pengacra rancangan gossip dan perkembangan dunia artis iaitu Ajieb dari 'Apa Kata M' telah berminat dengan design saya. maka terpampanglah hampir setiap minggu nama company saya Kose Design & Collection di kaca TV setiap akhir rancangan dan pengaca juga ada menyebutnya beberapa kali. kebetulan untuk baju yang di pic ini...diminati oleh Aliff Aziz dan beliau meminta contact saya melalui pengacara kerana kebetulan Aliff Aziz menjadi artis jemputan untuk episod kali ini.

Wednesday, November 9, 2011

SEDIAKAN BAJU UNTUK ARTIS DI FFM 24 @ FESTIVAL FILEM MALAYSIA

Syukur atas segala rezeki dan jalan mudah yang saya dapat sejak menjadi Designer. Baru-baru ini ada seseorang mesej saya dalam FB melalui In Box bertanya bagaimana saya boleh masuk ke arus mainstream begitu cepat sedangkan dia lulusan Fashoin Design juga dari sebuah Universiti tempatan dan telah 3 tahun masih tercari-cari arah dan tapak. jangankan muncul di TV, akhbar dan majalah....mendapat peluang di pentas Fesyen pun dia tidak pernah lagi. Sebenarnya selain dari pandai Markerting, kebetulan saya manager dan sekaligus Marketing di salah sebuah hotel di KL itulah sebabnya saya tahu cara mempromote kan diri. selain itu penampilan yang menarik kelebihan saya menjadi model membuatkan orang suka dan senang berurusan dengan saya. Bukan hendak mendabik dada...tapi itulah buktinya dan rahsianya mengapa saya cepat menonjol dibidang Fesyen. Tengoklah cara saya menaikkan kelab peminat, hampir setiap bulan keluart di majalah dan sebulan dua atau tiga aktiviti sehingga orang luar kenal dan kelab kami sangat menonjol satu ketika dulu, buktinya ada lagi di majalah dan saya satu2nya Presiden Kelab Peminat yang pernah dipuji dan ditulis oleh seorang wartawan popular diruang pojoknya. Sempena Festival Filem Malaysia ( FFM ) yang akan berlangsung 20hb.November nanti, saya telah terpilih menyediakan persalinan untuk 3 orang artis, antaranya yang tercalon untuk kategori Pelakon Harapan Lelaki iaitu Arja Lee ( Filem ....Dalam Botol ) dan dua orang pelakon wanita.

Friday, November 4, 2011

RAYA HAJI@RAYA QURBAN KE MANJUNG, PERAK

HARI RAYA AIDIL ADHA @ RAYA QURBAN SINONIM DENGAN LEMBU YANG DISEMBELIH

Raya Haji @ Hari Raya Aidil Adha @ Raya Qurban kali ini rasanya tak sempatlah saya buat Open House seperti tahun-tahun sudah. Ya lah...orang hanya buat Open House Raya Puasa sahaja tapi saya kedua-dua Raya pun saya buat sebab niat menjamu kawan2 kerana rezeki yang murah dan mencurah-curah. Tapi Raya kali ni saya beraya di rumah client yang tempah baju bertunang dan baju nikah. Dia akan bertunang pada Raya Haji ni dan berkahwin awal tahun depan. Kelas...kan, ya la, dia lulusan doktor dan sebelum ini bekerja di Hospital Glen Eagles. Mampu macam dia? bukan setakat tempah baju...malah membawa designernya sekali ke majlis tersebut. Biasanya client hanya tempah baju dan pada majlis mereka hanya mak andam atau juru solek yang uruskan soal pemakaian tapi dia nak saya uruskan juga untuk part pakaian dan barang hiasan sementara juru soleknya hanya menata rias wajahnya sahaja tapi style dan penampilan saya yang bertanggung-jawab. Merasa juga lah beraya di Manjung dan Lumut pada kali ini. Bila saja saya post kat FB, ramai pula kenalan FB yang pelawa beraya ke rumah mereka hingga kat area Ipoh.

Apa erti korban pada anda sempena Hari Raya Qurban ini? pada saya...saya korbankan masa cuti dan masa Raya saya demi menjaga mutu dan penapilan client yang menempah baju sempena majlis pertunangannya. Berbaloi juga rasanya mengorbankan jawatan sebagai Presiden kelab dan menjadi ahli biasa ( tapi ada juga orang yang fikiran cetek anggap saya keluar ahli, happy sangat mereka kerana ingatkan saya keluar ahli, padahal saya hanya letak jawatan sebagai Presiden). Berbaloi korbankan duit belajar ambil Diploma dalam bidang Fashion Design yang yurannya bukan calang2 tapi RM25,500 setahun dan dalam dua tahun saya berhempas pulas berkorban masa untuk study 2010 & 2011. Bukan mudah korbankan masa cuti, masa bersuka ria untuk ke kolej demi segulung Diploma. tapi itulah namanya pengorbanan, walau di kolejku kebanyakkannya anak2 Datuk, Datin dan anak2 ahli perniagaan...anak kampung ini gagahkan juga masuk ke kolej ini dengan duit simpanan berlakon, modeling dan duit simpanan bekerja.


Thursday, November 3, 2011

ORANG LAIN DAH 3TAHUN X KEMANA, SAYA X SAMPAI SETAHUN DAH BANYAK SHOW, TEMPAHAN DAN KELUAR MAJALAH

RASA GEMBIRA DAPAT SATU RUANGAN DENGAN IDOLA SAYA PEREKA TERSOHOR SALIKIN YANG TELAH BERBELAS TAHUN DALAM BIDANG REKAAN FESYEN MANAKALA SAYA BARU SEBELAS BULAN, BAYANGKAN IBARAT SEBELAS TAHUN DENGAN SEBELAS BULAN.

Bukan nak membangga diri, tapi cuma rasa bersyukur dan gembira kerana usaha saya bertukar angin dari bidang Modelling ke Designer sangat menjadi. Bayangkan ada kawan sekolej berpuluh orang yang dah lepas 3 tahun graduate tapi tidak ke mana dan masih tercari-cari arah serta ingin mendapat pendedahan akhbar dan majalah serta teringin design mereka diperagakan artis tetapi belum tercapai, saya yang baru setahun jagung ( tak sampai setahunpun ) dalam bidang rekaan telah beberapa kali dijemput menyertai Fashion Show, photoshot akhbar dan majalah serta beberapa artis telah sudi meyarungkan baju rekaan saya untuk mereka gayakan samada untuk majlis, acara persembahan mahupun fotografi dengan akhbar dan majalah. kalau sebelum ini rekaan saya keluar di akhbar KOSMO, HARIAN METRO, dan kini pula di MAJALAH REMAJA.

Pada saat ini pula saya sedang sibuk dengan persiapan untuk Festival Filem Malaysia, fotoshot dengan majalah dan juga tempahan baju bertunang, baju nikah dan baju bersanding, walau letih...tapi puas hati dan bersyukur dengan rezeki yang tiba dan jalan saya dipermudahkan sedangkan kawan2 yang pernah belajar dengan saya satu kolej dulu masih mencari-cari peluang untuk Fesyen Show dan muncul di akhbar mahupun majalah. Kata orang, kalau kita intan berlian...jatuh dilumpurpun tetap berkilau, begitulah yang terjadi pada diri saya kerana saya terus yakin akan bakat saya dan saya tidak pernah patah semangat dengan yang dengki dan mengutuk. Satu lagi mengapa rezeki saya luas dan murah...sebab saya tidak pernah dengki dengan orang lain, saya malah berbangga bila melihat kawan2 lain berjaya.

INILAH ANTARA REKAAN BATIK SAYA, RAMAI YANG SUKA KERANA SEBELUM INI GOLONGAN MUDA TAK SUKA BATIK YANG MCM UNCLE2 DAN MCM YB TAPI SAYA SUNTIK STYLE MUDA DGN POTONGAN SINGKAT, IKUT BODY DAN TAK TERLALU BANYAK BATIK UNTUK MENARIK MINAT BELIA, INILAH SUMBANGAN SAYA PADA NEGARA UNTUK MEMERTABATKAN BATIK DAN MENARIK MINAT GOLONGAN MUDA MENCINTAI BATIK ( I WONDER WHY RAMAI DESIGNER DAPAT PINGAT DATUK KERANA PELUANG UTK BERBAKTI PADA NEGARA BANYAK, SEPERTI SALIKIN PULA MEMERTABATKAN REKAAN TRADISIONAL. MUNGKIN SALIKINPUN BAKAL DIANUGERAHKAN DATUK SAMA MACAM DATUK NEBARD CHANDRAN,DATUK RADZWAN RAZWIL, DATIN KIRANA DLL SEBAB KEGIGIHANNYA MEMPERTAHANKAN DAN MEMPERKASAKAN REKAAN TRADISIONAL. SAYA PULA MENCUBA BANTU PROMOSI KERAJAAN MENDIDIK DAN MENARIK MINAT BELIA2 AGAR MEMNCINTAI BATIK MELALUI REKAAN SAYA, INI SAHAJA YANG SAYA BOLEH BANTU KERAJAAN DAN SUMBANGKAN PADA KERAJAAN )


Tuesday, November 1, 2011

PENGUTUK, CAN I BORROW YOUR FACE FOR HALOWEEN MASK? YEAH! BAJU DESIGNKU DIPAKAI SEMPENA LAUNCHING KASUT

MAKAN HATI PENGUTUK REKAANKU SEMAKIN POPULAR DIMAJALAH, PENTAS PERAGAAN DAN TV

Can I borrow your face for my Haloween mask wahai pengutuk ( Anonymous )? heh heh heh, itulah ayat yang sesuai diberi pada orang2 yang suka mengutuk dan dengki dengan kejayaan orang lain.Kan sesuai sebab orang2 ini suka menyorok dari belakang tanpa nama dan meninggalkan komen2, kata2 yang menyakitkan hati kat Blogku tapi tak apa...dosaku bersih oleh mereka. Selalunya yang wajah elok hati bersih dan kata2 baik keluar dari mulut dan status fb. Tapi cuba perhatikan orang yang muka buruk, selain kata2 kesat mereka juga suka mengumpat dan bangga walau dia tahu perkara itu berdosa disisi agama. Yalah...saya tak pernah ganggu hidup mereka2 ini tetapi dari dulu mereka mengutuk dan mengumpat saya dari belakang padahal saya tak pernah ganggu hidup mereka atau nak umpatpun tak ingin. Sudah lumrah alam dan takdir tuhan, telah tertera di dalam Al-Quran yang barang siapa yang mengutuk dan mengumpat, maka selain berdosa mengumpat, dia atau mereka2 ini akan menanggung segala dosa orang yang diumpatnya. Bukan itu sahaja, malah rezeki mereka menjadi sempit dan rezeki orang yang dikutuk semakin luas dan murah. Syukur, rezeki saya semakin melimpah ruah, bukan sahaja peluang muncul dipentas dan majalah serta akhbar, malah rekaan saya menjadi pilihan para artis dan orang biasa. Terbaharu, rekaan saya tetap muncul walaupun dalam fesyen show sempena pelancaran kasut berjenama...syukur...pada pengutuk...teruskanlah mengutuk dan mendengki I need more ...syukur...syukur, KAU ADA?????



Sunday, October 23, 2011

PONDAN GEMUK HAUK PENDENGKI, AKU LETAK PIC PROFILE PUN DIA DENGKI

STORY DAN POSTER AKU KAT MAJALAH...'KAU ADA?' NI BUKAN BUKTI ARTIS DAN MODEL?

Kalau dah pendengki, tetap mulut jahat dan hati busuk,patutlah hidup sengsara dan tuhan beri bala, aku hidup bahagia, berharta dan kerjaya baik, kau asyik mengutuk dan dengki padahal aku tak pernah nak ambil tahu hal kau. Dah lah kau tak ada rupa, ada hati nak hina orang. Orang ada rupa pun mulut baik dan hati bersih, patutlah tuhan jauhkan rezekimu. Kau Islam tapi perbuatan mengalahkan orang Kafir, kau tak belajar agamakah? Tak malu dengan agama dan bangsa lain? Aku memang geram bila ada orang bagitau kau letak status fb kau sindir pic profile FB aku kata Kau Artis Ker letak Watermark kar Pic profle? Aku model dan pernah berlakon, aku sahaja yang tak mahu meneruskan kerjaya sebab emakku kena strok dan tak boleh sedih bila orang2 kampung kata Model ni sexy dan hidup bebas. Syukur emak aku dah sihat walau aku terpaksa korbankan kerjaya berhenti berlakon dan bermodeling. Kalau aku bukan artispun, bukan modelpun...tapi kini aku Designer...KAU ADA? KAU KERJA PUN KERJA MACAM KULI...KESIAN tapi ada hati nak hina orang.Designer memang sama macam pengacara dan Model yang secara tidak langsung adalah Selebriti. Yang kau sakit hati dan dengki sangat orang letak watermark kat pic mengapa? aku ada buat dosa kat kau? Walau sesiapa pun, kalau bukan aku pun yg letak watermark atau kalau bukan aku yg kau maksudkan...kenapa kau nak dengki dan sakit hati kalau orang lain letak pic nya dgn watermark? ganggu kau ker kalau org biasa2 letak watermark? kau dengki ker? cubalah bersihkan hati tu...dah la selalu mengumpat belakang orang, lepas tu org biasa2 letak watermark kat pic mereka pun kau dengki dan sakit hati padahal X ganggu kau pun wahai Pondang Gemuk. X kuasa aku nak dengki atau ambil pot dgn orang yang tak berjaya dan tak ada apa2 macam kau. Tak ingi aku nak ambil tahu hal2 orang yang gagal macam kau, aku tau pun sebab ada orang dalam dari Sabah yang cerita itu dan ini kat aku. Setahuku kau yang buat dosa kat aku. Tengoklah rupa tu dulu...kalau aku nak hina kau lebih dasyat tau. Kau ntu PONDAN TAK SIAP...kalau mati Bumi pun tak nak terima. Ada hati berdrag tapi muka hauk dan MISS JUMBO pun tak rela terima kau jadi peserta wealau kau macam ANAK GAJAH. Ambik Kau!!! aku tak suka hina orang tapi ini bahagian kau sebab menghina orang. Kau kalau tak cantik janganlah ada hati berdrag, Aaron Aziz lagi cantik kalau berdragpun Xde hati nak berdrag, ni kau yang muka macam haukpun nak bergrag. Kau tu dah melangkau ciptaan tuhan. Orang lain ada jadi Gay tapi tak adalah sampai merubah diri jadi perempuan, mereka tetap berpenampilan lelaki seperti azali dilahirkan dan dicipta tuhan dan tak pernah berdrag dan bermake up macam perempuan. Satu lagi aku nak bagitau, aku letak watermark kat pic aku sebab ada dua fb dah pakai pic aku dengan nama lain, KAU ADA? kau tak lawa, so tiada siapa yang nak pakai pic kau...so sedarlah diri ya. Dah lah kau memporak-perandakan orang2 dalam persatuan, lepas tu kau kutuk2 aku. Sepatutnya aku yang berdendam pada kau tapi terbalik pula, patutlah tuhan rendahkan rezeki kau. Satu lagi yang kau patut tahu, dalam ramai2 orang di situ, ada yang talam dua muka macam kau buat hari tu, orang tupun saip report dan hina2 kau dari belakang. Ambik kau!!! tuhan bayar cash, dulu kau kutuk2 aku dari belakang sekarang ada orang kutuk2 kau pula. masalahnya bukan seorang dua yang kutuk kau dalam group tu, ramai yang kutuk kau kata Pondan dan geli kat kau tapi kat depan mereka puji kau dan bermanis kata dan rupa sama macam kau buat dan berlakon baik depan aku dan mengumpat aku ramai2 kat belakang. Tuhan maha adil, aku tak kacau kau, tapi ada orang tetap bagitau kat aku apa2 yang kau buat sama macam hari tu orang lain bagitau kat aku dan Aunty. Pengajarannya, jangan busuk hati dan busuk mulut...orang terpelajar,ada Diploma dan Ijazah, berduit dan berharta, tapi kau kaya dosa mengutuk dan mengumpat serta berhasad dengki...kesian dah lah rupa tiada...harta pulak tiada sedih! mengapa begitu? sebab tuhan balas kat kau. Aku tak rasa orang dalam group kau sekarang tu bagitau kat aku itu dan ini bukan sebab nak buat aku gaduh dengan kau...niat dia baik sebab dia tau siapa benar dan siapa salah. Lagipun aku tak hingin nak dengki atau jeles kat kau, kau bukan orang berjaya...duduk satu rumah pun tak mampu, kena share2 dengan kawan2. Kerjapun tak mementu, belajarpun tak tinggi. Lagipun aku ni jenis yang suka dan bangga tengok orang lain berjaya dan jadikan pembakar semangat, bukan macam kau...pantang tengok orang berjaya...kau terus dengki dan umpat. Tapi tak apa, rezeki aku tambah murah dan luas manakala rezekimu tambah sempit dan segala dosa2ku kau yang tanggung sebab mengumpat aku...itu janji tuhan ya...bukan janji aku...sila buka Al-Quran balik. Nasihatku, jangan sibok ambil pot pasal aku, aku artis kah? hebatkah sampai aku letak watermark pic aku, apa yang aku buat kau nak ambil tau dan nak komen? Hebat juga aku ya siap ada orang ambil perkembangan aku walau aku bukan friend dalam list FB kau.
PIC AKU JADI MODEL MAJALH PENGANTIN TAHUN NI...'KAU ADA'?

Monday, October 10, 2011

BUSY PILIH BAJU UTK PELANCARAN ALBUM HEELA MONICA

HEELA MONICA - 'MAIGRAIN'

Syukur satu persatu rahmat tuhan berkat kesabaran dan ketabahanku. Selepas, fotoshoot artis dengan akhbar Kosmo, fotoshoot model untuk majalah Remaja, dan fotoshot artis untuk Metro Ahad, ada lagi peluang untuk majlis pelancaran artis baru yang berbakat besar iaitu Heela Monica yang bakal meletup dengan lagunya 'Maigrain'. Bukan calang-calang tempat pelancaran albumnya, di Hard Rock Cafe lagi. Selain menyediakan baju untuk majlis pelancaran album Heela Monica, saya juga sedang bercadang menyediakan baju untuk penyanyi yang meletup dengan lagu 'Ahmad' iaitu Arrora Salwa semasa dia datang ke majlis Open House Raya saya, kami telah bersetuju untuk bekerjasama. Syukur walau belum sampai setahun dalam bidang rekaan tetapi peluang banyak datang sehinggakan ada rakan2 di fb yang graduan dari bidang Fashion Design bertanya bagaimana cara saya kerana mereka telah lebih 2 tahun memegang Diploma tetapi masih lagi mencari-cari peluang untuk Fesyen Show dan membuat baju-baju untuk artis2. Saya jenis yang tidak lokek ilmu dan sedia memberi tips dan cara2nya. Nasib baik juga sebelum ini saya pernah bekerja menjadi Manager dan juga pernah bekerja Sales & Marketing, jadi tahulah serba-sedikit cara2 untuk marketing diri dan label saya....syukur

Nak dengar lagu 'Maigrain'...cari saja di Maigrain Youtube




KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.