Sunday, July 11, 2010

SHOOTING 'PERJALANANKU' UNTUK STACY @ SRI PENTAS TV3



Baru-baru ini saya dan beberapa ahli Stacy's Frenz telah terlibat dalam rakaman 'PERJALANANKU' di Sri Pentas TV3. 'PERJALANANKU' adalah sebuah rancangan baharu terbitan Media Prima Sdn.Bhd yang menampilkan 9 orang artis terpilih dan akan bersiaran setiap minggu pada bulan puasa nanti. Selain memaparkan lifestyle artis yang terlibat juga akan diceritakan sendiri oleh artis itu sendiri tentang pahit manis, jatuh bangun perjalanan seninya. Ada banyak perkara yang kita tidak tahu tentang artis tersebut akan didedahkan melalui rancangan ini kelak.

Saya sebagai Presiden kelab peminat Stacy, saya telah diwawancara tentang kelab peminat Stacy sendiri, juga pengalaman bersama Stacy antaranya:-
a) - Detik pertama kali bertemu dengan Stacy lepas dia dikuarantin dalam Akedemi.
b) - Detik Manis bersama Stacy.
c) - Detik duka bersama Stacy.
d) - Perangai Stacy yang ramai tidak tahu
e) - Makanan Kegemaran Stacy.
f) - Perkara gila yang pernah saya buat untuk Stacy.
g) - Kisah lucu bersama Stacy.
h) - Koleksi gambar, keratan majalah, majalaha-majalah,saya simpan sebagai bukti H
i) - Pesanan @ harapan pada Stacy dalam melalui PERJALANAN seninya.

Jika anda ingin tahu perkara-perkara atau jawaban yang saya berikan, komen ikhlas dan pendapat orang yang terdekat mengenai Stacy, jangan lupa ikuti rancangan ini bersiaran kelak. Pastinya pihak penerbit hanya memilih artis yang popular dan berpotensi sahaja dalam program ini. Sebelum meninggalkan Primeworks Studios, saya sempat memberitahu penerbit bahawa ulangtahun Stacy jatuh pada bulan puasa 18hb.Ogos dan oleh kerana telah terlanjur tahu tarikh tersebut, pihak penerbit akan mencuba memlakukan sesuatu yang sweet pada Stacy dengan menyiarkan 'PERJALANANKU' edisi Stacy pada 19hb.Ogos nanti. Tunggu...!!!.


SEMASA RAKAMAN BERJALAN
DIRUANG MENUNGGU STUDIO
LEPAS RAKAMAN DAN MENDAPAT PAYMENT, KAMI TERUS PERGI MAKAN
BERBINCANG SEBELUM RAKAMAN BERMULA
ACARA MENGUMPAT SELEPAS RAKAMAN, MASING2 BARU SEDAR LEPAS DIINTERVIEW RUPANYA BANYAK PERKARA GILA DAN PENGORBANAN YANG TELAH DIBUAT UNTUK STACY

Tuesday, July 6, 2010

MENTOR 4 JUARA TELAH DIRAMAL


PROTEGE ZIANA ZAIN YANG AWAL ( TENGAH )

Mungkin inilah yang dikatakan rezeki, bila Ziana Zain terpaksa menukar Protege wanitanya kepada protege lelaki walau minggu pengenalan telah berlaku. Dikatakan kerana masalah dalaman antara Ziana dan protegenya, maka Ziana telah menukar pada protege lain atas nasihat pihak tertentu dan memilih calon 3 terbaik sessi ujibakat Mas Idayu. Adakah Mas Idayu merasa terkilan menolak Mohd dan memilih Shaq sebagai protegenya?. Nasib baik juga Ziana Zain menukar pada protege lelaki, jika tidak...belum tentu menang sebab pengundi suka mengundi calon lelaki dan rata-rata samada perempuan atau lelaki suka mengundi lelaki.

Walaupun calon kegemaran saya adalah Ila dan Adi, tetapi saya terima dan agak gembira juga Adi menjadi Naib Juara. Cuma rasa terkilan dengan Juri Awam yang memberi markah terlalu rendah, 11 markah pada Adi sedangkan markah protege lain tinggi. Cuba bayangkan jika Juri awam beri 16 markah pada Adi ( tak payah sama markah 19 macam protege Nani & Mohd )pastinya Adi Juara apatah lagi jika mendapat markah sama dengan yang lain. Ramai yang kata ada sesuatu yang tidak kena pada Juri Awam...siapa nak jawab?. Saya nampak dari sudut yang lain, Mentor ini ibarat siaran ulangan dan seperti Mentor 3, kali ini Mentor empat Finalisnya juga seorang wanita dan dua orang lelaki. Masih dengan bunyi yang sama macam Mentor 3, Juara kali ini lelaki, Naib Juara Lelaki dan tempat ketiga wanita ( yang lepas, Black, Chaq & Fira ). Tapi yang palng ketara, jika kau membawa genre atau menyanyikan lagu Rock sebagai aliranmu...pasti kau Juara dan dari mentor 1 hingga Mentor 4, semua membawa lagu-lagu Rock ( Mentor 1 Pija, mentor 2 Fiq, Mentor 3 Black & Mentor 4 Mohd. Jadi, adakah andah telah bersedia menukar aliran musik anda pada Rock jika terpilih menjadi peserta Mentor 5 kelak?


Monday, June 28, 2010

BIRTHDAY SUPRISE UNTUK AIN AF8



Satu Party kejutan buat Ain AF8 telah berlangsung di Red Box The Curve malam semalam. Menurut siperancang Party ( Ajeet @ presiden AIN FC ), Ain telah kena tipu untuk ditemankan shopping dan mencari barang kat The Curve dan dia langsung tidak tahu perkara ini. Mulanya hendak dibuat Friday 9p.m, tetapi kerana Ain terlibat dgn show, telah ditukar pada malam lain.Walaupun hanya dihadiri oleh lebih kurang 20 orang sahaja tetapi party ini meriah kerana ianya telah dihadiri oleh beberapa wakil Kelab peminat lain seperti wakil NONNY AF5 FC, NADIA AF6 FC dan wakil dari STACY'S FRENZ. Peluang bertemu dan bertukar pendapat membuatkan hubungan antara FC bertambah baik. Selain acara memotong kek, hadirin juga telah dihiburkan oleh Ain dan Maulana. Selain itu, hadirin juga telah memperlihatkan bakat menyanyi masing-masing.

Majlis Ulang tahun Ain bersama peminat pula akan diadakan pada bulan hadapan di SCRUMPTIOUS RESTAURANT area Yap Kwan Seng @ opposite KLCC. Untuk keterangan lanjut sila layari laman we atau Blog AIN AF8 di www.ainfczone.blogspot.com









Thursday, June 24, 2010

CHAQ'S MENTOR 3 BLACK & RED PARTY

Setelah tahun lalu kami berjaya meraikan Birthday Party Chaq dengan meriah dan jayanya, kali ini kami di MUSTAHAQ ( Kelab Gabungan Peminat STACY & CHAQ ) sekali lagi menganjurkan party yang bertemakan Hitam dan Merah. Gabungan warna yang menarik jika digabungkan tetapi tetamu boleh juga memakai serba hitam atau serba merah selain menggabungkan kedua-dua warna ini. Selain Chaq sendiri yang akan mempersembahkan pelbagai lagu, Stacy dan beberapa orang rakan artis Chaq juga akan membuat persembahan. Untuk Birthday Chaq ini, kami tidak memerlukan protokol, segalanya berjalan dengan santai tetapi berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan. Ada acara persembahan nyanyian, cabutan tiket bertuah dan Games yang menghiburkan serta berhadiah. Inilah peluang anda untuk beramah mesra dan bertemu Chaq secara lebih dekat. Datanglah beramai-ramai dan rasai kemeriahannya.




Sunday, June 6, 2010

PICNIC BERSAMA STACY & CHAQ @ SG.CONGKAK


Setelah merancang sekian lama, sejak awal tahun lagi akhirnya dapat juga menjalankan aktiviti riadah bersama Stacy pada kali ini. Maklumlah Stacy asyik sibuk dengan show dan bertanding sebelum ini. Selalunya program sebegini memang payah nak menjadi kerana kesibukkan Stacy, jadi tanpa dirancang dengan teliti, ada jer masa free Stacy, terus sambar dia, on jer picnic ni.

Hampir lagi tidak jadi kerana perkelahan telah dipersetujui oleh emak Stacy pada hari sabtu 5hb.Jun, tetapi dibatalkan kerana Stacy terlibat mengadakan persembahan pertandingan akhir Cheerleaders di Stadium Negara. Mula-mula hampa juga kerana selalu begitu akhirannya. Tiba-tiba mak Stacy call Mrs.X, kata buat keesokkan harinya iaitu Ahad, lagi cantik kerana saya cuti...cuma too short notice, ramai ahli yang tidak dapat pergi sekali.

Memang perkelahan ini sangat menyeronokkan kerana saya sendiri telah lama tidak pergi berkelah. Kebetulan emak Stacy ada di KL sejak Chelton kemalangan. Manakala kakak Stacy si Cherry pula datang ke KL selepas berkahwin dan menetap di Sabah. Selain Cherry, adik bongsu Stacy iaitu Aldrich pun datang ke KL bersama makcik dan sepupu si Stacy, lalu meriahlah jadinya dan semacam percutian keluarga.

Semangat kerjasama tetap diamalkan seperti biasa dimana setiap ahli membawa sesuatu untuk dikongsi dan dimakan bersama. Lalu perkelahan ini menjadi pesta makan di maana ada stimboat pelbagai fishball, mushroom, ketam ball, prawn ball, chicken wings, nasi goreng, ikan panggang dan udang panggang selain buah-buahan dan minuman. Apa yang pasti, semua yang datang merasa puas dan gembira dapat mandi-manda bersama Stacy dan Chaq.









Tuesday, June 1, 2010

GAH1 RTM, CORAT-CORET MALAM KEMUNCAK ( HITS1 )



Tahniah sebelumnya diucapkan kepada RTM yang telah berjaya meneruskan pertandingan ini untuk tahun yang ketujuh. Sebenarnya bukan mudah untuk meneruskan legasi sebuah pertandingan lagu jika tidak ada sambutan dari penonton dan kerjasama dari artis serta pencipta lagu.Malam kemuncak GAH1 yang sebelumnya dikenali sebagai HITS1 telah berlangsung pada ahad lepas dengan penuh warna-warni dan meriah sekali. Walaupun ada beberapa masalah teknikal seperti sound system kurang baik pada sesetengah masa, sorotan kamera yang tidak kreatif memilih angle dan tidak berapa lancar dimana ada beberapa ketika penonton menunggu lama untuk persembahan seterusnya. Saya rasa GAH1 akan lebih lancar jika ruang kosong semasa iklan ditampilkan pelawak dan ini adalah cara selamat juga untuk menutup kelembapan rancangan bila ada artis yang belum lagi bersedia kerana pelawak selalunya sentiasa ada idea yang spontan. Namun begitu, malam kemuncak GAH1 sama seperti namanya kelihatan begitu gah pada malam itu dengan lautan manusia yang datang untuk menyaksikan artis-artis pujaan mereka secara 'live'.

Seperti juga rancangan mingguannya yang kadang bertukar lokasi agar pengikut rancangan ini tidak bosan, begitu juga malam kemuncak GAH1 kali ini memilih Selangor atau yang tepatnya di Sunway Lagoon. Untuk rekod, tahun lepas Pahang telah terpilih menjadi lokasi malam kemuncak dimana saya menyertai deligasi Ifa Raziah yang turut mempertandingkan lagu popularnya 'Panas' ciptaan Cat Farish. Pada tahun ini saya sebagai Presiden kelab peminat Stacy iaitu STACY'S ANGIE FRENZ telah turun padang bersama hampir 200 orang dan ada beberapa orang ahli yang datang dari Johor, Pahang dan Sabah selain yang dari sekitar KL dan Selangor. Seperti Stacy, kami juga telah bersedia kerana telah lama menanti detik ini sejak ditunda dari bulan Mac ke May dan kini baru terlaksana. Walaupun Stacy tidak berjaya membawa pulang apa-apa Anugerah, kami tidak mahu mempertikaikan keputusan pengadil yang lebih pakar. Apa yang lebih penting Stacy telah membuat persembahan yang mantap dan nampak sangat Stacy adalah antara salah satu penarik GAH1 pada kali ini.

Selain Stacy yang mempertaruhkan dua lagu popularnya iaitu 'Pakai Buang' dan 'Menggegar Dunia', antara artis lain yang mempertandingkan lagu mereka adalah, Faizal Tahir, Tomok, Azharina Azhar, 6ixth Sense, Grey Sky Morning,Alyah dan Erni ( menggantikan Misha Omar ). Saya tabik juga dengan pihak penerbit serta krew yang berani mengambil risiko memilih lokasi terbuka seperti ini kerana bayangkanlah jika tiba-tiba hujan. Cuma kalau boleh, untuk tahun seterusnya jika ada, lebih baik dan selesa memilih dewan atau padang yang ada tempat duduk kerana lokasi kali ini bukan hanya jauh berjalan kaki, tetapi juga ramai yang merungut kerana keletihan berdiri selama dua jam setengah dan itu terpaksa mendaki naik lagi ke atas dan ada yang terpaksa parkir kereta jauh dekat hotel Sunway. Namun seperti yang saya tulis diawal-awal tadi, bukan mudah memindahkan kertas kerja dan draft menjadikannya nyata, dan pihak penerbit bersama krew patut mendapat kredit dari segi usaha keras mereka.

CORAT-CORET

# Nubhan tersalah masuk menyanyi dan bila sedar dia berhenti dan menyanyi semula dengan wajah yang seperti kacau.

# Elyana berjaya menyuntik Tema Fiesta dengan mendendangkan lagu popular Shawn Bahrin walaupun dengan berkaki ayam.

# Semua lagu yang layak ke final benar-benar hits dan popular sehinggakan penonton hafal dan bernyanyi sama.

# Jika penonton setakat menyanyi sama semasa setiap artis menyanyi, tetapi setiap kali kemunculan Stacy, mereka bukan setakat menyanyi malah turut menari sama.

# Persembahan Azharina very Hazami sehinggakan kami yang datang seawal 6.30p.m boleh meneka koir yg membuat latihan tanpa Azharinapun boleh jangka itu lagu ciptaan Hazami walau masa itu mereka menyanyi secara harming tanpa lirik.

# Persembahan medley lagu-lagu lama dari artis baru dan veteran seperti Datuk Jeffrydin, Aspalela Abdullah, Elyana, Siti Sarah dan One Nation Emcee sangat menghiburkan.

# Hampir separuh dari lautan penonton yang hadir menyokong semua artis yang bertanding



INILAH ANTARA PENYOKONG STACY TERMASUK ABANG-ABANGNYA TURUN PADANG SEKALI.

STACY BERGABUNG DENGAN EVOKE UNTUK LAGU 'MENGGEGAR DUNIA'

STACY SEMASA MENDENDANGKAN LAGU 'PAKAI BUANG' DIIRINGI TARIAN DARI KUMPULAN EVOKE





Friday, May 21, 2010

LARIKK!!! ANON MENGAMUK DAN SERANG BLOGKU



Aduh, hanya kerana tulisan atau pendapat aku tentang Adira bakal Juara AF8, ramai pula yang marah-marah tetapi menggunakan nama ANON. Nasib baik segala komen kena moderate dulu baru boleh publish, jika tidak...banyak perkataan dan ayat yang memalukan dan mengutuk saya. Mengapa tidak puas hati?, itukan sekadar pendapat saya dan berdasarkan kajian. Sepatutnya korang jadikanlah tulisan saya sebagai cabaran dan gandakan usaha vote dan atur strategi. Masa AF6 dulu lagi teruk, orang bukan hanya setakat tulis macam saya yang Adira bakal Juara, tetapi mereka siap tulis siapa yang patut juara dan kutuk atau komen kelemahan pelajar lain. Jangan lah emo sangat, ni saya nak sejukkan hati korang wahai ANON @ pengutuk. Musim ini 4 orang pelajar lelaki yang ke final. Seperti sejarah, pelajar lelaki menjadi pilihan kerana yang ramai vote adalah dari golongan Adik2, Akak2 dan yang golongan abang2 jarang ambil pot hal vote ni, mereka suka menonton saja dan ada yang tidak ikuti langsung AF ni. Dah 7 AF, hanya 2 orang saja pelajar wanita yang jadi Juara. Dah lumrah pelajar lelaki selalunya menjadi kegemaran pengundi. So, apa nak susah hati dan sakit hati? jadikanlah tulisan saya sebagai cabaran,dan kalau pilihan kamu yang Juara, sure kamu tahu rasa berterima kasih pada tulisan saya yang provokasi sangat heh heh heh.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.